|
Post by Kelipkelip on Sept 10, 2005 19:10:15 GMT -5
Sementara itu Pak Ludin pula sibuk meleteri isterinya Mak Munah. "Hah.....tulah awak! Tak mahu dengar nasihat saya. Nak sangat menantu yang berjawatan baik...kerja ada pencen! Lihat sekarang....apa yang dah berlaku!" panjang lebar Pak Ludin memarahi isterinya. "Bang! Manalah saya tahu nak jadi begini." Mak Munah mempertahankan diri. "Dulu.....saya beri nasihat awak tak mahu dengar! Dah selalu saya ingatkan awak, sebelum terjadi perkara macam ni. Awak asyik dengan keras kepala awak tu. Cuba lihat....sekarang sapa yang malu? Kita juga!" tambah Pak Ludin lagi. Mak Munah cuma berdiam diri. Tidak berani lagi dia menjawab kata kata suaminya. Terkebil kebil dia melihat Pak Ludin menyuarakan kemarahan. "Awak asyik dengan cakap awak aja. Awak ingat cakap awak aja yang betul!" Pak Ludin bersuara lagi. "Yalah bang! Saya yang bersalah. Saya minta maaf!" rayu Mak Munah. "Sekarang barulah puas hati awak! Setakat kita aja malu taklah berat sangat. Tu hah...siSom! Macam mana dia nak menghadapi ni semua?" tambah Pak Ludin. "Dahlah tu bang! Saya dah sedar sekarang!" Mak Munah mengeluarkan kata penyesalan. "Oh....baru sekarang awak nak sedar! Bila dah terantuk baru awak nak tengadah. Bila dah kena batang hidung sendiri baru awak terasa sakitnya. Tulah...selama ni awak cuma tahu mengenakan orang aja. Nilah balasanya. Tapi bukan awak sorang aja yang terima. Mereka yang tak bersalah turut terlibat" Pak Ludin mengeluarkan apa yang selama ini terbuku didalam hatinya. Dia benar benar marah dengan apa yang telah berlaku. Selama ini dia cuma berdiam diri. Tidak mahu menghidupkan pertengkaran dalam rumah tangganya. Sekarang peluang terbaik dia menyedarkan kesalahan Mak Munah. Benar benar marah Pak Ludin dengan sikap isterinya yang tak mahu mendengar nasihat orang lain."Sekarang bagaimana ni bang?" soal Mak Munah tiba tiba bila Pak Ludin habis mengeluarkan kemarahannya. "Bagaimana apanya pulak? Kita terima ajalah!" balas Pak Ludin. "Bang...malunya saya! Mana saya nak sorokan muka saya ni!" terang Mak Munah. "Baguslah.....baru sekarang awak tahu perkataan malu. Baru sekarang awak tahu merasa malu. Dulu tu.....awak malukan Akop dan Tom, awak tak ingat?" tambah Pak Ludin. "Yalah bang! Perkara dah nak jadi, nak buat macam mana? Ni hah...hal Som, anak kita tu macam mana?" soal Mak Munah meminta pendapat.
"Hah kenapa pulak? Nak buat macam mana lagi? Dulu saya berikan pendapat awak tak mahu dengar. Bila saja saya bersuara awak potong cakap saya. Sekarang baru awak nak minta pendapat?" Pak Ludin melenting lagi. Mak Munah terkedu. Terkebil kebil dia melihat Pak Ludin memarahinya. Pak Ludin duduk dihujung serambi. Dia mengambil surat khabar lalu membacanya. Mak Munah berdiam diri. Termenung panjang. Fikirannya berputar ligat. Dia memikirkan perkara yang dah berlaku tu. Puas duduk dia berdiri. Mundar mandir diruang serambi itu. Pak Ludin memerhatikan saja perbuatan Mak Munah. "Bang! Ni tak bolih jadi!" tiba tiba Mak Munah bersuara. Pak Ludin terkejut. "Eh....apa maksud awak ni?" Pak Ludin menyoal. "Yalah......berkenaan anak kita Som tu. Ni tak bolih jadi!" balas Mak Munah. Berkerut muka Pak Ludin, "Ishhh...tak faham saya! Cuba awak jelaskan. Apa yang tak bolih jadi ni?" Mak Munah duduk menghadapi Pak Ludin. "Macam ni bang! Takkan kita nak biarkan anak kita macam ni aja. Cuba abang fikir!" Mak Munah mulakan penerangan, "Samsul, tunang Som dimasukkan dalam penjara. Tiga Tahun lak tu. Tiga tahun tu lama bang! Kita nak tunggu ke? Perjanjian pertunangan tu dulu satu tahun aja!". "Maksud awak....kita putuskan tali pertunangan tu?" Pak Ludin menyoal ingin kepastian. "Hah...tulah yang saya maksudkan. Ikut syarat pertunangan pihak lelaki dah melanggar perjanjian" terang Mak Munah lagi.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 11, 2005 7:52:14 GMT -5
"Munah! Awak jangan nak cari pasal. Kali ni saya tak benarkan awak bertindak sesuka hati" Pak Ludin memberikan amaran lagi. Terkedu Mak Munah. Tak disangka yang suaminya akan berkeras kali ini. Dia juga merasa takut dengan amaran Pak Ludin tadi. Dia duduk dan berdiam diri. Tapi fikirannya berputar ligat, mencari jalan supaya suaminya bersetuju. "Bang!" Mak Munah bersuara lembut. Pak Ludin mengangkat muka memandang tepat kearah Mak Munah. "Hah....apa lagi. Walau apa pun saya tak setuju!" Pak Ludin menyatakan pegangannya. "Memanglah betul kalau pihak perempuan memutusan pertunangan kena bayar dua kali ganda. Tapi tu kalau dalam keadaan biasa. Tapi bang...keadaan kita ni berbeza. Malulah kita nanti. Apa orang kampong akan kata. Kita bermenantukan bekas banduan!" Mak Munah masih tak berputus asa. "Oh malu ye! Hmmm...dulu tu awak terima pinangan kedua sebelum memutuskan peminangan yang pertama awak tak pun rasa malu!" Pak Ludin membentangkan semula perbuatan Mak Munah. Mak Munah terdiam lagi. Kali ni dia benar benar terkena. Terkejut benar dia. Tak dijangka yang suaminya akan menentang habis kali ni.
