|
Post by Kelipkelip on Aug 18, 2005 7:55:23 GMT -5
"Som! Kasih sayang abang tetap seperti dulu. Sedikit pun tak berubah. Masih tetap bersinar walau pun abang tak dapat memperisterikan Som. Ianya tetap kemas tersemat disudut hati abang ni!" Sahak cuba menyakinkan Kalsom. "Abis tu.....apa yang Som nampak abang cuma berserah aja. Dah mengalah sebelum berjuang. Tidak mahu mengambil sebarang tindakkan!" Kalsom berhujah. "Apa kata abang.....kita lari aja. Bawaklah kemana saja bang...Som rela. Som akan ikut abang!" kata kata Som ini memeranjatkan Sahak. "Som.....tak bolih Som. Maaf....yang ni abang tak setuju langsung. Dalam agama kita pun melarang mengambil tindakkan macam ni. Abang tak mahu megeruhkan lagi keadaan. Ini akan lebih merumitkan lagi" bantah Sahak. "Habis tu....sampai bila kita harus bersabar! Sampai bila bang?" Kalsom menyuarakan rasa bimbangnya. "Hmmm....memang sah! Abang dah sayangkan Som lagi. Kalau macam ni biarlah Som tanggung semuanya!" kata Kalsom lalu bangun meninggalkan tempat itu. Sahak juga bangun mengekori Kalsom dari belakang. "Som! Tunggu! Nanti dulu!" Sahak berteriak. Namun Kalsom tidak mempedulikan teriakkan Sahak. Dia terus menuju kekeretanya, menghidupkan injin terus meluru beredar dari situ. Sahak tergamam. Dia cuma mampu melihat aja kereta Kalsom meluncur laju lalu hilang diselekoh.
Sahak kembali semula kedalam restoren. Dia menuju kekaunter lalu terus membayar harga minuman yang tak sempat diminum itu. Kemudian dia bergegas keluar menuju kekeretanya lalau menghidupkan injin. Dia memandu dan cuba mengekori jalan yang diambil olih Kalsom tadi. Sambil memandu dia memerhatikan kalau kalau kelihatan kereta Kalsom. Tidak kelihatan pun bayangan kereta Kalsom. Sahak kemudian membelok lalu menuju kejalan memasuki kampong. Dia memandu perlahan lalu melaui jalan dihadapan rumah Kalsom. Hatinya merasa lega bila terpandang saja kereta Kalsom ditepi rumah. Sahak memusing keretanya lalu memandu menuju kerumahnya. Sampai aja diperkarangan rumah Sahak terus mematikan injin keretanya. Dia tidak keluar tapi terus berada didalam kereta. Otaknya berputar ligat memikirkan akan kejadian yang baru berlaku tadi. Fikirannya becelaru. "Apakah yang harus aku lakukan?" soal Shak didalam hatinya. "Bagaimana kalau Kalsom nekad mengambil jalan singkat?" soalan demi soalan bermain dalam fikiran Sahak. Dia benar benar buntu. "Tentu orang lain akan menyalahkan aku" fikir Sahak lagi. Benar benar bingung. Tak tahu apakah langkah yang harus diambil. "Patut ke terima aja saranan Kalsom untuk membawa dia lari?" soalan ini bermain dalam fikirannya. "Ish.....kesitu pulak. Tak bolih. Aku tak bolih mengambil tindakkan bodoh macam tu. Akan memalukan keluarga nanti" Sahak masih cuba mencari jawapan.
