|
Post by Kelipkelip on Apr 20, 2005 20:29:22 GMT -5
"Jangan mimpilah Sahak! Tak payah kau berangan! Nak jadi menantu aku konon!" kata Mak Munah. "Cermin muka kau tu dulu" tambah Mak Munah lagi. Sahak terpaku. Diam membisu. Fikirannya kosong. Terkebil kebil memandang Mak Munah. Bagaikan pelandok kena jerat. "Cuba kau lihat diri kau! Apa yang nak kau berikan makan anak aku Som tu nanti?" bertali arus kata kata pedas keluar dari mulut murai Mak Munah. "Hah! Kenapa kau membatu? Kenapa diam?" bertubi soalan demi soalan keluar dari mulut Mak Munah. "Setakat kerja kampong macam kau ni tak layak nak jadi suami Som tau tak! Aku tak ingin anak menantu kerja macam kau!" Mak Munah terus menyerang dengan kata kata pedas. Sahak tetap berdiam diri. Tiada kata yang dapat diluahkan. Masih terkebil kebil. "Hei Sahak! Kau ni pekak ke?" soal Mak Munah lagi. "Tapi............." belum habis Sahak bersuara sudah dipotong olih Mak Munah. "Tapi apa lagi? Mulai dari hari ni kau jangan jumpa lagi Som. Aku tak benarkan!" bertali arus kata kata yang keluar dari mulut Mak Munah yang memang terkenal dikampong itu sebagai 'Simulut Murai'. Sahak membisu seribu bahasa. Fikirannya buntu. Tak tahu apa yang hendak dikatakan. Walaupun banyak kata kata yang bersarang difikirannya tapi tak mampu diluahkan. Satelah puas menyerang Mak Munah pun meninggalkan tempat itu. Sahak tetap tercegat. Masih terkebil kebil. Mulutnya terkunci terus. Dia cuma mampu memerhatikan lenggang Mak Munah yang semakin menjauh sehingga hilang diselekoh jalan.
Satelah hilang dari pandangan barulah Sahak mengeloh. Dia berjalan longlai menuju kepangkal pokok rambutan. Dudok dengan malasnya. Botol air dicapainya lalu ditogokkan kemulut dengan lahapnya. Terlalu dahaga. Dia mengeluarkan parang yang tersisip dipinggang lalu ditusukkan ketanah. Memerhatikan sekeliling. Suasana tenang. Deruan angin petang sepoi sepoi bahasa bertiup. Burung berkicauan sambil melompat dari ranting keranting. Daun daun kering berguguran. Cuma dia kesaorangan disitu. Ayahnya, Pak Akob, dan emaknya, Mak Tom, telah lama beredar balik kerumah. Masih tergiang giang lagi kata kata pedas yang diluahkan olih Mak Munah tadi. Sahak termenung panjang. Tak disangkanya yang Mak Munah akan datang menyerangnya disitu. Memang tak dijangka langsung. "Ini tak bolih jadi" bisik hati kecil Sahak. "Apa sengkek sangat ke aku ni?" Sahak masih mengelamun. "Apa dia tak sedar ke diri dia tu. Dia pun hidup hari hasil berladang macam aku ni" masih melayani kata kata didalam hati. "Tak apa! Tuhan maha kaya. Akan aku buktikan yang aku bolih berjaya. Kerja berladang ni ni pun bolih hidup senang. Bolih tanggung anak dara orang. Tunggulah!" hati kecilnya berbisik lagi. Sahak bertekad untuk buktikan kata kata hatinya. Sekurang kurangnya nak dibuktikan pada Mak Munah.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Apr 21, 2005 8:14:35 GMT -5
"Hei Sahak!" tiba tiba satu suara mengejutkan Sahak dari lamunan. Sahak melenting tinggi. Demi memcecah aja ketanah terus membuka langkah silat. "Hah! Kau Tip! Ish.....buat aku terperanjat aja. Nasib baik kau tak kena terajang tadi" gerutu Sahak. "Apa lah kau ni Hak! Sergah sikit nak melenting! Apa! Kau ingat kau punya terajang aja! Habis tu aku punya tepis nak letak kat mana? Pajak Gadai?" balas Latip. Sahak tersenyum lalu dudok semula. Latip juga turut dudok disisi Sahak. "Kau ni apa pasal Hak? Asyik termenung aja. Bila tegur melenting, bukak silat! Kalau ayah kau tadi macam mana?" soal Latip. "He..he..he..he....kalu ayah aku tadi....alamat aku pulak yang makan terajang!" balas Sahak. Mereka berdua tertawa bila mendengar jawapan dari Sahak. "Apa yang kau menungkan tadi Hak. Sampai aku datang pun kau tak perasan!" kata Latip lalu mencapai botol air dari sisi Sahak terus meminumnya. "Hauslah Hak! Air aku dah habis. Hari ni terlalu panaslah!" sambung Latib. "Tu tadi....Mak Munah datang serang akulah" terang Sahak. "Hah! Mak Munah serang kau? Habis tu kenapa kau tak berikan terajang sulung kau tu? Kalau aku asyik nak kena terajang kau aja!" usik Latip.