"Asalamualaikum!" tiba tiba terdengar orang mengucapkan salam dari bawah. "Wa'alaikumusalam!" Mak Munah menjawab lalu menjengah keluar. "Oh Siti dan abang Hasan! Hmmm...silalah naik!" pelawa Mak Munah. Pak Ludin bangun lalu menuju kepintu menyambut tetamu yang datang itu. Pak Hasan bersalaman dengan Pak Ludin sementara Mak Siti pula bersalaman dengan Mak Munah. "Hah...San! Dudoklah" pelawa Pak Ludin lalu dudok mengadap tetamunya. "Hmm...apa hajat ni, San?" soal Pak Ludin. Mak Munah memanggil Kalsom supaya buatkan minuman. Satelah itu dia pun dudok disebelah suaminya. "Ha'ah Siti....apa hal kau berdua ni datang?" soal pula Mak Munah. Mak Siti memandang Pak Hasan supaya memulakan bicara. "Ni hah...kami datang ni pasal hal anak anak kita nilah!" Pak Hasan memulakan bicara. "Ya Munah...nak bincang pasal anak anak kita ni" Mak Siti membantu suaminya. "Kenapa pulak hal anak anak kita?" soal Mak Munah. Jauh dalam hatinya berdoa agar apa yang dirancangkan dengan suaminya tadi menjadi. "Ni hah...pasal pertunangan Samsul dengan Kalsom!" Mak siti menambah. "Tapi...sebelum tu kami berdua nak minta maaf pada kau berdua Ludin, Munah!" Pak Hasan mencelah. "Ya Munah! Kami nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Kami berasa amat malu dengan perkara tu. Benar benar malu pada kau sekeluarga, Tok Penghulu, Akob sekeluarga dan pada orang kampong" terang Mak Siti panjang lebar. Pak Hasan menganggokkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang diperkatakan olih isterinya. Pak Ludin dan Mak Munah cuma berdiam diri saja. "Kami dah pun berbincang dan dah ambil keputusan" sambung Pak Hasan. "Yalah! Tu kami faham San! apa yang nak kita katakan. Dah pun berlaku macam tu. Tapi bukan kita yang minta. Lagi pun bukannya salah kau dan Siti" Pak Ludin memujuk. "Yalah.....kita hanya mampu merancang......tapi Allah jua yang menentukan!" sahut pula Mak Munah.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 12, 2005 7:42:40 GMT -5
"Itu betul Munah....tapi aku rasa sungguh malu. Malu aku ni Munah! Mana nak aku letakkan muka aku ni!" balas Mak siti. "Benar tu" sahut pula Pak Hasan. "Jadi kami sekeluarga dah bincangkan masak masak mengenai perkara ni. Keputusan pun dah kami ambil!" tambah lagi Mak Siti. "Keputusan? Keputusan apa pulak ni?" Pak Ludin menyoal keheranan. "Begini.....kami datang ni nak berikan keputusan. Kami dah setuju untuk memutuskan tali pertunangan antara anak lelaki kami tu dengan Som" terang Mak Siti. "Putus?" soalan keluar dari mulut Mak Munah. "Ya Munah.....kami nak putuskan saja tali pertunangan tu. Geram aku dengan perangai Samsul tu" sahut Pak Hasan. "Ya benar tu...kami tak mahu kau sekeluarga turut merasa malu. Biarlah kami aja yang malu dek perbuatan Samsul tu" terang Mak Siti pula. "Lagi pun Din...Munah....Samsul akan dipenjara selama tiga tahun. Perjanjian kita dulu cuma satu tahun. Jadi dengan sendirinya kami dah langgar syarat perjanjian tu" sambung Mak Siti lagi. "Yalah....kalu dah tu keputusan kau berdua.....aku tak mahu membantah. Tapi bagaimana pulak dengan wang dan barang hantaran tu?" sahut Mak unah. Dalam hatinya sungguh gembira. Ibarat pucuk dicita ulam yang mendatang. "Ya...bagaimana dengan benda tu semua? Perlu ke kami pulangkan?" soal pula Pak Ludin. "Eh...tak perlu! Yang tu tak payah dipulangkan. Anggap aja tu sebagai hadiah dari kami. Lagi pun bukannya salah pihak kau" terang Mak Siti. "Eh betul ke ni?" soal Mak Munah inginkan kepastian. "Ya Munah........terimalah benda tu semua sebagai hadiah....tebus malu kami kepada kau sekeluarga" Pak Hasan menyakinkan. Tiba tiba Kalsom keluar membawa minuman lalu diletakkan diatas meja. Satelah menghidangkan air Kalsom lalu bersalam dengan Mak Siti lalu masuk semula kedalam tampa bercakap sepatah pun. Mak Siti dan Pak Hasan cuma memandang aja Kalsom dengan perasaan sedih.
"Yalah.....bang Hasan....Siti....kami terimalah keputusan tu. Dan mengenai barangan hantaran tu, kami terimalah juga. Terima kasih aja kami ucapkan" Mak Munah bersuara dalam nada agak terharu. "Eh...jemputlah minum air tu!" Pak Ludin mempelawa tetamunya minum. "Bersabar ajalah Siti! Kami sekeluarga juga turut merasa akan peristiwa ni" terang Mak Munah. "Munah...sekali lagi aku nak minta maaf banyak banyak sebab anak aku dah menyusahkan kau sekeluarga" balas Mak Siti pula. "Tak mengapalah Siti...San! Kami maafkan. Lagipun manalah kita tahu nak jadi macam ni" sahut Pak Ludin cuba memujuk. "Tulah sebabnya kami datang ni. Nak selesaikan perkara yang tergantung ni" Pak Hasan menambah, "Lega rasa hati kami bila perkara ni dah selesai!". "Betul tu....eh dah lama pulak kami kat sini" Mak Siti bersuara,"Lagi pun perkara yang nak dibincangkan dah pun kami sampaikan. Jadi kami mintak diri dululah Munah". "Yalah San....Siti! Kami terima ajalah keputusan tu" balas Pak Ludin. Kedua Pak Hasan dan Mak Siti pun bangun lalu bersalaman dengan Pak Ludin dan Mak Munah. Satelah bersalaman mereka berdua pun turun tangga lalu meninggalkan rumah itu. Pak Ludin dan Mak Munah cuma memerhatikan saja kedua tetamu mereka berjalan hingga hilang dari pandangan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 14, 2005 7:51:53 GMT -5
"Fuhhh............lega hati saya bang! Alhamdulillah" Mak Munah bersuara lalu dudok semula. Pak Ludin cuma berdiam diri. Dia mengangkat muka sedikit lalu memandang tepat kemuka Mak Munah. "Ishhh kenapa ni bang? Pandang saya semacam aja!" tambah Mak Munah sambil memandang muka Pak Ludin. "Ya......baguslah tu! Puaslah hati awak! Apa yang awak cadangkan tadi dah kesampaian!" gerutu Pak Ludin. "Eh...tentulah bang! Tak payah lagi saya bersusah payah. Tak perlu lagi nak fikir cari jalan memutuskan pertunangan tu!" sahut Mak Munah pula. "Hmmm.......baguslah tu! Habis ni....apa pulak rancangan awak lagi?" soal Pak Ludin. "Buat masa ni tak ada dalam fikiran saya lagi. Nantilah bila dah ada saya akan beritahu" jawab Mak Munah. "Kita tunggulah...kalau kalau ada orang lain yang akan masuk meminang!" tambah Mak Munah lagi. 