"Apa yang kau fikirkan dalam kereta tu Hak?" tiba tiba satu suara mengejutkan Sahak. "Ah...yer....eh...tak...tak ada apalah mak!" tergagap gagap Sahak berbohong. "Habis tu kenapa dari tadi mak tengok kau termenung aja dalam kereta tu." sambung Mak Tom yang tetiba berdiri ditepi kereta. "Tak ada apa apalah mak! Hak cuma fikirkan mengenai tambahan projek limau tu" Sahak masih berdalih. "Hmm...kau janganlah nak bohongkan mak Hak! Mak tahu apa yang kau fikirkan tu" balas Mak Tom. "Kau fikirka tentang Som bukan? Sudahlah nak....janganlah kau fikirkan dia lagi. Dah kau tak ada jodoh dengan dia...nak buat macam mana!" Mak Tom memujuk anaknya. Sahak cuma menganggukkan kepala. Sepatah pun dia tidak bersuara. "Dah lah tu Hak. Hari dah senja ni. Pergilah mandi!" saranan Mak Tom lalu berjalan masuk meninggalkan sahak. Sahak cuma melihat aja. Sebentar kemudian Sahak pun keluar dari keretanya lalu terus naik kerumah.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 21, 2005 7:41:39 GMT -5
Hari minggu menjelang tiba. Susana sungguh meriah dirumah Mak Munah. Sanak saudara dan rakan taulan berkumpul beramai ramai. Penuh keriangan. Gelak ketawa disulami dengan gurau senda. Mereka semuanya tolong menolong dalam menjayakan apa jua majlis. Mereka melakukan berbagai perkara demi menjayakan majlis pertunangan Kalsom dengan Samsul. Didalam bilik Kalsom ditemani olih beberapa rakan karibnya. Mereka sibuk menghias Kalsom agar kelihatan cantik dan berseri. Sambil itu mereka bergurau senda antara satu dengan lain. Usik mengusik dan diselangi dengan gelak ketawa. Ini menambahkan keceriaan majlis itu. Namum tidak bagi Kalsom. Air jernih melurut perlahan dipipi. Rakan rakannya cuba menghiburkan. Tapi Kalsom masih berkeadaan begitu. Sebentar kemudian rombongan dari pihak lelaki sampai. Setiap orang wakil dari pihak Samsul kelihatan menatang dulang yang berisi barangan hantaran. Ketibaan rombongan ini disambut dengan meriahnya. Satelah selesai majlis bertukar barangan maka tiba saat menyarungkan cincin. Nenek Samsul diamanahkan untuk menyarung cincin kejari manis Kalsom. Sebentuk cincin yang bertatahkan berlian tersarung dijari manis. Dengan ini rasmilah Kalsom menjadi tunangan Samsul. Kalsom pasrah dan menerima keadaan dalam keadaan sedih. "Som! Kenapa kau harus bersedih. Sepatutnya kau bergembira" tegur Syamsiah. "Yalah Som! Hari ni kan ke hari bersejarah dalam hidup kau. Setiap anak gadis akan merasa gembira bila menempuh saat macam ni" tambah Rubiah. Kedua dua mereka adalah kawan karib Kalsom sejak dari kecil lagi. "Macam mana aku nak bergembira Syam! Rubi! Tunangan aku ni bukanlah pilihan aku. Malah aku tak cintakan dia langsung" sahut Kalsom. "Yalah Som! Kami tahulah buah hati kau Sahak. Tapi kau harus sedar yang kita tak bolih bersuara dalam hal ni. Apa yang dipersetujui emak dan ayah kita harus dipatuhi" ujar Syamsiah. "Som! Kami memang bersimpati dengan nasib kau. Tapi apakan daya kami nak menolong. Malahan kami tak bolih campur tangan langsung" sambung Rubiah. "Betul tu Som! Tapi walau macam mana pun kami berharap kau dapat terima dan menghadapi semua ni dengan tabah." ujar Rubiah. "Kau sendiri lihat Som! Emak dan ayah kita tak mengenali antara satu sama lain. malah mereka tak pernah bercinta langsung. Mereka dijodohkan olih atuk dan nenek kita. Mereka