|
Post by Kelipkelip on Jun 26, 2008 7:09:28 GMT -5
Cara membuang duri yang tertusuk dalam kaki
Ambil seulas bawang merah. Lumurkan bawang tersebut dengan minyak masak. Selepas itu bawang tersebut dibakar sehingga hangus. Ambil bawang tersebut dan tampalkan ditempat yang tetusuk duri.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 26, 2008 7:12:19 GMT -5
Ubat untuk tertusuk duri
Ambil getah dari buah betik dan titiskan ditempat yang tertusuk duri. Lakukan untuk beberapa hari. Insya'allah akan semboh
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 26, 2008 7:16:29 GMT -5
Jika tertusuk paku berkarat
Ambil seulas bawang putih yang telah bertunas serta berdaun. Kupas kulit bawang tersebut. Celupkan kedalam minyak masak. Bawang tersebut dipanaskan diatas api. Apabila sudah panas, tampalkan dibahagian yang tertusuk paku. Lakukan berulang kali selama dua hari berturut.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jul 2, 2008 7:48:25 GMT -5
Ubat sakit lelah
Cari dan ambil beberapa daun atau pun tangkai bunga kecubung. Lembutkan sehingga lembut. Jemur sehingga kering. Daun dibuat sebagai rokok dan dihisap.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jul 2, 2008 7:50:11 GMT -5
Ubat sakit lelah
Jadikan amalan memakan udang ketak.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jul 2, 2008 7:53:26 GMT -5
Ubat sakit lelah
Cari dan ambil beberapa helai daun ekor kucing. Juga sediakan kapor sireh. Kedua dua bahan tadi dicampur dan digumpal sehingga mengeluarkan buih. Ambil buih tersebut dan sapukan dibahagian bawah tekak. Selamat mencuba.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jul 13, 2008 7:46:59 GMT -5
Ubat sakit lelah
Cari susu kambing. Minum susu tersebut setiap pagi.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jul 13, 2008 7:53:24 GMT -5
Ubat sesak nafas
Ambil sebanyak 10 batang serai. Dapatkan gula merah sebesar ibu jari. Serai tadi dibasuh dan ditumbuk sehingga lumat. Masukkan serai tadi kedalam periuk. Tuang air sebanyak dua gelas. Masukkan gula merah dan jerang sehingga mendidih dan airnya tinggal 1 gelas sahaja. Tapis air tersebut. Bila air pada tahap suam maka minumlah air tersebut. Lakukan meminum air ini pada kadar 3 kali seminggu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jul 13, 2008 7:57:59 GMT -5
Ubat sesak nafas
Ambil sebiji mentimun. Kupas kulitnya dan basuh sehingga tiada getah lagi. Potong kecil kecil . Kukus hirisan timun tadi sehingga masak. Bila sudah masak biarkan sehingga sejuk. Taburkan ragi rata rata keatas timun tersebut. Bungkus rapat rapat dengan daun pisang. Biarkan selama 2 hari. Makanlah timun tersebut.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 17, 2008 7:36:23 GMT -5
Ubat jerawat
Cari sebungkus daun teh yang masih hijau lagi. Masukkan daun tersebut kedalam air yang sedang mendidih. Kemudian letakkan ketempat jerawat dan biarkan wap air itu terkena jerawat tersebut untuk beberapa minit. Lakukan berulang kali dan Insya'allah jerawat itu akan hilang.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 17, 2008 7:39:32 GMT -5
Ubat jerawat
Kupas sebiji ubi kentang. Hiris nipis nipis dan tampalkan dijerawat tersebut sehingga ubi kentang itu kering. Lakukan demikian untuk beberapa hari. Selamat mencuba.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 18, 2008 16:49:54 GMT -5
Ubat buasir
Cari dan ambil satu perdu iaitu pokok, akar, daun serta buah pokok belimbing tanah atau pun dipanggil juga dengan nama belimbing bukit. Perhatian ianya bukan belimbing buluh. Rebuskan kesemua pohon tadi sehingga mendidih. Minum air rebusan tadi. Amalkan untuk beberapa hari. Mudah mudahan mujarab.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 18, 2008 16:52:38 GMT -5
Ubat kurap atau panau
Ambil sedikit serbuk belerang. Campurkan dengan minyak kelapa dan limau nipis. Sapu ketempat atau bahagian yang sakit itu. Amalkan untuk beberapa hari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 18, 2008 16:56:44 GMT -5
Ubat kurap dan panau
Cari segenggam daun pokok gelinggang gajah lalu diikat. Potong sebahagian daun tersebut. Ambil daun yang dipotong tadi lalu digosok kebahagian yang ada panau atau kurap. Lakukan berulang kali.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 25, 2008 8:54:15 GMT -5
Mencabut gigi dengan sendiri
Cari dan ambil tempurung kelapa yang masih basah lagi. Letakkan tempurung tersebut diatas sebiji cawan. Masukkan sedikit bara api kedalam tempurung itu. Biarkan buat seketika sehingga kelihatan keluar minyak yang mana menitis kedalam cawan tadi. Ambil putik kapas dan celupkan kedalam minyak lalu disapukan kegigi yang sakit. Lebih baik kalau dapat titikan minyak tersebut kegigi yang hendak dicabut.
|
|