'Oh gitu.....bagaimana pulak kalau Sahak masuk meminang semula? Awak akan terima?" tiba tiba Pak Ludin mengutarakan soalan yang tak dijangka. Mak Munah terdiam. Dia tak terfikir yang soalan sedemikian akan disuarakan olih suaminya. "Hah.....kenapa pulak awak diam? Apa sangat yang awak bencikan dia tu? Ni hah orang yang awak sanjung...puji...bangga....apa dah dia buat pada kita?" hujah Pak Ludin cuba menyedarkan Mak Munah dari kesalahan yang telah dilakukan. "Bang! Saya dah sedar sekarang ni! Saya benar benar insaf! Kalau dia masuk meminang sekali lagi dah tentu saya akan terima" pengakuan Mak Munah, "Tapi mahu ke dia meminang sekali lagi?" Giliran Pak Ludin pula terdiam. Dia juga tak terfikir perkara itu. "Entahlah....saya pun tak tahu!" Pak Ludin menjawab satelah agak lama berdiam diri. "Apa kata bang, kita pergi aja kerumah Akob dan Tom tu?" Mak Munah memberikan saranan. "Hishhh....awak tak malu ke? Ada ke pihak perempuan yang pergi merisik? Awak ni betul ke?" Pak Ludin bertanya. "Malu tu...memanglah malu bang! Tapi demi nak mohon maaf diatas kesalahan yang dah saya lakukan.......tak mengapa. Lagi pun ni demi masa depan anak kita. Kebahagiaan dia yang saya mahukan!" Mak Munah menjawab dengan penuh yakin. "Hmm....kalu dah awak kata gitu, saya mengikut aja! Saya setuju dengan cadangan awak tu. Malam nanti kita pergi kerumah mereka tu" Pak Ludin menjawab lalu masuk kedalam. Mak Munah juga mengikut kemudian.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 16, 2005 7:51:11 GMT -5
Pada malam harinya kelihatan dua suami isteri, Pak Ludin dan Mak Munah bertandang kerumah Pak Akob dan Mak Tom. Sampai aja didepan tangga Pak Ludin lantas mengucapkan salam, "Asalamualaikum!". "Wa'alaikumusalam! Sapa tu?" satu suara halus menyahut. Seorang anak gadis menjengah dimuka pintu. "Oh.....Mak Munah! Pak Ludin! Naiklah!" pelawa ramah Junainah, adik Sahak. "Eh...emak kau mana Jun!?" soal Mak Munah sebaik aja naik keatas serambi. Junainah dengan segera bersalam dengan Mak Munah dan Pak Ludin, "Emak ada kat dalam tu. Nanti Jun panggilkan. Mak Munah dan Pak Ludin duduklah dulu" balas Junainah lalu masuk kedalam. Sebentar kemudian keluar Mak Tom dan diikuti Pak Akob. "OH...kau Munah! Ludin! Apa kabar?" sapa Pak Akob lalu menghulurkan tangan bersalam dengan Pak Ludin. Sementara Mak Tom pula bersalam dengan Mak Munah. "Aku baik aja ni Kob! Kau pulak macam mana?" jawab Pak Ludin. "Lah...Din! Ginilah. Dah tua ni apa lagi......kejap sihat kejap sakit" balas Pak Akob sambil tersenyum. "Hmm.....apa hal kau datang ni Munah?" soal Mak Tom pula ingin tahu. "Lah....Tom! Saja berziarah ni. Lagi pun dah lama kita tak jumpa" Mak Munah memberikan alasan. "Eh Kob.....mana Sahak. Tak nampak pun dia?" Pak Ludin pula menyoal. "Entahlah Din.....aku pun tak tahu. Tadi katanya nak keluar kejap. Adalah yang nak dia buat tu!" jawab Pak Akob pula. "Eh Munah...kau pulak macam mana? Sihat?" soal Mak Tom. "Hmmm....macam yang kau nampaklah ni Tom. Kita bila tua macam ni macam macamlah yang datang" Mak Munah menjawab sambil tertawa. Tiba tiba muncul Junainah semula. Dia tangannya terdapat satu dulang berisi cawan, teko dan sepiring pisang goreng. Dia meletak didepan tetamu lalu menuangkan airnya. "Hah...Mak Munah...Pak Ludin! Silalah minum!" pelawa Junainah. Satelah itu Junainah terus beredar masuk kedalam semula.
Mereka semua berdiam lalu meneguk air yang terhidang. "Akob...Tom! Biarlah kami berterus terang aja" tiba tiba Pak Ludin bersuara. Pak Akob dan Mak Munah agak terkejut. Mereka memandang tepat kemuka Pak Ludin. "Ishhh.....apa halnya pulak ni...Din?" soal Pak Akob tak sabar. Seribu pertanyaan bermain dalam fikirannya. "Gini bang Akob...Tom! Kau tentu dah tahu mengenai cerita Samsul tu" Mak Munah pula berkata. Pak Akob dan Mak Tom menganggukkan kepala. "Petang tadi Hasan dan Siti datang kerumah kami. Berkenaan pertunangan antara Samsul dengan Som tu" Mak Munah menambah. Pak Ludin pula menyambung," Olih kerana Samsul akan menjalani hukuman 3 tahun maka perjanjian tempoh pertunangan tu dah terbatal. Jadi mereka datang tu untok memutuskan secara rasmi. Jadi sekarang pertunangan tu dah putus dengan rasmi." "Oh gitu kesahnya. Tapi apa pulak kena mengena dengan kami?" soal Pak Akob. "Dulu kau ada masuk meminang. Tapi waktu tu kami tolak sebab Samsul dah masuk dulu. Tapi ni dah putus. Jadi kalau kau berhajat bolihlah masuk sekali lagi" terang Mak Munah pula. "Tu pun kalau kau berdua setuju" tambah Pak Ludin pula. Pak Akob memandang muka isterinya. "Beginilah Din...Munah. Aku tak tahu apa nak cakap buat masa ni. Kami memang suka bermenantukan Som tu. Tapi kami kena juga tanya yang punya diri" Mak Tom memberika alasan. "Yalah.....buat masa ni kami tak dapat buat keputusan. Tunggulah...nanti kami tanyakan Sahak dulu!" Pak Akob pula menambah. "Yalah Tom! Kami tak paksa. Cuma kami ni nak tebus kesalahan yang dah kami lakukan dulu terhadap kau berdua" Pak Ludin berkata.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 17, 2005 18:05:06 GMT -5
"Sudahlah tu.....Din! Munah! Perkara dah lepas. Lupakan aja" balas Pak Akob. "Betul tu.....benda nak jadi macam tu! Manalah kita tahu" balas Mak Tom. "Aku benar benar insaf sekarang Tom! Aku banyak bersalah pada kau sekeluarga. Gitu juga pada orang kampong kita ni. Dulu aku sombong. Memang patut pun aku terima balasan macam ni" Mak Munah menambah dengan perasaan sedih, "Selama ni aku ketepikan perasaan orang lain. Sampaikan perasaan anak aku sendiri pun aku tolak tepi. Tapi dengan kejadian ni baru aku sedar". "Sudahlah tu...kami pun turut simpati akan apa yang menimpa pada kau tu" jawab Mak Tom. "Yalah....Kob! Tom! Kami cuma nak menebus kesilapan kami dulu tu! Tapi kami taklah paksa. Terpulanglah pada budi bicara kau!" Pak Ludin mencelah. "Nantilah...bila Sahak balik kami akan bincangkan. Bila dah dapat keputusan nanti aku akan datang kerumah kau Din" Pak Akob memberi kepastian. "Kalau gitu biarlah kami balik dulu! Dah lama ni kami kat sini" Pak Ludin bersuara lalu berdiri dan menghulurkan tangan bersalaman dengan Pak Akob. Mak Munah juga bersalaman dengan Mak Tom lalu mengikuti suaminya menuju keluar. "Kami minta diri dulu...asalamualaikum!" Pak Ludin berkata lalu mula berjalan meninggalkan rumah itu dengan diiringi isterinya, Mak munah. "Wa'alaikumusalam! Baik baik jalan tu!" jawab Pak Akob. Dia dan Mak Tom memerhatikan kedua suami isteri itu menjauh hingga hilang ditelan kegelapan malam.