terima aja. Tapi mereka masih bahagia. Cinta mereka datang kemudian. Satelah mereka berumah tangga." sambung Syamsiah. "Aku rasa lebih baik aku mati aja Rubi!" Kalsom bersuara. "Ishhh....kau ni Som! Jangan! Kau jangan buat yang tak elok macam tu. Jangan ikutkan kata syaitan tu. Banyak banyak beristirafar Som!" bentak Rubiah. "Yalah Som! Kau jangan buat kerja bodoh macam tu. Itu tak akan menyelesaikan masaalah kau." sahut pula Salmiah. "Som! Cuba kau dengar cakap kami ni! Ni semua adalah demi kebaikan masa depan kau juga. Cuba kau fikir baik baik. Terima ajalah dengan hati yang terbuka. Kami tetap doakan semuga kau akan bahagia" Syamsiah pula menambah.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 22, 2005 7:48:20 GMT -5
"Terima kasihlah pada kau semua. Aku sungguh senang mempunyai kawan macam kau semua ni. Kau memang kawan sejati. Benar benar memahami isi hati aku. Baiklah....demi kau semua, aku ikut nasihat tadi" sambut Kalsom. "Hah....macam tulah Som! Jadi senyumlah. Tak manis tau kalau bakal pengantin tak senyum. Nanti naik pelamin muka macam pontianak!" balas Rubiah. Semua mereka tergelak. Keceriaan terbayang sedikit diair muka Kalsom. Dia tersenyum walau pun dalam terpaksa. Sementara diluar bilik keadaan riuh rendah. Usik mengusik diselangi gelak ketawa. "Untung kau Munah! Dapat menantu orang berada. Kerja bagus. Tinggal lak kat KL" usik beberapa saudara Mak Munah. Mak Munah tersenyum lebar. Dia benar benar bangga dengan pujian dari rakan dan sanak saudara. Tapi Pak Ludin cuma tersenyum pahit. Jauh disudut hatinya tidak bersetuju dengan pertunangan itu. Dia bersimpati dengan kesedihan anak perempuannya itu. Namun dia tak dapat nak bersuara dalam hal ini. Lagi pun dia tidak mahu timbul perbalahan dalam keluarga.
Sementara Sahak pula bersikap tenang. Dia tidak mahu menunjukkan kegusaran dihati. Biarlah disimpan kemas jauh disudut hatinya kesedihan yang sedang dialaminya. Dia mendoakan agar Kalsom akan bahagia disamping pilihan emaknya. Sahak menyendiri dibangsal ladangnya. Dia tidak menghadiri majlis pertunangan Kalsom. Dia lebih senang berada disitu. Dia tekun meneliti butiran dalam buku rekod perbelanjaan dan pendapatan ladangnya. Tiba tiba dari jauh kedengaran deruman injin motosikal semakin kuat. Sahak mendongak dan memerhatikan arah datangnya bunyi itu. Kelihatan seorang anak muda menunggang motosikal menuju kearah Sahak. Sahak berdiri tenang. Dia merasa tidak selesa dengan kehadiran tetamu yang tak diundang itu. Bila mendekati lalu anak muda itu menghentikan motornya. Pendatang itu turun lalu menanggalkan helmetnya. "Ohh....kau Tumin! Apa hal kau datang ni?" soal Sahak bila mengenali pemuda itu. "Ya Hak....aku! Saja datang nak berjumpa dengan kau" balas Tumin lalu melihat sekeliling. "Eh sunyi aja ni. Mana kawan kawan kau yang lain?" soal Tumin lalu memandang tepat pada Sahak. "Hai Tumin....kan ni hari minggu. Mereka tak kerja hari ni, sama juga macam kau" jawab Sahak selamba. "Oh ya Hak.....aku ada bawak pesanan. Dari Samsul!" terang Tumin dengan air muka mengejek. "Oh...kau ni pembawa pesanan. Hmm apa pesanan tu" soal Sahak. "Eh Hak....kenapa kau tak pergi rumah Mak Munah meraikan majlis pertunangan Kalsom dengan Samsul? Apa kau patah hati ke?" usik Tumin ingin menyakitkan hati Sahak. "Perlu apa aku