"Kau gila ke Tip! Kan ke tu bakal mak mertua aku. Lainlah macam kau......memang patut kena terajang. Beri salam tidak tetiba aja muncul!" balas Sahak. Latip tersenyum. "Apa yang Mak Munah cakap pada kau tadi Hak?" soal Latip ingin kepastian. "Apa lagi! Pasal aku dengan anak dia siSom. Kau bukan tak tahu. Kan dia tak sukakan aku!" jawab Sahak. "Dia kata setakat orang macam aku ni yang kerja kampong tak layak nak jadi menantu dia" terang Sahak. "Ish.....tak patut betul Mak Munah ni. Tak habis habis dia. Tak patut dia cakap macam tu" balas Latip. "Yang dia tu selama ni makan hasil dari berkebun tak nampak! Dia tak sedar ke perkara ni?" sambung Latip lagi. "Dah Tip....biarkan dia! Nanti sedarlah dia. Eh.....ayam berkokok atas dahan.....ada rokok bak sebatang!" kata Sahak sambil memandang Latip. "Hah...yang ni le aku tak gemar Hak! Asyik nak memangkah aja kerja kau" balas Latip sambil mengeluarkan sekotak rokok dari poket bajunya. "Kalau macam ni le Hak....macam mana kau nak tanggung makan anak dara orang. Patut le Mak Munah tak sukakan kau!" gerutu Latip sambil tersenyum. "Hei Tip....kau jangan lelebih! Kang tak pasal pasal kau bertelur atas dahi!" kata Sahak sambil mencapai kotak rokok dari tangan Latip. Dia mengambil sebatang rokok lalu diselitnya dibibir. Diambil mancis lalu dinyalakan rokok tadi.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Apr 23, 2005 23:29:10 GMT -5
Sahak menyedut asap rokok dengan penuh nikmat. Dihembusnya perlahan perlahan membentuk beberapa gelungan. Latip cuma memerhatikan gelagat kawannya. "Apalah kau ni Hak.........semenjak.....dua menjak.....tiga menjak....terlalu sensitif sangatlah! Nak hot aja" Latip bersuara satelah agak lama mereka berdiam diri. "Aku cuma gurau aja, tu pun kau nak marah?" tambah Latip lagi. "Entah Tip! Aku sendiri pun tak faham. Tambah lagi dengan peristiwa yang baru berlaku tadi" terang Sahak. "Aku pun tak retilah dengan Mak Munah tu Hak! Apa sangat yang dibencinya kau ni. Dah kau dengan Som suka sama suka, terima ajalah. Apa sangat yang disusahkan!" Latip bersyarah panjang. "Tu cakap kau Tip, bukan Mak Munah!" balas pula Sahak. Latip mengambil sebatang rokok lalu dihisapnya. "Yalah Hak....dulu Samsiah kakak Som tak pulak kecoh macam ni! Tak pulak dia marah macam ni. SiMd. Sah tu pun kerja ladang jer, tak pulak dia menolak. Buat majlis besar besaran lagi. Dua ekor lembu tumbang" Latip berhujah panjang. " Agaknya dia ada calun lain tak Hak?" soal Latip. "Entahlah Tip! Manalah aku tahu!" balas Sahak sambil mengambil sepotong ranting lalu menguris tanah didepannya. "SiSom pulak bagaimana Hak?" soal Latip lagi. "Apa maksud kau Tip?" balas Sahak. "Yalah......dia tak kata apa apa ke...mungkin calun pilihan mak dia!" jawab Latip. "Tak ada pulak....dia tak cakap apa apa pun. Hari tu aku jumpa dia tak ada pun dia beri tahu" terang Sahak sambil memandang tepat muka Latip. "Tip....kau kawan baik aku kan......rasa rasa kau apa perlu aku buat?" Sahak meminta pendapat. "Helo kawan! Apa baru ni kau tahu yang aku ni kawan baik kau? Apa selama ni kau tak sedar ke sapa yang selalu menolong kau?" balas Latip meninggi suara.
"Dah dah.....dia pulak yang hot! Yalah....yalah.....aku tahu! Kaulah kawan baik aku selama ni" Sahak mengalah "Aku ingat tu....tapi jangan pulak kau nak jadi pensyarah bebas pulak!". "Ok! Ok!........aku gurau aja tu Hak! Jangan pulak kau ambil hati!" pinta Latip. Begitulah mereka berdua. Begitu akrab sejak dari kecil lagi. Bagaikan adik beradik. Walau pun mereka merupakan graduan dari Universiti namun mereka tidak mahu mengikut tradisi kerja makan gaji. Mereka mahu berbakti pada tanah dikampong halaman. Mereka adalah ahli aktif perkumpulan belia dikampong mereka. Sahak mengusahakan ladang limau manis dan beberapa tanaman kontan yang lain. Sementara Latip pula mengusahakan ternakan lembu dan kambing. Apa yang diusahakan olih kedua anak muda ini ialah pertanian dan ternakan secara komersal. Mereka merupakan perintis dalam menjayakan usaha dan program pihak Belia dan Pusat Pertanian ditempat mereka. Beberapa anak muda yang sealiran dengan mereka turut sama dalam mengusahakan dan menjayakan projek itu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Apr 28, 2005 8:01:31 GMT -5
'Agaknya Hak......Mak Munah tu dah ada calon. Mungkin dia berkenan dengan orang yang kerja makan gaji!" Latip tiba tiba bersuara. Sahak yang dari tadi memandang pada lakaran ranting ditanah mendongak. Memandang tepat kemuka Latip. "Yalah.......cuba lihat diri kita ni.....kau dan aku. Kita adalah graduan lepasan universiti tapi kerja kampong. Bertani dan membela haiwan ternakan. Tentulah dia rasakan kita ni macam tak ada nilainya!" sambung Latip dengan panjang lebar. Sahak cuma berdiam diri. Terfikir juga akan kebenaran kata kata dari Latip tu. Dia menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan pendapat Latip. "Sudahlah Tip.....lupakan sementara perkara tu. Ni kita ada banyak perkara yang perlu dibereskan!" Sahak bersuara. "Baiklah Hak........ya tak ya juga! Hari Rabu minggu depan kita