Pak Akob duduk semula. Mak Tom juga turut dudok menghadapai suaminya. Kedua mereka termenung. Pak Akob merenung muka isterinya. "Ishhh....tak faham saya!" Pak Akob tiba tiba bersuara. Mak Tom memandang suaminya. "Bang! Apa dah jadi ni?" Mak Tom menyoal. Kejadian yang baru tadi benar benar membuatkan mereka bingung. "Entahlah Tom.....saya sendiri pun tak tahu!" balas Pak Akob. "Yalah bang....kejadian ni betul betul pelik!" Mak Tom mencelah. "Dulu ditolak mentah mentah pinangan kita. Tapi ni datang balik. Nak suruh kita pinang balik! Ishh.....tak pernah dibuat orang!" Pak Akob menambah. "Yalah bang! Apa....perkara pinang meminang ni macam beli sayor ke? Bila dah jadi macam ni dia datang balik pada kita. Bila dah tak laku....dia nak oper balik pada kita!" gerutu Mak Tom. "Amboi awak.....dah pandai cakap orang putih...oper oper tu!" balas Pak Akob. "Lah......bang! Belajar sikit sikit dari anak kita tu!" Mak Munah menjawab dengan tersenyum, "Tapi bang....tak masuk akal langsung! Dulu dia hina anak bujang kita tu. Macamlah anak kita tu sengket sangat! Tapi bila dah tersepit macam ni, dia datang balik pada kita. Dah ludah jilat balik!" "Isshhh....tak baik awak cakap macam tu. Kita jangan jadi macam dia" marah Pak Akob dengan sikap Mak Tom. "Yalah bang....geram sangat saya dengan perangai dia tu! Tak pernah dibuat orang" jawab Mak Munah. "Mungkin Munah tu dah benar benar insaf. Dia dah sedar tu. Walau pun gitu kita tunggu dulu apa kata Sahak" Pak Akob menambah. "Tapi bang! Kalau ginilah gayanya......tak ingin saya berbesankan Munah tu!" Mak Tom mengeluarkan pegangannya . "Ehhh......awak tu! Sabar dulu! Keputusan ditangan Sahak. Dia yang akan menentukan segalanya. Kalau dia dah setuju kita tak bolih buat apa apa. Takkan awak nak ketepikan persaan Sahak dan Som tu!" terang Pak Akob. "Yalah bang.....yang tu saya faham. Keputusan dia yang penting sekarang. Apa pun keputusan dia saya ikut saja. Yalah.....dia dan Som tak bersalah dalam hal ni. Lagi pun mereka yang nak kahwin dan dah suka sama suka. Saya turut aja. Saya memang suka Som jadi menantu kita. Cuma perangai emak dia tu aja yang saya tak gemar" Mak Tom menambah. "Hah....baguslah! Tapi rasanya Sahak setuju ke?" Pak Akob menyoal. "Entahlah bang! Tak berani saya nak kata apa. Kalu ikutkan perasaan, memang Sahak sayangkan Som tu. Tapi tak tahulah.....sekarang ni macam macam dah berlaku. Sahak mungkin dah berubah. Yalah...sapa tak marah kalau dihina macam tu. Kita tunggu ajalah apa keputusan dia tu" Mak Tom menjawab.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 18, 2005 22:08:56 GMT -5
Sebentar kemudian kedengaran bunyi deruan kereta menghampiri rumah mereka. "Hah....tu pun dia dah balik bang!" kata Mak Som. Pak Akob cuma menganggokkan kepala. Sahak memasukkan kereta dengan kemas kedalam garaj. Dia tidak terus keluar tapi termenung sebentar didalam kereta. Pak Akob dan Mak Tom masih sabar menunggu kemunculan Sahak. Sahak keluar, menguncikan keretanya lalu naik keatas rumah. "Eh...emak! Ayah! Tak tidor lagi?" Sahak menyoal demi terpandang saja kedua orang tuanya masih lagi berada diruang tamu. "Tak lagi Hak.....belum mengantok lagi!" Pak Akob menjawab. "Ha'ah Hak.....kau dari mana ni?" Mak tom pula menyoal. "Hak tadi gi jumpa dengan Tok Penghulu. Bincangkan mengenai pembesaran projek limau kita tu!" Sahak menjawab. "Hmm...apa kata Tok Penghulu?" soal pula Pak Akob. "Hak penatlah ayah! Esok aja Hak ceritakan! Hak masok dulu ayah! Emak!" Sahak menjawab lalu hendak meninggalkan ruang tamu itu. "Nanti Hak! Ada perkara yang nak dibincangkan!" Mak Tom melarang. "Ya Hak! Sebenarnya ayah dan emak memang tunggu kau balik" Pak Akob menambah. "Tunggu Hak balik? Kenapa ayah?" Sahak menyoal agak terkejut. "Kalau ya pun....dudoklah dulu Hak!" pinta Mak Tom. Sahak dudok menghadapi kedua orang tuanya. Air mukanya berkerut. Berbagai persoalan bermain dalam fikirannya. Dia berdiam diri sambil memandang muka ayah dan emaknya silih berganti.