kesitu? Lagi pun aku tak ada apa apa lagi dengan Som. Samsul pun dah berjaya dapatkan Som!" Sahak menjawab dengan tenang tetapi berwaspada "Hah...kau kata bawa pesanan. Apa pesanan dari Samsul tu?" "Alamak....lupa pulak aku! Samsul pesan agar kau jangan lagi ganggu Kalsom!" Tumin menjawab. Sahak tersenyum sinis. "Tumin! Tak perlulah kau atau pun Samsul risau. Aku bukan anak kecil lagi. Aku tahu batasan. Lagi pun ayah aku dah bekalkan dengan ajaran agama yang cukup" balas Sahak, "Aku bukanlah jenis yang suka ganggu hak orang lain". "Baguslah Hak....kalau kau dah faham. Aku nak ingatkan aja. Kalau kami dapat tahu nahas kau!" gertak Tumin. "Hey Tumin.....tak perlulah kau nak gertak aku. Aku bukan budak kecil yang bolih gertak gitu. Aku tahu bedakan yang mana elok dan yang mana tak elok" jawab Sahak. "Hak kau jangan nak naikan darah aku. Jangan nak tunjuk jantan dengan aku" Tumin mula naik berang. "Tumin! Aku bukan nak tunjuk lagak. Juga bukan nak tunjuk kuat. Tapi kalau ada yang nak menjual....aku tak ragu nak membeli!" Sahak menjawab dalam lembut tapi pedas. "Hak...kau jangan nak cari pasal. Aku ni datang cuma nak sampaikan pesanan. Bukannya nak cari pergaduhan tau!" bentak Tumin. "Tumin....aku dah cukup masak dengan perangai kau! Tak payah le kau nak bersyarah. Kalau kau datang dengan baik...aku terima dengan baik. Tapi kalau kau datang dengan niat tak baik...aku harus bersedia" balas Sahak masih lagi dalam keadaan tenang.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 23, 2005 7:51:26 GMT -5
Tiba tiba kedengaran deruman beberapa buah motor. Kelihatan tiga buah motosikal menuju kearah mereka. Dengan perlahan ketiga tiga buah motosikal itu mendekati mereka. Bila berhampiran lalu mereka menghentikan injin dan turun dari motosikal. Ketiga tiga pemuda itu menanggalkan helmet yang menutupi muka. Rupanya rakan rakan Tumin. Sahak berundur sedikit. Dia terus memasang kuda kuda bersedia kemungkinan yang akan berlaku. Namun air muka Sahak masih tenang. "Hak! Kau lihat. Kawan aku dah sampai" Tumin bersuara dengan senyum sinis. "Tumin! Kau jangan fikir kau ramai aku takut!" Sahak menjawab. "Hah Hak! Kalau kau nak tunjuk jantan silakan!" Tumin mencabar. "Tumin....aku bukan mencari musoh. Tapi.....kalau ada yang datang kau tak lari" balas Sahak. "Apa hal ni Tumin?" tiba tiba muncul Dolah dari belakang mendekati Sahak. "Ya Tumin...apa yang kau cari ni?" bersuara pula Amin. Kelihatan pula Zamri dan Latip muncul. "Apa ada pesta ke?" soal pula Zamri. Tumin terkejut melihat rakan rakan Sahak muncul. "Oh...kau Dolah! Zamri, Amin dan Latip pun ada! Tak ada apa apalah!" Tumin menjawab serbasalah. "Ni hah....Tumin ni nak sampaikan pesan!" Sahak bersuara. "Ya! Ya! Aku datang cuma nak sampaikan pesan Samsul pada Sahak!" Tumin memberikan alasan. "Yer ke nak sampaikan pesan? Tapi aku lihat macam nak tunjuk samseng aja!" perli Dolah. "Hmm...kok ye pun nak sampaikan pesan.....tak kan siap bawa geng lagi Tumin!" sambung pula Zamri. "Tumin! Apa kau nak buat perhitungan ke? Masih tak puas hati lagi ke?" tambah pula Amin. "Amin! Kau jangan nak cari pasal! Hutang kau dengan aku belum selesai lagi!" jawab Tumin dengan persaan marah. Amin cuba bergerak kedepan mendekati Tumin. Sahak menarik Amin lalu bersuara "Tumin....kau dah pun sampaikan pesan dari Samsul. Aku