|
Post by Kelipkelip on Oct 23, 2008 7:45:10 GMT -5
Ubat selsema
Ambil sehiris limau nipis. Titikan sedikit kapor sireh lebih kurang sebesar sebiji beras. Titiskan sedikit minyak kayu putih. Panggang limau itu diatas api sehingga agak layu. Perah air limau itu lalu diminum. Selamat mencuba.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Oct 23, 2008 7:51:04 GMT -5
Ubat selsema
Ambil 3 helai daun betik yang muda. Bersihkan dan ditumbok sehingga lumat. Perah daun tersebut dan ambil airnya. Air itu perlu ditapis. Bancuhkan sedikit garam. Minum air tersebut. Perhatian : sukatan minumam untuk orang dewasa ialah 4 kali sehari manakala kanak kanak pula 2 kali sehari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Dec 9, 2008 7:39:52 GMT -5
Penyakit gatal waktu malam bila udara sejuk
Cari sebiji kelapa muda dan ambil airnya. Sebaiknya yang bewarna hijau. Campurkan dengan segelas kecil madu lebah asli. Minum air campuran tadi sebelum tidor. Amalkan sekurang kurangnya 3 hari berturut turut. Selamat mencuba.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Dec 9, 2008 7:45:14 GMT -5
Bengkak bengkak merah dibadan
Bengkak yang dimaksudkan ialah akibat terkena ulat atau seranggga. Ambil sepotong kunyit hidup. Parut dan campurkan dengan sedikit kapor sireh dan air. Ramuan tersebut dihangatkan diatas api sebentar. Biarkan sejuk dan sapukan ditempat yang bengkak.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Dec 9, 2008 7:51:58 GMT -5
Menghilangkan penyakit kudis
Cuci bersih kudis tersebut dengan air hangat. Kalu dicuci dengan Detol lagi bagus. Ambil seketul belerang dan dicampurkan dengan minyak kelapa. Hangatkan campuran ini sehingga mendidih. Apabila campuran ini pada tahap hangat, sapukan campuran ini ketempat kudis tersebut. Lakukan pada setiap petang selepas mandi.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Dec 10, 2008 7:25:40 GMT -5
Ubat sakit kudis
Cari beberapa biji buah pinang yang sudah kering. Kupas kulit luar. Tumbok buahnya sehingga halus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa sehingga rata. Cuci bahagian kudis dengan air yang agak hangat. Sapukan ramuan tadi dikudis.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Dec 10, 2008 7:29:47 GMT -5
Ubat kudis dan gatal gatal
Cari sebatang daun keladi. Panggang diatas bara sehingga hangat. Gosok batang keladi tadi ditempat yang gatal atau berkudis. Apabila sejuk hangatkan semula. Ulang gosok ketempat yang berkudis atau gatal. Lakukan selama tiga hari. Insya'allah penyakit itu akan baik.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 13, 2009 22:39:40 GMT -5
Ubat gatal gatal dikulit
Cari dua biji buah kemiri. Juga dapatkan sepotong kunyit lebih kurang sebesar jari kelingking. Campur kedua bahan tersebut dan panaskan diatas api. Satelah agak panas ambil dan hiris halus halus. Ambil hirisan itu lalu digosok ditempat yang gatal semasa dalam keadaan masih panas. Ulang untok beberapa hari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 13, 2009 22:42:45 GMT -5
Ubat batuk biasa
Cari dan ambil sepotong cikur lebih kurang sebesar ibu jari. Campurkan dengan sedikit garam. Campuran tadi dikunyah dan telanlah airnya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 13, 2009 22:48:21 GMT -5
Ubat batuk seratus hari
Cari dan ambil akar pokok kemunting Cina (bunganya yang bewarna putih). Cari pasu dan terbalikkan. Asah akar pokok kemunting tadi diatas pasu tersebut. Campurkan sedikit air. Kemudian asahkan sedikit kemenyan dan campurkan kedua dua bahan tersebut. Minum air campuran itu 2 kali sehari. Amalkan untuk beberapa hari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 13, 2009 22:51:40 GMT -5
Batuk rejan pada kanak kanak
Cari daun buah peria beberapa helai. Perahkan air daunnya. Beri kanak kanak itu itu minum airnya. Amalkan untok beberapa hari. (perhatian : air buah peria ini memang terlalu pahit)
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 13, 2009 22:55:03 GMT -5
Ubat batuk biasa
Cari sepotong daun lidah buaya. Ambil isi didalamnya dan dihiris halus halus. Campurkan dengan sedikit madu asli. Makanlah campuran ini untok beberapa hari
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 19, 2009 7:21:17 GMT -5
Ubat bisul diatas kepala
Cari dan ambil 5 duri dari pokok kekabu. Asahkan duri tersebut dibelakang pasu dengan dicampur sedikit air. Lakukan sehingga air menjadi pekat. Ambil dan sapukan ditempat yang terdapat bisul. Lakukan beberapa kali.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 19, 2009 7:24:11 GMT -5
Menghilangkan bisul pada peringkat awal
Apabila terdapat tanda tanda awal penyakit bisul jangan lah risau. Gosokan dengan bawang putih pada tempat yang terdapat bisul itu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 23, 2012 20:40:53 GMT -5
Ubat menghilangkan bisul
Cari 1 biji buah kadak hancing (warnanya kuning) yang selalu tumbuh diladang getah dan telan buah tersebut.
|
|