kena hadiri mesyuarat diPejabat Pertanian. En. Dahalan, Pegawai Daerah, minta kita bentangkan kertas kerja yang kita cadangkan tempoh hari" Latip menyampok. "Hah....Tip! Nasib baik kau ingatkan aku tentang perkara ni. Aku terlupa pulak nak ambil salinan pelan tapak projek tu dari Pejabat Belia semalam" Sahak berkata lalu berdiri. "Bagaimana pula dengan kertas kerja yang kau buat tu....dah siap ke...Tip?" Sahak menyoal sambil memandang tepat kemuka Latip. "Alamak Hak......kertas kerja tu dah siap.....tapi aku lupa pulak nak buat tiga salinan" Latip berkata sambil menepuk dahi. "Kau ni Tip......semuanya lupa. Makan tak pulak kau lupa ye?" usik Sahak sambil tersenyum. "Elo kawan..........itu makan kalu ada lupa......itu kubor jugak ada mari.....ayoyoyo ama!....ayoyoyo apa!" Jawab Latip ikut gaya percakapan orang India. "Itu macam kalu......apa bikin kirija......enjoy juga pegi ada baik!" tambah Sahak pula. Mereka tertawa terbahak bahak. Geli hati dengan gelagat sendiri. "Eh Hak.....gurau gurau juga.....ni dah masuk waktu Asar.....jomlah kita balik" Latip mengingatkan sambil meilhat jam tangan. "Yalah Tip....jom balik" Sahak menyampok lalu mula berjalan kearah jalan tanah merah. Latip mengikut dari belakang.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Apr 29, 2005 21:51:09 GMT -5
Mereka berjalan meninggalkan ladang itu. Tiba disatu selekoh mereka pun berpisah menuju kerumah masing masing. Sahak berjalan dengan perlahan. Dalam kepalanya masih lagi bermain kata kata dari Mak Munah tadi. Silih berganti. "Setakat kerja kampong macam kau ni tak layak nak jadi suami Som, tau tak!". Kata kata ini berputar didalam fikirannya. "Asalamualaikum bang!" satu suara lunak menegur Sahak. Tiada sahutan dari Sahak. Dia masih hanyut dengan kata kata dari Mak Munah. "Hei abang! Asalamualaikum!" tegur suara halus itu sekali lagi. Sahak masih lagi hayal. "Hey abang! Apa ni? Hayal aja!" suara itu meninggi lalu mengejutkan Sahak dari lamunan. "Er.....eh.....eh....apa ya! Oh kau Som! Astarafirullah..........." Sahak seakan baru terkejut dari mimpi yang ngeri. "Apalah abang ni! Som panggil pun tak mahu nyahut! Apa yang abang fikirkan?" gerutu Kalsom seakan merajuk. "Hmmm....maafkan abang! Tak ada apa apa" Sahak memberikan alasan bodoh. "Ye ke! Tapi nampak macam berat aja perkara yang abang fikirkan!" balas Kalsom ingin kepastian. "Tak ada apa apalah Som....Abang cuma fikirkan mengenai mesyuarat yang akan datang ni. Tentang pembentangan kertas kerja tu" Sahak berdalih."Tak cayalah......Kalau ya pun tak kan macam tu serius! Barapa kali Som tegur pun tak perasan. Agaknya tentang girlfriend tak?" Kalsom cuba menembak. "Hei.....dah...dah...jangan nak cari pasal. Mana ada! Orang macam abang ni sapa yang sudi!" Sahak berseloroh. "Er.....apa! Tak ada yang sudi? Ya ke? Habis Som ni macam mana pulak?" Kalsom berkata dan mula bermuka masam. "Hey.......Som.....jangan marah! Abang cuma gurau aja! Manalah abang ada girlfriend lain. Yang sorang ni pun dah cukup!" Sahak memujuk.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Apr 30, 2005 8:09:48 GMT -5
"Eh Som dari mana ni? Tetiba aja muncul" Sahak bertanya. Mereka berjalan seiring. "Som dari kedai! Ayah minta belikan paku. Dia nak betulkan reban ayam kat belakang rumah tu. Papan dan kayunya banyak yang dah reput!" Kalsom menerangkan panjang lebar. "Oh! Gitu......banyak ke ayam yang dibela?" soal Sahak pula. "Adalah juga.....nak buat lauk raya nanti!" Kalsom menjawab sambil tersenyum. "Eh.....abang baru balik dari kebun ke?" soal Kalsom pula. :Ha....ah.....tadi dengan Latip....tapi dia dah menyimpang kearah rumah dia!" balas Sahak. "Oh ya bang! Bila nak keluarkan hasil limau dari ladang abang tu?" soal pula Kalsom. "Kalau tak ada aral minggu depan keluarlah hasilnya. Pihak dari Jabatan Pertanian telah berikan persetujuan untuk datang angkut buah tu untuk dipasarkan pada hari Sabtu nanti. Jadi selewat lewatnya pada Hari Jumaat perlulah dipetik buah limau tu!" Sahak menerangkan dengan terperinci. Kalsom hanya menganggukan kepala. "Oh...baguslah tu.....nampaknya kali ni buahnya menjadi. Berapa agaknya hasil keluaran tu nanti bang?" soal Kalsom lagi. "Entahlah Som......tapi nampaknya gitulah....kali ni tak banyak masaalah dan penyakit. Tu yang menjadi dan lebat buahnya" Sahak berkata. "Yalah bang.....elok kali ni buah limau tu....besar besar. Rasanya tiga biji dah sekilo beratnya tu!" terang pula Kalsom. "Benar tu Som! Sekarang harganya agak tinggi juga. Kata En. Hashim....Pegawai Pertanian tu.....sekilo Rm3.50. Tu belum lagi kita ekspot keluar negeri" terang Sahak pula. "Baiklah bang! Som minta diri dulu. Asalamualaikum!" Kalsom berkata lalu membelok masok kawasan rumahnya. Sahak hanya menganggukkan kepala. Matanya tak lepas dari mengiringi gadis itu sehingga hilang masuk kerumah.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 2, 2005 1:07:55 GMT -5