pun dah berjanji tak akan ganggu Kalsom lagi. Jadi aku rasa baik kau beredar dari sini". "Ya Tumin.....aku rasa baik kau belah. Bawak sekali geng kau tu" Dolah mencelah. "Yalah Tumin....apa kau tunggu lagi!" sergah Zamri yang sejak dari tadi berdiam diri namun bersedia kalau kalau Tumin atau rakannya mula bertindak. "Baik Sahak......aku mengalah sekali lagi.Tapi ingat lain kali aku tak akan lepaskan kau. Kau juga Amin.....hutang kau dengan aku belum selesai lagi!" Tumin berkata lalu melangkah pergi. "Helo kawan.....tak perlu nak tunggu lain masa. Kalu kau berhajat sekarang pun kita bolih selesaikan" jerit Amin merasa tidak puas hati. "Dah tu Amin.....lain kali aja kita selesaikan" pujuk Sahak lalu menepuk belakang Amin. Tumin memakai topi keledar lalu menghidupkan injin motosikalnya lalu pergi. Rakan rakan Tumin juga ikut pergi meninggalkan tempat itu. "Hey kau semua....bila masa tetiba aja dah ada kat belakang aku ni!" Sahak bersuara. "Sebenarnya Hak...aku yang nampak Tumin menuju kemari tadi. Aku rasa tak sedap hati lalu aku pun pergi panggil Dolah. Kebetulan pulak Zamri dan Latip ada. Jadi aku ajaklah mereka semua kemari" terang Amin. "Terima kasihlah semua. Kalau tidak mungkin akan berlaku pergaduhan tadi" Sahak berjabat salam dengan rakan rakannya itu.
"Hak...tulah gunanya kawan. Susah sama susah...senang sama senang. Aku tahu kau pun bukan calang calang orang. Kalau setakat mereka tu aku rasa kau tak ada ma'saalah" terang Dolah. "Yalah Hak! Tapi aku pun nak ambil bahagian. Memang dah lama aku teringin nak lepuk siTumin dan rakan rakan dia tapi tak ada peluang" tambah Zamri pula. "Ishh.....tak elok gitu. Tak baik kita berniat macam tu. Kau tak ingat ke pesanan ayah aku?" marah Sahak. "Wei Hak....kami memang ingat akan pesanan tu. Tapi Pak Akop pun ada berpesan. Musoh jangan kita cari. Tapi kalau datang kita tak perlu lari" terang Dolah pula. "Hak....aku rasa lebih baik kau berhati hati. Nampaknya Samsul tu sengaja nak cari pasal dengan kau. Apa sangat yang dia dendamkan kat kau ni" Latip bersuara. "Betul tu Hak! Entah apa yang dia rasa tak puas hati terhadap kau ni. Kalsom dah dia rampas dari kau. Apa lagi yang dia mahu!" gerutu Amin pula. "Entahlah. Aku sendiri pun tak tahu" Sahak menjawab. "Hak....walau apa pun aku sarankan kau berhati hati. Kalau bolih kau bawa salah seorang rakan kalu nak kemana. Manalah tahu kalau kalau Samsul perangkap kau lagi. Tengok aja macam tadi" nasihat Zamri. "Aku setuju tu! Sekurang kurangnya ada yang bolih dapatkan pertolongan kalau kalau kau diserang" tambah pula Amin.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 25, 2005 7:38:40 GMT -5
"Hak! Apa kata kalau kau repot polis aja perkara tadi!" Latip bersuara," Yalah.....untuk berjaga jaga." "Ish kau Tip! Aku rasa tak payahlah. Lagi pun mereka tak buat apa apa tadi" balas Sahak. "Memanglah mereka tak buat apa apa Hak.....tapi motifnya dah ada!" sambut pula Zamri. "Aku pun rasa tak perlu kita lapurkan pada polis perkara ni" Dolah pula bersuara bersetuju dengan Sahak. "Suka hati kaulah Hak! Tapi apa sangat yang Samsul tu dendam dengan kau?" soal Amin pula. "Aku tak faham betullah dengan perangai siSamsul. Sejak lagi zaman persekolahan lagi dia bermusoh dengan kau Hak. Patutnya bila dah dewasa ni berfikiran waras. Ni tidak....masih lagi dibawa