|
Post by Kelipkelip on Sept 23, 2012 20:53:18 GMT -5
Ubat darah tinggi
Cari pokok pisang gala dan gali serta ambil umbi yang didalam tanah. Hiris umbi tersebut sebesar 2 jari sebanyak 6 keping. Ambil segenggam tanah liat dan rebuskan kedua bahan tersebut sehingga mendidih. Biar ramuan tersebut panas suam dan minum ramuan itu 2 kali sehari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 23, 2012 20:55:36 GMT -5
Ubat darah tinggi
Cari sebatang pokok belimbing tanah dan rebus hingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 kali sehari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 23, 2012 20:58:19 GMT -5
Ubat darah tinggi
Cari pohon beriksa dan ambil akarnya. Rebus dan minum air rebusan itu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 25, 2012 18:18:44 GMT -5
Ubat darah tinggi
Ambil daun cermai sebanyak 7 pelepah. Rebus daun tersebut dengan 1 liter air. Keluarkan daun tersebut satelah air mendidih. Satelah sejuk minum air rebusan tersebut 2 kali sehari.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 25, 2012 18:21:47 GMT -5
Ubat darah tinggi
Tumbuk daun saderi (sup) sehingga lumat dan perah air untuk diminum. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 25, 2012 18:25:18 GMT -5
Ubat darah tinggi
Ambil segelas air kelapa yang asli. Campurkan sedikit kopi dan sebuku garam jantan. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut. Amalkan 2 kali seminggu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 26, 2012 6:33:24 GMT -5
Ubat darah tinggi
Bakar dan makan sulur bawang putih setiap hari. Amalkan selama 1 minggu insya'allah penyakit akan beransur sembuh.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 26, 2012 6:36:39 GMT -5
Ubat darah tinggi
Perah dan tapis air buah menkudu yang telah masak. Minum dipagi hari sebelum sarapan. Amalkan selama 1 minggu. Ulang amalan ini bila perlu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 26, 2012 6:39:12 GMT -5
Ubat darah tinggi
Ambil 3 helai sulur bawang putih. Tumbuk lalu dimasukkan air masak. Minum air tersebut selepas sarapan. Amalkan selama 1 minggu. Ulang amalan ini bila perlu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 26, 2012 19:33:27 GMT -5
Melecur akibat terkena minyak, air panas, api dan lain lain lagi
Jika ada, asahkan kulit kura kura dengan air dan sapukan ditempat yang cedera tersebut.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 26, 2012 19:35:44 GMT -5
Melecor akibat terkena minyak, air panas, api dan lain lain lagi
Ambil sedikit madu asli dan sapukan ditempat yang tercedera.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 26, 2012 19:37:54 GMT -5
Melecor akibat terkena minyak, air panas, api dan lain lain lagi
Gunakan susu hidup atau susu pekat dan sapukan ditempat yang tercedera.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 26, 2012 19:39:33 GMT -5
Melecor akibat terkena minyak, air panas, api dan lain lain lagi
Sapukan ubat gigi ditempat yang tercedera tersebut.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 26, 2012 19:41:11 GMT -5
Melecor akibat terkena minyak, air panas, api dan lain lain lagi
Pecahkan sebiji telur dan ambil putihnya serta sapukan ditempat yang tercedera tersebut.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 27, 2012 21:42:46 GMT -5
Ubat sakit perut atau berak berak
Cari 3 biji buah ciku yang muda. Kupas kulitnya dan basuh dengan besih. Hiris kecil kecil, bancuh dengan sedikit garam halus dan makan lah.
|
|