"Begini Hak!" Pak Akob memulakan bicara,"Tadi Ludin dan Munah datang kesini!". "Hmm......apa yang mereka hendak ayah?" Sahak menyoal pendek. Dia masih kabor lagi. "Ni hah...Hak! Soal siSOm tu" Mak Tom mencelah. "Soal Som? Kenapa pulak dengan dia mak? Sakit ke dia?" soalan Sahak bertubi. "Ishhh......bukan gitu....dia tak sakit!" terang Mak Tom. "Habis tu....kenapa pulak? Apa pulak kena mengena dengan kita?" soal Sahak lagi. "Macam ni.....apa kau sayang lagi ke Som tu?" soal Pak Akob. Sahak tergamam. Tak disangka soalan gitu akan keluar lagi. Lebih lebih lagi dari kedua orang tuanya. "Ishhh....ayah ni! Kan Som tu dah bertunang. Satu kampong ni dah tahu!" Sahak menjawab satelah berdiam sebentar. "Yang tu memanglah betul. Tadi emak dan ayahnya, Ludin dan Mak Tom datang mengenai perkara tulah!" Mak Tom menjawab. "Hak tak fahamlah ayah....emak!" Sahak mengeluarkan persoalan yang bermain dalam fikirannya. "Macam ni Hak! Pak Ludin datang beri tahu yang pertunangan antara Som dan Samsul dah diputuskan" terang Pak Akob. "Diputuskan? Habis tu......kenapa pulak beri tahu kita?" soal Sahak lagi. "Mak Munah rasa bersalah dan minta maaf. Dia nak tebus kesalahan dia tu terutama sekali pada kau. Jadi dia nak menjodohkan kau dengan Som. Dia suruh kita naik meminang sekali lagi" terang Mak Tom pula. "Suruh naik meminang sekali lagi? Apa pulak keputusan ayah dan emak? Jadi mak dan ayah dah setujulah!" Sahak inginkan kepastian. "Isshhh......taklah...kami tak beri apa keputusan pun. Cuma kami beri tahu nak minta keputusan dari kau. Nilah yang kami tunggu kau!" hujah Pak Akob dengan jelas. "Ha'ah Hak.....apa kau setuju ke?" Mak Tom pula menyoal. Sahak terpegun. Dia cuma berdiam diri. Kedua orang tuanya juga terdiam. Kedua mereka memandang tepat pada Sahak. Menanti jawapan. Lama mereka berdiam diri. Yang seorang berdiam dari memberikan jawapan. Sementara dua orang lagi berdiam menantikan jawapan. "Macam mana Hak? Apa keputusan kau?" soal Mak Tom satelah mereka semua menyepi. "Nantilah ayah...emak! Perkara ni tetiba aja. Hak perlukan masa untok berfikir. Nanti Hak akan berikan jawapan" Sahak menjawab rengkas lalu bangun meninggalkan kedua orang tuanya. Pak Akob dan Mak Tom kelu. Mereka cuma memerhatikan anak bujang mereka berjalan masuk kebilik. "Apa fikiran awak Tom? Dia setuju ke?" "Entahlah bang! Tak berani saya nak kata apa" jawab Mak Tom. "Dari air muka dia nampak macam keberatan aja!" Pak Akob menambah. "Yalah bang.....sapa tak marah! Dulu dia tolak mentah. Dah gitu hina lagi. Tapi bila dah tersepit macam ni cari balik dia. Saya sendiri pun marah!" balas Mak Tom. "Yalah Tom....macam barang mainan pulak" sahut Pak Akob lalu bangun pergi menguncikan pintu. Satelah itu dia terus menuju masuk kebilik tidor diikuti olih Mak Tom.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 19, 2005 2:58:12 GMT -5
Sahak masih tidak dapat tidor. Matanya terkelip kelip memandang siling. Puas memandang siling dia mengiring kekiri. Pandangan matanya menerjah keluar tingkap. Cahaya bulan terang menerbus masuk kedalam biliknya. Suasana malam tenang. Tapi tidak disanubari anak muda ini. Dia bangun lalu merapati ketingkap. Pandangannya dihalakan kearah rambulan yang sedang megambang penuh. Cahaya berseri. Kemudian dia meghalakan pandangan kearah pergunungan yang kelam nun menjauh, sama seperti didalam hatinya. Dia tersepit antara perasaan terhina dan cinta. Tidak tahu yang mana harus dipilih. Apa keputusan yang akan diambil. Haruskah dia mengenepikan perasaan marah terhadap Mak Munah. Apakah Kalsom yang harus menjadi mangsa. Apakah telah pudar perasaan cinta sayangnya terhadap Kalsom. Perlukah dikorbankan perasaan marahnya demi orang yang dicintainya. Berbagai persoalan bermain difikirannya. Perasaan marah bertukar ganti perasaan sayang. Perasaan cinta bertukar ganti perasaan geram."Apakah keputusan yang perlu aku ambil?" "Yang mana satu harus aku pilih?" "Patutkah aku ketepikan perasaan geram aku?" "Atau aku korbankan perasaan marah tadi demi orang yang aku cintai?". Soalan demi soalan bermain didalam fikirannya. Sahak kembali semula kekatil lalu merebahkan badannya. "Ya Allah...berilah aku petunjuk. Yang manakah harus aku pilih!" Lama Sahak berfikir sehingga dia terlelap. Sedikit demi sedikit Sahak hanyut dialam mimpi. Malam itu Sahak bermimpi seolah olah dia sedang berjalan diatas sebatang titi menyeberangi sebatang sungai yang bearus deras. Ditangannya terdapat sekumtum bunga mawar bewarna merah yang sedang kembang. Tiba tiba dia tergelincir lalu bunga ditangannya terjatuh kedalam sungai. Walau pun cuma sekumtum bunga tapi Sahak terus terjun untuk menyelamatkan bunga mawar tersebut. Sahak ikut hanyut mengikut arus namum bunga mawar itu tetap tergenggam kemas ditangan. Sahak terkejut bila dia hanyut kearah air terjun yang sungguh dalam. "Astarafirrullah-al'azim!" Sahak beristirafar. "Apakah maksud mimpi aku ni?" Sahak menyoal pada dirinya.