perangai kebencian ramai tu" celoteh Zamri. "Yalah Zam.....aku pun tak faham dengan perangai Samsul tu. Yang siTumin pun satu hal! Patutnya berubah menjadi baik.....tapi ni sebaliknya. Bertambah jahat ada!" tambah Sahak pula. "Tapi Hak...kau tak perlu bimbang! Kami semua ni tetap akan bantu kau bila bila masa aja" janji Dolah pula. "Dolah....Zam....Tip dan Amin! Aku tahu kau orang ni semua kawan baik aku. Aku tak ragu dengan sikap kau oarng semua. Aku ucapkan terima kasih sebab datang cepat tadi. Kalau tak mungkin teruk juga aku!" Sahak berterima kasih pada rakan rakannya.
"Hak....aku rasa mulai dari hari ni biarlah aku ikut kau setiap masa. Ialah sebagai persediaan kalau kalau mereka bertindak lagi" saranan Dolah. "Eh Dolah....tak payahlah. Tak mengapa! Aku rasa siTumin atau Samsul tak akan berani bertindak melulu lagi. Lagi pun mereka sedar kalau terjadi apa apa pada aku...kau orang semua akan bertindak" jawab Sahak. "Baiklah Hak....kami ikut cakap kau tu. Aku cuma berikan nasihat aja. Tapi kalau kau perlukan pertolongan cepat cepat beritahu kami. Kami sedia membantu kau bila bila masa aja" pinta Zamri. "Ya Hak...cepat cepat beri tahu. Aku pun tak nak lepaskan peluang luku kepala mereka tu semua" sambung pula Dolah. "Yalah....aku pun tak heran dengan rakan rakan Samsul tu. Budak setengah tiang tu...bukanya apa. Mereka semua tu berani bila ramai. Cuba kalau one to one...tak berani angkat muka tu!" sampuk pula Latip. "Okalah semua......mari kita pergi minum kat warung Pak Busu. Aku dah lapar ni!" pelawa Sahak kepada rakan rakanya. "Hah....nilah baru betul!" tingkah Dolah dengan cepat. "Hah kau ni Dolah...kalau bab makan ni, kau le nombor satu!" tegur Amin. "Yalah.....dari makan penumbok, lebih baik makan mi kari Pak Busu! Lebih sedap dan mengenyangkan!" balas Dolah. Mereka semua tertawa sambil berjalan menuju kewarong Pak Busu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 26, 2005 7:46:50 GMT -5
Pagi esoknya awal lagi Sahak keluar rumah. Dengan berpakaian agak kemas dia menuju kekeretanya, menghidupkan injin lalu memandu kejalan keluar kampong. Sampai dipersimpangan dia membelok kekiri lalu menuju arah pantai. Hala tujunya ialah sebuah restoren yang selalu disinggahnya, restoren itu membawa banyak kenangan bagi dirinya. Dia memandu perlahan lalu memberhentikan kereta dipetak kosong dilapangan letak kereta. Dengan langkah perlahan tapi teratur dia berjalan menuju kearah meja yang kosong disudut restoren itu. Sampai aja dimeja dia terus menarik kerusi lalu dudok dengan malasnya. Dia membuang pandang kearah laut. Sebentar kemudian muncul seorang pelayan menghampiri Sahak untuk mengambil pesanan. Sahak meminta sepiring nasi lemak dan segelas teh tarik kurang manis seperti lazimnya. Pelayan meninggalkan Sahak satelah mendapat pesanan. Sahak memandang jauh. Matanya tertumpu jauh kekaki langit. Kelihatan beberapa burung camar berterbangan riang. Beberapa buah perahu nelayan kelihatan berolengan mengikut ombak, bertaburan mencari rezeki. Sungguh damai suasana pagi itu. Tetapi tidak bagi anak muda ini. Hatinya gusar. Berbagai persaolan timbul. Kenangan demi kenangan bermain difikirannya. Tak disangka harapan yang dipupuk punah. Hancur lebur bagaikan debu. Panas diharap hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari.