Sahak agak ceria sedikit. Mukanya mula mencerah. Tenang. Yalah.......satelah bertemu dengan buah hati tersayang. Sedikit demi sedikit kata kata dari Mak Munah menghilang dari pemikirannya. Sampai aja dipintu pagar Sahak bertembung dengan ayahnya Pak Akop. "Er...ayah nak ke masjid?" soal Sahak memandang muka ayahnya. Pak Akop cuma menganggokkan kepala sambil meneruskan perjalanan. Begitulah lazimnya. Pak Akop tidak pernah terlepas untuk berjamaah dimasjid setiap waktu solat. Cuma bila sakit dan tak dapat berjalan barulah dia akan solat dirumah sahaja. Sahak memerhatikan perjalanan ayahnya. Satelah hilang dari pandangan barulah Sahak memasuki perkarangan rumahnya. Dia terus menuju kepintu dapor lalu terus memasuki kedalam rumah. Didapor kelihatan Mak Tom, emak Sahak sibuk menyediakan juadah minum petang. Sahak terus saja memasuki bilek air lalu mandi membersihkan diri. Selesai mandi Sahak menuju masuk kebilek bersalin pakaian lalu menunaikan tugas terhadap Illahi. Selesai solat Sahak keluar semula kedapor. Diatas meja makan kelihatan sedia terhidang juadah minum petang. Kerusi ditarik lalu terus dudok sambil menuangkan secawan kopi panas lalu diteguknya sedikit. Sahak mencapai sekeping pisang goreng lalu mengungahnya perlahan. Sebentar kemudian Mak Tom keluar dari bilek satelah menunaikan solat lalu dudok dihadapan Sahak. Sahak menuangkan kopi kedalam cawan lalu dihulurkan kepada emaknya. Tiba tiba bunyi bising kedengaran diluar. "Hah! Tu tentu adik adik kau dah balik" Mak Tom bersuara. Sahak cuma berdiam sambil terus mengunyah pisang goreng yang masih ditangan. Sahak masih mempunyai dua orang adik lagi yang masih menuntut. Junainah, adik perempuannya, belajar ditingkatan 5 aliran sains sementara adik lelaki bongsunya, Salih, belajar didalam tingkatan 4 juga aliran sains.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 3, 2005 7:46:48 GMT -5
Kedua adiknya masuk kedapur lalu dudok dikiri kanan Sahak. Junainah menuang air kopi kedalam dua buah cawan. Lalu dihulurnya secawan kepada adiknya, Saleh. "Bagaimana persekolahan hari ni, dik?" soal Sahak sambil menghirup seteguk air kopi didalam cawan dihadapannya. Begitulah setiap hari, Sahak akan bertanya dan memeriksa perkembangan pelajaran kedua orang adiknya. Dia akan memberikan nasihat serta tunjuk ajar pada keduanya. Dia mahu kedua adiknya berjaya dalam pelajaran serta menjawat jawatan yang baik selepas tammat pengajian. "Ok bang....tak ada masa'alah!" jawab Junainah pendek. "Adik pun macam tu bang!" sahut pula Saleh yang menbahasakan dirinya adik sejak dari kecil lagi. "Hah...baguslah. Kamu berdua mesti belajar bersungguh tau!" Mak Tom mencelah. "Baik mak!" Junainah dan Saleh menyahut serentak. "Hmm...bila peperiksaan percubaan SPM tu Jun?" soal Sahak sambil memandang tepat kemuka adiknya. "Dua minggu lagi bang! Hujung minggu ni cikgu nak buat kelas tambahan sebagai persediaan" terang Junainah. "Oh...baguslah tu...Jun mesti buat betul betul tau" saranan Sahak," Kamu berdua mesti mendapatkan keputusan yang baik supaya dapat masuk universiti". "Yalah bang! Kami akan belajar besungguh sungguh. Kami nak ikut jejak langkah abang masuk universiti!" jawab Saleh dengan penuh semangat. "Ya bang...Jun nak jadi Pensyarah bila dah tammat pengajian nanti" sampok pula Junainah. "Adik pulak nak jadi apa?" soal Mak Tom. "Adik nak jadi dokterlah mak!" sahut Saleh sambil mengunyah goreng pisang kegemarannya. "Wah...bagus tu. Tapi untuk mencapai kearah itu mesti lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Barulah dapat capai cita cita tadi tu!" terang Sahak dengan senyuman. "Tapi bang...." sampok Saleh pula, "Kenapa abang tak mahu kerja makan gaji? Kan ke kelulusan abang bagus! Kenapa nak jadi peladang pulak?" Saleh menyuarakan pendapat. "Hmmm...betul tu dik.....memang abang berkelulusan bidang elektronik enginering. Satu kelulusan yang baik dan mudah nak dapatkan kerja. Tapi jiwa abang lebih sesuai untok berbakti pada tanah. Kita juga bolih berjaya dalam bidang ni. Cuba kita lihat peladang dieropah, New Zealand, Australia dan diAmerika tu. Mereka berladang dan ladang mereka beribu ekar luasnya. Mereka mengamalkan perladangan secara komersel. Mereka berjaya dan hidup senang lenang juga" hujah Sahak dengan panjang lebar.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 4, 2005 7:44:34 GMT -5
"Tapi bang!!" sampok Junainah," Ada kawan Jun yang kata abang ni memang bodoh. Ada kelulusan yang baik tapi tak mahu kerja makan gaji. Sebaliknya nak berladang. Kalau setakat nak berladang , tak payah masuk universiti pun bolih lakukan". "Biarlah dik! Tu pendapat mereka. Mereka tu bukannya faham. Kita kena ubah sikap. Tak semestinya berkelulusan dari universiti tu mesti kerja makan gaji. Lagi pun berladang ni bukannya satu pekerjaan yang hina" jawab Sahak. "Inilah masaalahnya dengan bangsa kita, asyik nak kerja makan gaji aja. Kalau tak makan gaji maka tak sesuai dengan kelulusan kita" tambah Sahak lagi. "Jun faham bang!" balas Junainah. "Hah....kalau dah faham baguslah. Dah pergilah mandi!" suroh Sahak kepada adiknya. Kedua adiknya bangun lalu menuju kebilik masing masing. Sahak bangun lalu menuju keluar. Kelihatan Mak Tom sedang menyapu sampah