Persoalan yang semalam belum lagi selesai timbul pula mimpi yang aneh. Sahak masih tidak dapat membuat keputusan. Dia termenung panjang. Masih tidak dapat mencari penyelesaian. Sahak bangun lalu merapati tingkap. Bulan yang mengambang telah pun mula menyorokkan muka disebalik pergunungan yang jauh masih kabus berbalam. Angin subuh menerjah masuk kebiliknya. Sungguh sejuk dan menyegarkan. Namun itu masih tidak mencukupi untuk menyegarkan otak Sahak dari membuat keputusan. Dia berjalan menuju keluar lalu kebilik air membersihkan diri untuk menunaikan suruhan Allah. Dia berharap dengan mengerjakan solat dipagi nan syahdu dan tenang nanti akan dapat menerbitkan jalan penyelesaian pada persoalan yang sedang dihadapi. Lama dia bertafakur diatas sejadah. Sewaktu bersarapan pagi Sahak cuma membisu. Begitu juga Pak Akob dan Mak Munah. Mereka menunggu kalau kalau Sahak sudah membuat keputusan. Namun itu semua meleset. Mereka cuma menunggu dan terus menunggu. Sahak masih membisu. Tidak ada sebarang perkataan yang disuarakan. Sebaliknya Sahak terus keluar lalu menuju keretanya. Satelah menghidupkan injin lalu kereta itu meluncur meninggalkan perkarangan rumah. Mak Munah dan Pak Akob terkebil kebil. Mereka memandang antara satu sama lain. Mereka benar benar hilang punca.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 24, 2005 22:02:52 GMT -5
Sahak memandu terus. Sambil itu fikiran dia melayang. Semua yang pernah dilalui berputar balik dalam fikirannya. Satu demi satu muncul. Namun Sahak masih dapat mengawal pemanduannya dengan baik. Kereta meluncur terus. Membelok kekiri lalu menuju ketepi pantai. Dengan kemas dia memasuki kawasan medan letak kereta lalu keluar. Satelah mengunci keretanya Sahak berjalan perlahan menuju kerestoren yang selalu dikunjungi. Dia terus menuju kemeja yang selalu diduduki bila kesitu. Disatu sudut yang agak terpencil sedikit terdapat sebuah meja menghadapi kelaut. Pemandangan disitu memang indah dan damai. Sahak menarik sebuah kerusi lalu duduk dengan malasnya. Pandangannya tertuju kelaut. Kelihatan beberapa perahu nelayan bertaburan sedang mencari rezeki. Burung burung laut berterbangan bebas. Ombak ombak kecil datang dan pergi silih berganti memecah pantai. Ketenangan ini tidak ada dalam diri Sahak. Fikirannya berkecamuk. Bagaikan badai ganas menghempas pantai. Seorang pelayan menghampiri Sahak untuk mengambil pesanan. "Encik....nak minum?" soalnya pelayan itu. "Hmm.....seperti biasa ya!" Sahak berkata tampa memandang pun muka pelayan itu. Pelayan itu mengangguk faham dengan selera pelanggan biasanya itu lalu berlalu pergi. Sahak masih bingung. Keputusan yang dicarinya masih lagi tak muncul.
Tiba tiba muncul seorang gadis berjalan menuju kemeja Sahak. Menghampiri lalu bersuara "Asalamualaikum!" Tidak ada jawapan. Sahak masih hilang dalam lamunannya. "Asalamualaikum! Hai Shah!" ulang gadis itu menegur. Masih tidak ada sebarang reaksi dari Sahak. Dia sedang berada jauh dalam alam fantasi."Wei Shah! Apa ni? Tidor lagi ke?" gadis itu meninggikan suara bila tidak ada balasan dari Sahak. "Eh..eh....er...Oh Ailey! Hmm....dah lama sampai?" Sahak seolah baru tersedar dari alam mimpi. "Apalah.....setiap kali kita bersua...Hak mesti sedang mengelamun!" gadis itu berkata sambil menarik kerusi dan duduk menghadapi Sahak. "Ishh....taklah. Maaflah Ailey....tak sedar tadi" Sahak menjawab. Pelayan datang semula membawa pesanan yang dibuat olih Sahak sebentar tadi. "Cik.....nak order!" pelayan berkata sopan pada Suhaily. "Yer...saya nak nasi lemak....sambalnya lebih ya dan air teh tarik kurang manis!" Suhaily membuat pesanan. Pelayan berlalu pergi. "Hak.....kenapa ni! Ailey tengok asyik termenung aja" Suhaily menyoal. Sahak tersenyum, "Tak ada apalah Ailey. Cuma ni sedang memikirkan mengenai pembesaran projek saya tu!" "Oh....dah mula ke projek tu?" Suhaily bertanya lagi. Pelayan datang lagi dengan membawa pesanan Suhaily. "Terima kasih" ucap Suhaily lalu meneguk air teh dihadapannya. Pelayan cuma tersenyum lalu meninggalkan meja itu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 30, 2005 18:16:24 GMT -5
Kedua mereka berdiam diri sambil menikmati sarapan pagi. "Eh....Ailey! Hari ni tak mengajar ke?" tiba tiba Sahak menyoal. "Ishh....mimpi ke Shah ni? Kan hari ni hari minggu, mana ada kelas!" Suhaily menjawab sambil tertawa. Sahak juga turut tertawa. "Yalah.......hmmm hari pun saya dah lupa. Apalah punya bengapnya saya ni!" Sahak menyampok. "Wei.....tak elok kata begitu! Mana ada manusia yang sempurna" tegur Suhaily. "Maaflah...." Sahak menjawab pendek. "Shah! Ailey nak bertanya....bolih tak?" Suhaily bertanya sambil memandang tepat kemuka Sahak. Muka Sahak berkerut. "Kenapa Ailey lihat Shah seakan sedang menghadapi masaalah yang berat. Dari air muka dah dapat membayangkan gitu. Dan setiap kali kita bersua, tentu Shah dalam keadaan mengelamun" panjang kata kata yang disuarakan olih Suhaily. "Hmmm.....macam mana nak saya nyatakan. Tapi ni soal peribadi!" Sahak menjawab. "Oh...maaflah. Kalu gitu tak payahlah ceritakan pada Ailey" Suhailey berkata. "Perlu ke aku beritahu dia?" soalan ini bermain dalam fikiran Sahak. "Mahu ke dia berikan pendapat?" satu lagi soalan berkisar didalam fikiran Sahak. "Hak! Apa bolih Ailey berkata sesuatu?" satu lagi soalan keluar dari mulut Suhailey. Sahak terkejut. "Hmm...apa yang nak Ailey tanyakan tu. Kalu bolih saya akan jawabkan" Sahak menyoal balik kepada Suhailey. "Shah! Tak perlulah berselindung lagi. Sebenarnya semuanya dah Som ceritakan pada Ailey" terang Suhailey. Sahak terkebil kebil. Dia memandang tepat kemuka Suhailey. "Apa yang dah Som ceritakan?" soal Sahak. Dia memerhatikan muka Suhailey. Mencari petanda kebenaran. "Kesemuanya. Kisah percintaan Shah dengan dia. Emaknya tak sukakan Shah. Pertunangan paksaan antara dia dengan Samsul. Permusohan antara Samsul dengan Shah. Kisah Samsul dipenjarakan. Kedatangan ayah dan emak Samsul memutuskan tali pertunangan. Kedatangan ayah dan emak Som kerumah Shah. Som benar benar menderita Shah dengan semuanya ini" terang Suhailey panjang lebar. Sahak cuma berdiam diri. Tidak bersuara walau pun sepatah. "Tahukah Shah....Som sebenarnya sedang sakit. Cuma dia sengaja merahsiakan dari pengetahuan Shah.