Pelayan datang semula. Dia membawa pesanan yang dibuat olih Sahak tadi. Dengan sopan dia meletakkan diatas meja dihadapan Sahak. Dengan senyuman dia memandang Sahak. Satelah menjawab uacapan terima kasih dari Sahak, pelayan itu pun berlalu pergi. Sahak cuma memerhatikan saja pelayan itu berlalu. Sebentar kemudian Sahak pun mula menjamah nasi lemak yang dipesannya tadi. Inilah sarapan kegemaranya setiap pagi terutama dihujung minggu. Makanan itu menjadi lebih enak bila ditemani kekasih hati. Senyum manis serta gurau senda menemani dia bersarapan. Namun semuanya itu telah lenyap. Jauh meninggalkannya. Perlahan saja Sahak menyuap. Sambil itu fikirannya melayang jauh. Satu persatu kenangan silam bermain difikiran. Dia melayan perasaan. "Asalamualaikum!" satu suara lunak menegur Sahak. Seorang gadis yang sungguh ayu berdiri didepan Sahak. Fikiran Sahak masih lagi terapung diawang awangan. "Hai! Menung jauh nampaknya!" tegur lagi gadis itu. Sahak masih lagi termenung. Tidak disedarinya terdapat seorang insan disebelahnya. "Asalamualaikum!" sekali lagi gadis itu menegur tapi agak kuat sedikit. "Er! Er......wa'alaikumusalam!" Sahak menjawab tergagap gagap. Dia tersedar dari lamunan. Agak terkejut juga Sahak bilamana dia tersedar bahawa terdapat seoarang gadis ayu menegurnya. "Er....maafkan saya! Apa yang saudari cakapkan tadi?" soal Sahak "Oh maaf! Saya buatkan saudara terkejut" balas pula gadis itu. "Hmm tak mengapa! Saya yang bersalah. Mengelamun jauh....hingga tak menyedari ada orang menegur!" Sahak menjawab. "Er...silakan duduk!" pelawa Sahak. "Terima kasih!" gadis itu bersuara lalu menarik sebuah kerusi lalu duduk menghadapi Sahak. "Apa....saya mengenali saudari?" Sahak menyoal. "Hmmm tak.....Saya Suhaily" kata gadis itu memperkenalkan diri. Sahak senyum' "Saya Sahak! Selamat berkenalan!".
