|
Post by ~nana~ on May 27, 2008 12:58:35 GMT -5
Ubat sakit gigiAmbil beberapa biji buah belimbing buluh dan dicicah dengan garam lalu dimakan nak sedap lagi cicah ngan buah mempelam muda...boh kicap sikit campur cili yang dah di tumbuk ngan belacan.....leleh beb... tambah tambah orang ngidam...puuuhhhh...marveles.. ;D
|
|
|
Post by ~nana~ on May 27, 2008 13:06:24 GMT -5
Ubat sakit gigiCampurkan air suam dengan sedikit cuka. Berkumor dengan campuran tadi untuk beberapa kali. Last sekalai kalau tak leh gak..pi jumpa doktor gigi...suruh dia cabut.... ;D
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 3, 2008 7:18:16 GMT -5
Ubat karang angin
Ambil cuka nipah lebih kurang dua sudu besar dan dicamporkan dengan garam gunung ( ianya berwarna merah tua ) bersaiz sebesar jari manis. Kedua bahan tadi dikacau sehingga sebati. Minumlah campuran itu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 3, 2008 7:24:57 GMT -5
Ubat karang angin
Ambil kunyit kering lebih kurang 1/2 kilo dan pokok batang wali ( akar Ali-ali ) lebih kurang 1/2 kilo juga. Kedua bahan tersebut hendaklah direbus dengan 4 liter air. Biarkan air rebusan itu mendidih sehingga airnya tinggal lebih kurang 1 1/2 liter. Biarkan air rebusan itu sejuk. Satelah sejuk minumlah airnya pada sukatan 3 sudu besar untuk 2 kali sehari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 3, 2008 7:28:52 GMT -5
Ubat sakit mata
Cari dan ambil sedikit daun bunga melati. Daun tersebut hendaklah ditumbok sehingga lumat. Ambil daun yang telah ditumbok tadi dan tampalkan dimata setiap hari. Amalkan tampalan ini.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 3, 2008 7:34:35 GMT -5
Ubat sakit mata
Ambil beberapa helai daun sireh yang muda. Ramaskan sehingga hancur dan dimasukkan kedalam air yang panas. Biarkan air sejuk seketika sehingga hangat hangat kuku. Tapis air tersebut dengan menggunakan kain yang bersih. Masukkan air yang telah ditapis tadi kedalam bekas yang agak besar supaya dapat direndam muka kedalamnya. Semasa merendam muka kedalam air tersebut hendaklah kelip kelipkan mata. Lakukan sedemikian sebanyak 3 kali sehari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 3, 2008 7:41:00 GMT -5
Ubat sakit mata
Ambil beberapa helai daun sireh yang bersih. Rebus daun tersebut dengan dicampurkan sedikit garam sehingga mendidih. Biarkan air rebusan itu sejuk. Satelah sejuk tapislah air rebusan itu dengan kain putih yang bersih kedalam bekas yang agak besar. Rendamkan muka anda kedalam air tersebut sambil kelip kelipkan mata anda. Lakukan sedemikian sebanyak 3 kali sehari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 6, 2008 7:12:19 GMT -5
Ubat untok jerawat
Cari beberapa helai daun teh yang masih hijau. Masukkan kedalam air dan rebus sehingga mendidih. Wapkan muka dikawasan yang ada jerawat untuk beberapa minit. Ulang beberapa kali.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 6, 2008 7:15:33 GMT -5
Ubat untok jerawat
Ambil sebiji ubi kentang dan kupas kulitnya. Kentang yang telah dikupas dihiris nipis dan segera ditampal dimuka yang ada jerawat. Biarkan kentang itu sehingga kering. Amalkan cara yang diatas untok beberapa hari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 6, 2008 7:21:07 GMT -5
Ubat untok penyakit buasir
Cari pokok belimbing tanah atau belimbing bukit. Ambil perdu termasuk akar serta daunnya. Masukkan kedalam periok berisi air lalu direbus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 kali sehari untok beberapa hari. Perhatian : bukan belimbing buloh.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 18, 2008 6:57:51 GMT -5
Ubat untok luka
Cara ini adalah untok menghentikan darah keluar dan juga cepat semboh. Potong sebatang anak pokok pisang ( tidak kira pisang jenis apa pun ). Ambil getahnya dan sapukan ditempat yang luka itu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 18, 2008 7:02:38 GMT -5
Ubat untok luka
Cari dan potong sebatang pelepah keladi candik. Sapukan air yang keluar pada luka tersebut. Kemudian balut tempat luka tersebut dengan kulitnya. Luka itu akan semboh dengan cepat.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 18, 2008 7:06:18 GMT -5
Ubat untok luka
Cari dan ambil daun kapal terbang beberapa helai. Gaulkan dengan kapor sireh. Tampalkan ditempat yang luka tersebut. Insya'allah akan semboh.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 18, 2008 7:10:12 GMT -5
Untok menghentikan pendarahan dari luka
Cari beberapa helai daun keledek muda ( setela ) dan daun lalang yang muda. Camporkan kedua dua daun tadi dan ditumbok hingga lumat. Tampalkan ditempat yang luka. Selamat mencuba.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jun 18, 2008 7:14:52 GMT -5
Cara mengeluarkan kaca didalam kaki
Ambil bubur nasi yang masih panas. Letakkan ditempat yang luka. Tutup dengan daun sireh lalu dibalut. Ulang selama 5 hari berturut turut. Insya'allah nanah akan keluar beserta dengan kaca tersebut dan luka itu akan semboh.
|
|