Sekali lagi Sahak terkejut. "Som sakit!" Sahak bersuara untuk mendapatkan keyakinan. "Ya Hak! Som sedang sakit sekarang ni. Sebab tu kedua orang tuanya tebalkan muka datang kerumah Hak tempoh hari. Cuba fikir......apa tak malu ke kalau pihak perempuan datang minta diulang semula utusan perminangan yang telah ditolak pada mulanya. Pernah ke dibuat orang perkara macam ni?" Suhailey mengeluarkan pendapat. Sahak masih berdiam diri. Tak tahu apa yang nak diperkatakan. Perkembangan terbaru ini benar menyentuh hatinya. "Shah....Ailey berharap benar agar Shah dapat menerima Som semula. Dia minta Shah maafkan akan sikap emaknya. Sekarang Mak Munah benar benar dah sedar dan menyesal. Adakah disebabkan emaknya maka Som yang Shah hukum?" Suhailey terus berhujah. Sahak benar benar terpukul dengan kata kata Suhailey ini. "Shah.....seharusnya Shah bolih terima semula Som. Emaknya dah benar benar menyesal dan insaf. Dia dah dapat bedakan yang mana kaca dan yang mana intan" tambah Suhailey lagi. "Tapi Ailey! Mak Munah cuma tersedar bila dah terantuk....bila dah terkena batang hidung sendiri. Dulu dia selalu menghina saya. Dia sanggup memalukan keluarga saya" sahut Sahak," Pernah ke Mak Munah berfikir akan apa akibat perbuatan dia tu. Pernah ke Mak Munah mengambil kira perasaan dan penderitaan Som?" Sahak berhujah panjang.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Oct 1, 2005 8:07:34 GMT -5
"Memang! Memang betul Mak Munah buta mata dan hati. Som sendiri mengakui mengenai perkara ni. Tapi tu dulu! Sekarang dia dah berubah. Apa....Shah pun nak jadi seperti dia. Turut buta mata dan hati! Turut menghukum Som secara tak langsung? Apa Shah dah tak ada perasaan lansung terhadap Som lagi?" satu demi satu huraian dihujahkan olih Suhailey. "Shah tahu.....Ailey sengaja datang kesini atas rasa belas terhadap Som. Dia kawan baik Ailey. Tak sampai hati melihat dia dalam keadaan tertekan gitu!" tambah Suhailey. "Ailey! Jangan pertikaikan perasaan saya terhadap Som. Kasih dan sayang saya terhadap dia tetap utuh. Tak ada apa yang dapat meruntuhkannya. Tapi......perbuatan emaknya tu benar benar mengeciwakan saya. Hingga terbina satu tembok batu dalam hati sanubari saya sekarang ni! Kalau setakat menghina saya saorang saja masih bolih saya terima. Tapi tergamak dia menghina dan memalukan kedua orang tua saya....tu yang saya tak dapat terima!" balas Sahak. "Shah......saya tak ada hak dalam hal ni. Dan juga saya tak bolih memaksa. Semuanya ditangan Shah sendiri. Terpulanglah pada Shah. Cuma cuba fikirkan baik baik. Kalau Shah masih degil dan ego, maka Som yang akan jadi mangsanya. Tapi....kalau Shah berubah fikiran alhamdulillah! Ailey percaya semuanya akan bertukar kepada kebaikan" tambah Suhailey lagi. "Sudahlah Shah.....Ailey dah pun sampaikan apa yang dipesan olih Som. Selebihnya terleltak ditangan Shah. Tapi Shah kena ingat.......walau apa pun keputusan yang akan Shah ambil, tetap ada yang terkorban. Ianya antara Shah atau pun Som. Jadi Ailey harap Shah akan mengambil keputusan yang waras! Baiklah Shah...Ailey terpaksa pergi dulu. Asalamualaikum!" Suhailey berkata lalu bangun dan meninggalkan Sahak sendirian.
"Wa'alaikumusalam!" Sahak menjawab pendek. Sahak hanya memerhatikan Suhailey menjauh meninggalkan tempat itu. Bila bayangan Suhailey menghilang Sahak beralih pula memandang kearah laut lepas. Camar laut masih lagi berterbangan seperti selalu. Seperti hari semalam. Terbang bebas tampa sebarang masa'alah. "Alangkah baiknya kalau aku menjadi seperti burung camar itu. Terbang bebas diangkasa tampa perlu menghadapi sebarang masa'alah" bisek hati kecil Sahak. Sedikit sebanyak kata kata dari Suhailey tadi mula bersarang didalam hati Sahak. "Memang aku sayangkan kau Som. Tapi aku merasa serba salah. Wajarkah aku mempertahankan ego aku dan mengorbankan Som? Tapi dia tak bersalah. Kenapa pulak dia harus menjadi mangsa?" persoalan berlegar dalan fikiran Sahak.
|
|
along
New Member
smile always..........
Posts: 48
|
Post by along on Oct 16, 2005 0:45:24 GMT -5
Dah tamat ke cerpen ni !!
|
|
|
Post by Kelipkelip on Oct 22, 2005 18:42:57 GMT -5
Sahak termenung panjang. Dia benar benar buntu. Tak dapat nak buat keputusan. Dia merasa serba salah. Ibarat pepatah..."ditelan mati emak, diluah mati bapa". "Ya Allah! Kenapalah begini berat yang ku hadapi! Berilah petunjuk dan hidayat Mu!" Sahak berbisik didalam hatinya. Pandangannya tertumpu kelaut lepas. Burung burung camar masih lagi berterbangan. Ombak ombak kecil memecah pantai. Perahu kecil beroleng dibuai ombak. Kedamaian pagi begitu terserlah. Indah. Tenang. Tapi bukan didalam diri anak muda ini. Tiba tiba talipon bimbit Sahak berbunyi. "Hello!" Sahak bersuara. "Hello Hak! Aku...Latip ni!" satu suara kedengaran. "Hah! Kau...Tip! Apa halnya?" Sahak menyoal. "Hak...cepat ke hospital! Som baru aja dimasukkan kewad ICU!" Latip memberitahu. "Apa Tip! Som dimasukkan keICU? Apa sakitnya?" Sahak bertanya inginkan kepastian. "Kau cepatlah kesana!" Latip menggesa Sahak lalu menammatkan panggilan talipon itu. Sahak segera bangun lalu kekaunter untok membayar harga sarapan pagi tadi. Dia bergegas meninggalkan restoren itu lalu menuju kekeretanya. Demi hidup sahaja injin dia terus memandu laju menuju kearah hospital.