dihujung halaman. Sahak terus menuju kehujung serambi dimana terdapat sebuah pangkin kayu dibawah pokok jambu air. Sahak melabuhkan punggung keatas pangkin itu. Dia memerhati sekeliling. Halaman rumah sunggoh bersih sekali. Emaknya memang seorang wanita yang cukup rajin. Disekeliling rumah pula penuh dengan pokok bunga hiasan. Emaknya memang gemar menanam pokok bunga. Berbagai jenis pokok hiasan yang terdapat disekeliling halaman rumah. Padangan indah bagaikan sebuah taman. Sampah dilonggokan disudut halaman lalu dibakar oilh Mak Tom. Selesai menyapu Mak Tom menyiram pula pokok bunga. Berulang alik dia kedapor sambil menjinjit sebaldi air buat siraman pokok bunga. Selesai menyiram bunga, Mak Tom pun mendapatkan Sahak dipangkin lalu duduk dihadapannya. "Hak! Tadi ada En. Hashim talipon. Dia suruh ingatkan Hak supaya petik limau tu pada Hari Jumaat nanti. Takut nanti tak habis dipetik, sayang busuk. Dia nak pasarkan keKuala Lumpur. Katanya pasaran dan harganya sungguh baik dekat sana!" Mak Tom membuka bicara. "Lori pun dah diuruskan. Katanya gunakan lori Persatuan Perladang. Zamri yang akan pandu lori tu" Tambah Mak Tom lagi. Sahak memandang emaknya. "Baiklah mak! Memang pun dah bincangkan dengan budak budak yang akan petik buah tu. Latip yang akan bantu mengawasi kerja memetik tu. Dolah dan Amin pun akan datang bantu" jawab Sahak. "Agaknya berapa hasilnya kali ni Hak? Mak tengaok kali ni elok buahnya " soal Mak Tom lagi. "Entahlah mak. Agak lumayan juga hasilnya nanti. Tapi kita kena tengok juga harga pasaran takut ada pulak keluaran dari ladang yang lain. Kalu ni terjadi maka harga pasaran akan jatuh" terang Sahak. "Mudah mudahan tak adalah Hak! Kita berdoa aja" balas Mak Tom. "Insya'alah mak!" sahut Sahak pendek.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 5, 2005 7:33:43 GMT -5
"Ayah tak balik lagi mak?" soal Sahak pendek. "Tak lagi! Katanya dia terus solat maghrib dimasjid. Lepas tu dia nak kenduri kerumah Pak Imam" jawab Mak Tom. "Eh kau tak pergi ke Hak?" soal pula Mak Tom. "Pergi mak! Nanti Hak nak solat maghrib dimasjid. Dari situ terus aja ikut kerumah Pak Imam!" terang Sahak. "Hmm....baguslah Hak! Ni nak dekat waktu maghrib. Pergilah kau bersiap!" saranan Mak Tom. "Baiklah mak!" sahut Sahak lalu bangun meninggalkan emaknya disitu kesaorangan. sebentar kemudian Mak Tom pun bangun lalu terus masuk kedalam rumah melalui pintu dapor.
Esoknya pagi lagi Sahak telah terbangun. Pada malam itu dia bermimpi. Mimpi yang penuh tanda tanya. Kononnya sekuntum bunga mawar didalam tangannya disambar saekor burung helang. "Apa maksudnya mimpi aku ni?" hatinya bertanya. "Adakah orang kesayangan aku akan dirampas olih orang lain? Atau pun projek aku akan mengalami kegagalan?" Sahak melayani perasaan sendiri. Dia cuba mencari jawapan. Untuk menenangkan fikiran, Sahak terus berudhu lalu mendirikan solat sunat diikuti solat Subuh. Selesai solat dia berdoa. Panjang sekali doanya. Dia meminta agar apa yang dimimpikannya tidak berlaku. Dia memohon agar Allah melindunginya dari segala angkara. Lama dia bertafakur. Sesudah solat Sahak terus bangun menuju kedapor. "Hai mak! Dah siap sarapan!" tegur Sahak demi terpandang aja muka Mak Tom yang telah berada didapor. "Ya Hak! Tu hah.....atas meja tu ada jemput jemput pisang. Pagi ni ayah kau teringin nak makan!" terang Mak Tom sambil tersenyum memandang Sahak. Sahak merapati meja lalu menarik sebuah kerusi terus dudok. Sahak mencapai sekeping jemput jemput lalu mnyuap kemulut. Perlahan aja dia mengungah. Sambil itu fikirannya melayang jauh. Mak Tom merapati meja lalu dudok menghadap Sahak. Mak Tom memerhati saja kelakuan Sahak. "Hak! Mak nak tanya ni!" tegur Mak Tom bila melihat anak bujangnya mengelamun. Sahak terkejut lalu memandang muka emaknya tampa bersuara. Mak Tom menuang air kopi kedalam gelas lalu diberikan pada Sahak. Sahak terpinga pinga. Tak tahu apa yang diucapkan olih Mak Tom. "Ni...mak nak tanya kau!" terang Mak Tom sekali lagi. "Ya mak.....apa bendanya?" soal Sahak dengan penuh tanda tanya. "Betul ke yang kau sukakan Som tu?" soal Mak Tom. Berderau darah Sahak dengan soalan itu. Sahak cuma membisu. "Yalah...mak nak tahu betul ke yang kau sukakan Som" ulang Mak Tom. "Kalau kau suka mak nak hantar orng merisik. Sebenarnya emak dah ayah kau dah bincang mengenai perkara ni. Kami pun suka dan setuju kalau Som jadi anak menantu kami" Mak Tom menerangkan dengan panjang lebar. "Emak berkenan sangat dengan Som tu. Orangnya baik, berbudi bahasa dan pandai menghormati orang tua. Lagi pun rupa paras pun elok, memasak pun pandai. Takut nanti kalau lambat ada orang lain yang masuk meminang dia. Melepaslah kau" hujah Mak Tom lagi.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 7, 2005 21:53:20 GMT -5
