|
Post by Kelipkelip on Apr 19, 2008 6:53:40 GMT -5
Ubat penyakit demam kuning
Ambil daun pohon dokong anak. Tumbok halus dan campurkan air suam serta sedikit garam. Minum waktu pagi dan petang. Insya'allah penyakit itu akan sembuh.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Apr 19, 2008 6:59:51 GMT -5
Ubat Sakit Kuning
Ambil buah pinang. Hiris nipis isinya dan jemur hingga kering. Goreng pinang itu tampa minyak hingga kehitaman. Tumbok hingga jadi debu. Campurkan 1 sudu teh dalam air panas. Minum 2 kali sehari. Insya'allah sembuh.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 19, 2008 7:26:39 GMT -5
Ubat Sakit kuning
Ambil daun buah sukun yang telah tua. Rebus sehingga airnya berwarna merah tua. Minum sebanyak satu gelas dua kali sehari untuk beberapa hari. Insya'allah akan sembuh.
Selamat mencuba.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 25, 2008 7:16:33 GMT -5
Untok sakit gigi
Sekiranya gigi itu berlubang, ambil getah pokok kemboja dan letakkan kedalam gigi yang berlubang itu. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi ditempat yang bengkak
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 25, 2008 7:23:01 GMT -5
Ubat sakit gigi
Campurkan air suam dengan sedikit cuka. Berkumor dengan campuran tadi untuk beberapa kali.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 25, 2008 7:29:03 GMT -5
Ubat sakit gigi
Ambil kapas dan jadikan bebola. Celupkan kedalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan kedalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut kedalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian supaya jangan terkena gusi
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 25, 2008 7:31:12 GMT -5
Ubat sakit gigi
Ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan dicicah dengan garam lalu dimakan
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 27, 2008 7:01:31 GMT -5
Ubat pecah bibir, mulut atau lidah disebabkan tergigit
Ambil getah dari pokok sena yang berwarna merah dan letakkan ditempat yang pecah itu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 27, 2008 7:07:06 GMT -5
Ubat penyakit karang
Ambil sebiji kelapa muda dan ditebuk tetapi jangan sampai terkeluar airnya. Kemudian ambil sebiji telur ayam kampung dan pecahkan serta masukkan kedalam air kelapa tadi. Goncang kelapa tersebut sehingga sebati lalu diminum air kelapa tersebut hingga habis sambil berdiri. Buatlah seperti diatas untuk beberapa kali. Perhatian : jangan gunakan gelas atau cawan ketika minum air kelapa tersebut.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 27, 2008 7:11:17 GMT -5
Ubat penyakit karang
Cari pokok bunga matahari lalu dipotong lebih kurang 1 cm dari akarnya. Cabut batang yang telah dipotong tadi bersama akarnya sekali. Bersihkan dan direbus akar tersebut. Minum air rebusan itu dua kali sehari. Ulang minum air tersebut untuk beberapa hari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 27, 2008 7:14:07 GMT -5
Ubat penyakit karang
Cari dan ambil daun buah gucil lalu dimakan beberapa kali. Ulang makan daun ini untuk beberapa hari
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 27, 2008 7:18:27 GMT -5
Ubat penyakit karang
Ambil 5 biji lada hitam lalu ditumbuk sehingga lumat. Masukkan serbuk lada hitam itu kedalam segelas air kelapa muda lalu diminum sebanyak 2 kali sehari. Amalkan selama seminggu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 27, 2008 7:21:27 GMT -5
Ubat penyakit karang
Ambil pokok kancing baju ( pokok butang ) dan campurkan dengan rumpai laut. Campuran ini kemudian ditumbuk hingga hancur. Perah airnya lalu diminum. Amalkan untuk beberapa hari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 27, 2008 7:24:24 GMT -5
Ubat penyakit karang
Ambil 7 biji buah mata ayam yang sudah masak. Tumbuk sebiji sehari lalu dimakan. Amalkan sehingga 7 hari.
|
|
|
Post by ~nana~ on May 27, 2008 8:02:46 GMT -5
INI AD UBAT KENCING MANIS.... ni petua orang dulu dulu...kalau tak betoi bukan silap saya...kena marah orang dulu dulu la..
petua nyer gini... Kalau kencing manis ...pi kencing kat dalam laut...mesti masin punya... .... ;D ;D..jangan mareee...
|
|