Setiba dihospital Sahak dapati Pak Ludin, Mak Munah, ayah dan emaknya juga Suhaily telah berada disana. Mak Munah segera mendapatkan Sahak demi terpandang saja muka Sahak. "Hak! Mak Munah nak minta maaf! Maafkan Mak Munah terhadap kau Hak!" pinta Mak Munah sambil air matanya mengalir menuruni pipinya. "Sabar! Sabar Mak Munah! Macam mana keadaan Som?" Sahak mententeramkan Mak Munah sambil menyoal inginkan kepastian. "Entahlah Hak! Tadi dia tak sedarkan diri. Tulah kami bawa dia kemari" terang Pak Ludin. "Apa kata dokter?" Sahak menyoal lagi. "Tak pasti lagi Shah.....dokter sedang merawat dia!" sahut Suhaily. "Ailey...what really happened?" Sahak menyoal Suhailey dalam bahasa Inggeris. Dia tak mahu yang lain mengetahui butiran perbualan itu. "I'm not sure. We were talking in her room. Out of sudden she fell down.....fainted!" Suhailey menerangkan. "But she was very sad. Really sad" tambah Suhailey lagi. Tiba tiba kelihatan seorang dokter mendekati mereka. "Tuan dokter! Bagaimana keadaan anak saya?" Mak Munah tidak sabar menyoal. "Sabar makchik! Jangan khuatir. Anak Makchik tak ada apa apa. Keadaan dia setabil tapi masih lemah. Dia terpaksa ditahan diwad untuk beberapa hari lagi!" terang dokter. "Excuse me Doc! May I ask you a few questions?" Sahak menyoal. Dokter memandang Sahak lalu bersuara "Yes! But may I know who are you to the patience?. "Can we talk somewhere in private? " Sahak menyoal balik. "Well....we can talk in my office. This way please!" dokter berjalan meninggalkan mereka diikuti olih Sahak.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Oct 23, 2005 18:19:34 GMT -5
Mereka yang lain cuma memandang saja Sahak dan dokter berlalu pergi tampa berkata apa. Setiba dipejabat dokter mempersilakan Sahak dudok. Sahak dudok dihadapan dokter lalu berkata, "Terima kasih dokter! Maaflah kerana tadi saya berbahasa Inggeris". "Oh...tak mengapa! Saya faham!" balas dokter pendek. "Apa......bolih saya tahu awak ni siapa dengan pesakit?" dokter menyoal. "Dia bakal tunangan saya" Sahak berkata, "Apa sakitnya dokter?". "Oh.....jangan khuatir! Dia tak sakit apa. Cuma dia mengalami tekanan perasaan yang agak berat. Hmmm....sebenarnya apakah masa'alah yang sedang dihadapinya?" dokter menerangkan. Sahak pun menceritakan segala yang berlaku dari saat mula dia berkenalan dengan Som sehingga kisah putus tunangan. Dokter mendengar dengan teliti sambil menganggukkan kepala. "Ohh.........gitu kisahnya! Patutlah dia memendam perasaan sehingga memudaratkan kesihatan!" dokter berkata sambil menulis sesuatu didalam buku rujukan. "Saya nasihatkan awak jaga hatinya dengan baik. Dan saya rasa elok awak sampaikan berita gembira ni pada dia. Ini dapat menaikkan semangat dia dan membantu dia pulih dengan kadar segera!" dokter menambah.
"Apa bolih saya bertemu dengan dia?" soal Sahak. "Ya...silakan! Tapi jangan lama lama. Dia masih lemah dan perlukan rihat yang banyak" balas dokter. "Terima kasih dokter! Saya keluar dulu!" Sahak menjawab lalu bangun dan berjabat tangan dengan dokter lalu keluar dari bilik itu. Sahak berjalan menuju kewad dimana Kalsom ditempatkan. Dia berhenti sebentar dihadapan pintu sambil meninjau kedalam bilik itu melalui cermin kecil. Dengan perlahan dia membuka pintu lalu menghampiri sebuah katil. Diatas katil itu terbaring sesusuk tubuh sedang lena. Sahak memerhati tepat kearah muka pesakit. Perasaannya hiba dengan keadaan pesakit itu. "Ya Allah.....cepatlah sembuhkan sakit yang ditanggung olih Som ni!" Sahak berdoa didalam hati. Sahak mengambil sebuah kerusi lalu duduk menghadapi Kalsom. Tiba tiba Kalsom membuka mata lalu memandang tepat kemuka Sahak. Sahak memberikan sebuah senyuman. Kalsom membalas senyuman dan cuba bangun tapi dilarang olih Sahak. "Som! Maafkan abang! Abang tak sangka sampai begini jadinya" Sahak berkata perlahan sambil memegang tangan Kalsom. Kalsom mengenggam erat tangan Sahak. Air mata jernih menitis perlahan. "Som.....sudahlah tu. Jangan bersedih lagi" Sahak memujuk lalu mengambil sehelai tissue dan mengesat air mata Kalsom. "Abang harap Som cepat semboh dan keluar dari wad ni. Semuanya sudah berakhir. Bila Som dah keluar nanti abang akan hantar pihak masuk meminang Som!" terang Sahak.
Kalsom tertidor kembali. Tangannya masih erat memegang tangan Sahak. Tidak sampai hati Sahak nak melepaskannya. Sebentar kemudian dokter masuk bersama seorang jururawat untuk memeriksa keadaan Kalsom. Demi aja terpandang kedatangan dokter Sahak pun melepaskan tangan Kalsom dengan perlahan. Dia memandang muka dokter dan memberikan satu senyuman lalu beredar keluar. Tiba diluar dia didatangi semua yang sedang menunggu. Berbagai soalan yang diajukan pada Sahak. Mereka semua tak sabar nak mengetahui akan keadaan Kalsom. "Jangan khuatir! Dokter kata dia tak apa apa. Cuma keadaan perasaan dia aja yang tak tenteram" Sahak memberitahu. "Tapi dia kena dudok dan berihat dihospital untuk beberapa hari. Dokter beri jaminan dia bolih keluar dari wad dalam dua tiga hari" tambah Sahak lagi. "Syukur Alhamdulillah! Lepas Som keluar nanti Mak Munah harap kau hantar wakil cepat Hak" Mak Munah bersuara. "Yalah Mak Munah! Ni hah....ayah dan emak dah dengar. Tahulah mereka nak uruskan" sahut Sahak. Semuanya yang berada disitu menarik nafas lega. Sinar sinar keceriaan mula kelihatan. Mendung yang selama ni melabuhkan diri mula berlalu pergi. Kebahagian bakal mendatangai kedua merpati.
Sesungguhnya kebajikan dalam hidup ini yang jadi pokoknya ialah redha. Kalau kita sanggup hendaklah kita redha dan kalau kita tak sanggup hendaklah kita bersabar.
TAMMAT.
|
|