'Memanglah Hak sukakan dia tu mak! Tapi........." Sahak merasa begitu sukar nak teruskan perkataan. "Tapi apanya Hak........." Mak Tom mencelah. "Mak Munah tu...dia macam tak suka aja pada Hak ni!" terang Sahak setelah berfikir sejenak. "Kenapa pulak? Apa kau ada buat salah pada dia ke?" bertubi soalan dari Mak Tom. "Taklah macam tu.......mak. Dari gaya dia tu macam tak suka aja!" balas Sahak. "Hah....tu kau tak perlu risau. Tahulah mak uruskan. Yang penting kau suka dan dah bersedia. Tu dah cukup. Yang lain nanti emak akan uruskan" tegas Mak Tom. "Petang esok mak akan suruh Pak Ngah kau suami isteri pergi merisik. Tentu dia setuju sebab dia segan dengan Pak Ngah kau tu" tambah Mak Tom lagi. Sahak cuma mendiamkan diri. Perasaannya bercampur baur. Dia merasa serba salah. Antara suka dan takut. "Hmmm....terpulanglah pada mak!" Sahak bersuara satelah lama berdiam diri. "Hah....Hak! Semalam kau kata nak meracun rumput diladang. Betulke? "soal Pak Akop yang tiba tiba masuk kedapur. Sebentar kemudian kedua adik Sahak masuk kedapor untuk bersarapan sebelum kesekolah. "Ya ayah! Dolah dan Amin yang akan melakukan kerja tu" sahut Sahak. "Eh...cuma dua orang je! Bolihke habis kerja tu?" tambah pula Mak Tom. "Ada lagi lima orang budak lain yang akan bantu merekalah mak!" terang Sahak. "Hmmm.....kalau macam tu baguslah. Paknya......esok saya nak suruh Mamat dengan Lijah kerumah Munah. Nak merisik siSom tu!" Mak Tom bersuara memberi tahu rancangannya kepada Pak Akop. Sahak bangun lalu meninggalkan dapor menuju keluar rumah. Kedua adiknya juga menurut dari belakang satelah selesai bersarapan. "Hah...baguslah. Tapi dah ke awak bincangkan dengan mereka tu?" soal Pak Akop sambil mencapai sekeping jemput jemput pisang lalu mengunyahnya. Dia memandang tepat kemuka Mak Tom. "Belum lagi!" jawab Mak Tom pendek. "Ish.....awak ni. Mana bolih macam tu. Awak kena bincang dulu dengan mereka tu. Manalah tahu kalau kalau mereka sibuk" kata Pak Akop sambil menggelengkan kepala. "Kejap lagi saya nak pergi rumah merekalah...nak bincangkan perkara ni. Semalam ada saya beritahu Lijah tapi taklah tetapkan harinya. Kata Lijah dia setuju. Mamat pun tentu setuju tu. Kan ke Sahak tu anak sedara kesayangan mereka!" hujah Mak Tom panjang lebar. "Kalau gitu baguslah. Aku setuju aja" terang Pak Akop lalu bangun meninggalkan Mak Tom kesaorangan menuju kereban ayam dibelakang rumah. Mak Tom bangun lalu membawa gelas dan piring kotor kesinki untuk dicuci. Dia tersenyum sendirian.
"Asalamualaikum!" tiba tiba terdengar oarng memberikan salam. Mak Tom bergegas menjengah melalui tingkap. "Wa'alaikumusalam! Oh kau Ngah! Hah kebetulan pulak! Masuklah" Mak Tom bersuara lalu menuju kepintu. Mereka bersalaman. "Kebetulan? Eh kau ni biar betul Tom!" sahut Mak Lijah, kakak kepada Mak Tom., sambil melangkah masuk kedapor. "Apa hal kau ni pagi lagi dah kemari?" soal Mak Tom. Mak Lijah menarik kerusi lalu dudok. Mak Tom juga dudok menghadapi Mak Lijah. "Tak ada apa. Saja aku nak tengok kau" kata Mak Lijah. Mak Tom menuangkan kopi kedalam cawan lalu menghulurkan kepada Mak Lijah. "Tadi kau kata kebetulan Tom. Apa ke halnya?" soal Mak Lijah sambil menyambut cawan yang dihulurkan itu. "Aku cadang nak kerumah Ngah. Nak bincang suruh kau pergi merisik untuk Sahak tu. Ni hah kau dah datang......kebetulanlah tu!" terang Mak Tom. "Wah.....dah nak bermenantu kau ya Tom. Tapi anak sapa yang nak kau pinang ni?" soal lagi Mak Lijah. "Eh makanlah kuih tu. Sapa lagi Ngah.....siSom tulah, anak Mak Munah" terang Mak Tom. "Eh moleklah tu....bila kau nak kami pergi tu?" soal lagi Mak Lijah semacam tak sabar. "Aku pun sukakan siSom tu. Kalau aku ada anak lelaki dah lama aku pinangkan dia tu. Tapi tak apa jugak....Sahak tu pun macam anak aku juga. Aku tumpang gembira Tom" sambung Mak Lijah Lagi.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 14, 2005 23:12:02 GMT -5
"Eh Lang........dah lama aku kat sini. Aku nak baliklah" Mak Lijah bersuara lalu mula bangkit dari kerusi. "Lah Ngah.....duduklah dulu.......lama mananya kau tu! Air kopi pun tak minum lagi......ish kau ni Ngah. Tak sabar sabar!" gerutu Mak Tom. "Tak apalah Lang......aku dah nak balik ni. Nanti tercari cari pulak orang tua tu. Kau bukan tak tahu perangai suami aku tu!" balas Mak Lijah sambil berjalan menuju kepintu. Mak Tom juga bangun. Menghantar Mak Lijah hingga kepintu. "Baiklah Ngah...baik baik jalan tu. Kau jangan lupa pulak esok petang tu!" pesan Mak Tom. "Eh takkan aku nak lupakan.....ni kan ke hal keluarga kita jugak. Yu jangan worilah.......ish cakap orang putih pulak aku ni!" balas Mak Lijah sambil tersenyum. Mak Tom juga tergelak dengan gelagat kakaknya Mak Lijah itu. Dia memerhatikan aja Mak Lijah berjalan pulang. Dalam hatinya merasa lega dan gembira. Dia tersenyum sendirian. Satelah bayangan Mak Lijah menghilang dia pun masok kedalam rumah. Sebentar kemudian dia keluar semula sambil membawa makanan ayam lalu menuju kebelakang rumah. Pak Akop kelihatan sedang bertenggong membetulkan reban ayam yang agak senget selepas dirempuh ribut sebelum itu. "Hah Paknya......awak tak keladang ke?" soal Mak Tom. Pak Akop menoleh kepada Mak Tom. "Kejap lagi aku pergilah.....aku nak betulkan reban ayam ni dulu" balas Pak Akop sambil meneruskan kerja membetulkan reban itu. Mak Tom menaburkan makanan ayam dihadapannya. Berebut rebut ayam peliharaan mematuk makanan. "Maknya.....saya dah siapkan reban ni. Sekarang saya nak keladang pulak!" beritahu Pak Akop lalu berjalan keluar menuju kehadapan rumah. "Yalah bang.......saya akan menyusul nanti. Saya nak masak dulu. Nanti tak perlulah awak balik makan. Saya akan bawa bekalan keladang!" jawab Mak Tom sambil memerhatikan Pak Akop berlalu. Kedengaran injin motor dihidupkan dan berlalu semakin menjauh. Mak Tom terus memberikan makan ayam ayam sehingga makanan yang dibawanya kehabisan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 17, 2005 8:22:41 GMT -5
Sahak sedang tekun menghadapi buku kirakira dihadapannya. Dia berada didalam bangsal yang dijadikan pejabat. Sambil itu dia menulis sesuatu didalam sebuah buku. Tiba tiba kedengaran bunyi motosikal mendekati bangsal itu. Sahak mengangkat muka memandang kearah datangnya bunyi motosikal itu. Kelihatan Pak Akop mendekati bangsal dengan motosikalnya. Sampai aja dihadapan bangsal dia berhenti lalu turun menungkat motosikal itu ditepi bangsal. "Hah Hak! Kau buat apa tu?" soal Pak Akop lalu mendekati Sahak. "Nilah ayah.....sedang kira perbelanjaan kita bulan ni" jawab Sahak. "Ada apa apa masa'alah ke?" soal lagi Pak Akop. "Semuanya beres ayah....tak ada apa pun masa'alahnya. Cuma....." Sahak menjawab. "Cuma apa pulak Hak?" Pak Akop memotong cakap Sahak. "Tu ayah...bakul yang nak kita gunakan untuk mengisi buah limau tu nanti. Berdasarkan pada anggaran ni masih tak cukup lagi. Kita perlukan sekurang kurangnya enam buah bakul lagi!" terang Sahak. "Eh.....macam mana pulak bolih tak cukup? Kan hari tu kita sama sama kira?" balas Pak Akop pula. "Tulah ayah.....silapnya Hak tak masukkan jumlah yang akan kita dapat dari ladang sebelah baruh tu. Hari tu ingatkan terlalu awal untuk dipetik" terans Sahak. "Tapi tak apa ayah.....Hak dah talipon Ah Chong pagi tadi minta hantarkan lagi enam buah bakul. Katanya tengah hari nanti dia hantarkan!" sambung Sahak lagi. "Hah kalau macam tu eloklah.....Bagaimana pulak dengan racun serangga?" soal lagi Pak Akop "Cukup ke?" "Racun cukup ayah.....Baru semalam pihak Jabatan Pertanian hantar untuk stok bulan ni!" terang Sahak. "Kalau macam tu baguslah.....ayah nak kebelakang tu" Pak Akop berkata lalu berlalu pergi. Sahak tidak menjawab. Dia terus tekun menyemak kira kira. Sambil itu dia menulis sesuatu didalam buku rekod. Tiba tiba terdengar deruman beberapa buah motosikal seolah menuju ketempat Sahak berada. Sahak merenung kearah kumpulan motosikal itu. "Sapa pulak yang datang berkumpulan ni" bisek hati Sahak. Sahak merasa tidak sedap hati. "Macam nak cari pasal aja ni" tambah Sahak didalam hati. Tiba tiba muncul Pak Akop, Latip, Dolah dan Amin dari belakang bangsal. Mereka juga keheranan memerhatikan kumpulan bermotosikal itu. Kumpulan bermotosikal yang mengandungi lapan anak muda itu berhenti dihadapan Sahak. Sahak lalu berdiri. Salah seorang anak muda itu menanggalkan helmetnya. "Oh kau Samsul! Apa hal kau datang berkumpulan ni" sapa Sahak. "Hmmm Hak....apa khabar?" balas Samsul sambil memerhatikan sekeliling. "Wah...bagus betul projek kau ni Hak! Aku betul kagum" tambah Samsul. "Aku baik aja!" balas Sahak pendek. "Oh Pak Akop! Apa kabar?" soal Samsul apabila terpandang pada Pak Akop. "Baik!" jawab Pak Akop pendek. "Hei Samsul.......apa hal kau datang bawak geng ni?" Latip mencelah sambil memandang rakan rakan Samsul. "Lah.....Tip.....aku saja aja datang nak jumpa Sahak ni" jawab Samsul selamba. "Eh Samsul...yeke kau ni datang nak melawat aja? Selalunya bila kau ada tentu ada pasal!" sahut pula Sahak. "Helo Hak.....mana aku berani nak cari pasal. Tambahan pulak dengan adanya Pak Akop ni" terang Samsul.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 21, 2005 22:00:32 GMT -5
"Kalu gitu.......apa hal kau datang ni Samsul. Dah tu bawak lagi geng kau tu......hmmmmm selalunya kau suka buat kacau!" tambah Latip. "Hey Tip.......hormatlah sikit pada Pak Akop tu......mana aku berani dengan guru silat kita ni" balas pula Samsul sambil mendekati Sahak. "Hei Samsul.......dah tu apa halnya kau datang ni. Sebelum ni tak pernah pun kau jengah muka kat sini. Apa lagi nak hulurkan bantuan ke........"sergah pula Dolah yang memang terkenal dengan panas barannya. "Sabar dulu Dolah.......kita bukan nak cari pasal......" Pak Akop menyabarkan dan memegang Dolah yang mula mara mendekati Samsul. "Ya Pak Akop....kami ni datang bukannya nak cari musoh" sahut rakan Samsul, Tumin yang memang terkenal sebagai ketua samseng dikampong itu. "Habis tu...kau orang ni datang nak makan kenduri ke? Eh Hak....kita ada buat kenduri ke?" balas pula Amin cuba buat lawak bodoh. "Lah.....kenduri apa pulak.....bila masa kita buat kenduri?" balas Sahak pula. Mereka yang lain tersenyum melainkan Samsul dan rakan rakannya. "Hah dengar tu Tumin.....kita tak ada buat kenduri....kalau ada pun tak ingin kami jemput kau dan rakan rakan kau!" sindir Amin lagi. "Amin....kau jangan nak naikkan darah aku........" sergah Tumin. "Dah Tumin.....hutang kau dengan Amin...kau selesaikan lain masa...."potong Samsul. "Samsul.....cuba kau terangkan....apa maksud kau datang ni!" pinta Pak Akop yang masih berlembut. "Hey Sahak.....aku cuma nak beri amaran pada kau! Kau jangan ganggu Som lagi. Kau faham Hak!" kata Samsul sambil memandang tepat kemuka Sahak. Sahak menghampiri Samsul lalu berkata " Samsul.....setahu aku Som belum lagi bertunang dengan sesiapa...terutama sekali dengan kau. Apa hak kau nak melarang aku!" "Samsul.....aku rasa baik kau pergi....dan ajak kawan kawan sekali!" pinta Pak Akop lalu meraapati Samsul. Melihat Pak Akop merapati, Tumin pun turun dari motor lalu mendekati mereka. Samsul menahan Tumin lalu berundur dua tapak kebelakang. Tumin menolak tangan Samsul lalu cuba bertindak untuk menyerang Pak Akop. Belum sempat Tumin bergerak, satu tendangan sulung menyinggahi badannya lalu berguling ketanah. Rupanya Amin, yang dari tadi memang dah menjangkakan bahawa Tumin akan memulakan pergaduhan telah bertindak dengan begitu cepat sekali. Kawan kawan Samsul yang lain mula turun dari motor masing masing bila melihat tindakkan dari Amin. "Tumin.......aku dah beri amaran tadi......kau jangan nak cari pasal!" Amin berkata sambil bersiap kalau kalau ada tindakan dari rakan rakan Tumin yang lain. "Sudah Amin....Tumin! Samsul......aku nasihatkan kau pergi aja dan ajak rakan rakan kau sekali. Jangan ada yang cedera nanti. Tak baik kita bergaduh" Pak Akop bersuara. Tumin berdiri semula sambil mengebas baju dan seluarnya . "Amin! Kau tunggu.....hutang kau dengan aku belum selesai lagi!" kata Tumin masih tidak berpuas hati. "Helo kawan........Nak tunggu apa lagi. Kalau kau nak serkarang juga kita bolih selesaikan. Tak payah nak tunggu lain masa!" balas Amin sambil mendekati Tumin. Cepat cepat Latip menarik baju Amin supaya tidak bertindak lebih lagi. Dolah yang cuma berdiam sahaja melangkah kedepan lalu merapati Tumin. "Tumin.......kalau kau nak tunjuk kuat.....hah silakan! Badan kau dengan badan aku sama besar" Dolah berkata. Tumin berundur kebelakang bila melihat Dolah mendekatinya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on May 29, 2005 8:00:34 GMT -5
"Baiklah Sahak! Kali ni aku mengalah. Tapi lain kali awas kau" acaman Samsul. "Helo kawan! Tak payah kau nak gertak aku!" balas Sahak pula. "Hei.....ada lori ada bas....ada hari aku balas!" sahut pula Tumin. "Hahaha...Tumin! Tak sangka pulak kau pandai pantun. Eh kau tak minat masuk AF ke?" soal Amin buat lawak. Merah muka Tumin dengan usikan Amin itu. "Dah Tumin! Jom kita belah....lain kali kita buat perhitungan. Kau bolih tagih hutang kau tu!" teriak Samsul yang mula berjalan menuju kemotosikalnya. Rakan rakannya yang lain juga turut mengikuti kemotosikal mereka masing masing. "Hah Tumin.....jangan lupa! Nanti kau karanglah bebanyak pantun tu. Sebelum berentap kita berbalas pantun dulu. Macam orang nak meminag tu....Ah ada buloh ada galah....bolih belah!" teriak pula Dolah. Satelah menghidupkan injin, kumpulan Samsul pun berlalu dari situ. Sahak, Pak Akob dan yang lain cuma memerhatikan saja. "Kau Amin, lain kali jangan bertindak terburu buru!" nasihat Pak Akob pada Amin. "Tapi Pak Akob! Dia tu dah melampau.....memang patut kena ajar!" sahut Dolah menyebelahi tindakkan Amin. "Yalah......memang kita tahu siTumin tu samseng....tapi tu tak bermakna kita perlu serang dulu. Kita perlu berjaga dan bersedia aja. Rasanya tu dah cukup!" balas pula Sahak. "Hak! masakan kita nak lihat aja. Kau tengok tadi....dia dah nak serang kau tapi kau asyik tercegat aja!" gerutu Amin mempertahankan tindakkan yang diambil tadi. "Aku bukan berdiam aja Min.....aku memang dah sedia tadi.....cuma aku tak mahu serang. Cukuplah setakat mengelak jer. Aku nak biarkan dia penat!" jawab Sahak pula. "Tapi Min...cepat betul tindakkan kau tu tadi! Aku sendiri tak jangka yang kau dari belakang akan bertindak dulu!" Latip bersuara satelah lama berdiam diri. "Yalah MIn.......tak pasal pasal dia makan terajang sulung kau!" sambut pula Dolah. Mereka semua tertawa. "Walau bagaiman pun...kau orang perlu berhati hati dengan mereka tu. Aku percaya mereka tentu tak puas hati. Dah tentu mereka cari peluang untuk balas dendam" nasihat Pak Akob sambil menepuk belakang Amin. "Jangan kuatir Pak Akob! Kami akan lebih berhati hati. Tambahan pula kita dah kenal pasti musoh. Rezeki kami tak tolak........tapi musoh kami tak cari. Kalau datang kami tak lari" kata Latip penuh bersemangat. "Jangan takbor Tip! Hari ni hari mereka. Entah esok lusa hari kita pulak" balas Sahak pula. "Yalah.....lagi pun kita agak ramai juga tadi. Kalau kita seorang tadi mungkin lain jadinya" sahut pula Amin. "Hah betul tu.....sekarang kita kena lebih berwaspada. Lagi pun kita dah kenal pasti musoh kita tu" tambah Pak Akob,"Jadi aku harap kau orang semua jangan bersaoarangan lagi. Kalu nak kemana biarlah berteman. Sekurang kurangnya ada yang dapat pergi minta bantuan kalau ada apa terjadi. "Yalah ayah....kami akan ingat tu. Kita berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena" sampok Sahak pula.
|
|