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 28, 2005 7:57:00 GMT -5
"Saya minta maaf saudara kalau saya menganggu! Tadi saya melihat termenung jauh" jelas Suhaily. "Oh tak mengapa! Saudari tidak menganggu. Saya cuma menikmati keindahan alam. Burung burung berterbangan mencari makan. Angin laut bertiup nyaman. Ombak datang dan pergi menghempas pantai. Sungguh indah suasana pagi!" Sahak berbohong. "Hmm....saya setuju dengan saudara. Memang damai dan indah suasana dipantai ini. Keadaannya belum lagi tercemar. Masih kekal dengan keaslian." balas pula Suhaily. "Er...selalu ke saudara kemari?" soal Suhaily. "Ya! Betul...saya memang selalu kemari terutamanya diwaktu pagi begini. Lagi pun makanan disini sungguh enak" terang Sahak. "Rasanya saya tak pernah pun melihat saudari. Apa saudari orang baru disini ke?" Sahak pula menyoal. "Ah...janganlah terlalu formal. Panggil aja Aily" pinta Suhaily. "Baiklah saudari...er Aily! Tak pernah pun saya melihat Ailey disini" balas pula Sahak. "Ya Syah! Er....apa bolih saya panggil begitu?" soal Suhaily. Sahak cuma mengangguk tampa bersuara. "Ya Syah... Aily memang orang baru disini. Baru aja ditukarkan kemari" terang Suhaily. "Oh ya....hmmm kerja dimana dan sebagai apa?" Sahak menyoal lagi. "Aily ditugaskan mengajar disekolah rendah disini" terang Suhaily. "Oh jadi cikgulah ni.....hmm selamat datang saya ucapkan!" Sahak berkata. "Gitulah......hmm apa pula kerja Syah?" Suhaily bertanya pula. "Er....cuma kerja biasa aja...kerja kampong!" jelas Sahak pendek. "Aik.....tak kan cuma kerja kampong! Tak ada tokoh pun..." komen Suhaily. Sahak tersenyum lalu berkata " Kenapa? Ailey tak percaya ke? Tak kanlah saya nak berbohong. Lagi pun berbohong tu tak baik!" Sahak menyakinkan Suhaily.
Perbualan mereka terhenti bila mana pelayan muncul ditepi meja. "Cik....nak order ke?" soal pelayan itu sambil tersenyum. "Oh ya! Saya nak air teh dan nasi lemak. Tehnya kurang manis ya!" Suahaily menjawab. Pelayan itu tersenyum sambil berlalu dari situ. "Ailey berasal dari mana?" Sahak menyoal sebaik aja pelayan beredar. "Oh....saya berasal dari utara...Kedah. Dulu mengajar dipantai timor....Terengganu. Bila minta bertukar kenegeri sendiri...dihantar pula kemari" jelas Suhaily. "Oh....gitu ceritanya!" Sahak berkata. Pelayan tadi muncul kembali dengan membawa pesanan yang diminta olih Suhailey tadi. "Terima kasih!" Suhaily ucapkan pada pelayan itu sebaik saja dia meletakkan minuman dan makanan didepannya. "Sama sama cik...silalah makan!" kata pelayan itu lalu beredar meninggalkan meja mereka. Kedua mereka berdiam diri sambil menikmati hidangan nasi lemak. "Betullah Syah...sedapnya nasi lemak ni" Suhaily berkata. "Kan dah saya katakan tadi!" Sahak pula menjawab. "Oh ya Syah......Apa kenal ke dengan Kalsom bte Ludin? Maksud saya cikgu Kalsom!" tiba tiba Suhaily menyoal. Sahak terkejut. Air mukanya berkerut. "Oh...maafkan saya Syah! Soalan tu mengejutkan!" Suhaily memohon maaf. "Hmm...tak mengapa. Tapi...macam mana bolih kenal dengan Kalsom tu?" soal Sahak ingin kepastian. "Oh.....saya kenal dia....tu kawan sebilik sewaktu dimaktab perguruan dulu." terang Suhaily, " Dah terlanjur kemari....nak cari dialah." " Memang saya kenal dia tu. Malah semua orang kampong kenal. Rumah dia tak begitu jauh dari rumah saya" Sahak menerangkan. "Wah kebetulan pula! Oklah Syah.....saya nak minta diri dulu. Ada beberapa urusan yang nak saya bereskan" Suhaily berkata lalu melambai pada pelayan untuk membayar harga makanan dan minuman. "Eh...Aily! Tak mengapa....biar saya yang bayarkan!" pinta Sahak. "Baiklah Syah....terima kasih. Saya beredar dulu. Muga kita akan bersua lagi. Asalamualaikum!" Suhaily bersuara lalu berjalan meninggalkan Sahak. Sahak cuma memerhati sahaja Suhaily berlalu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 29, 2005 7:46:05 GMT -5
Sahak berpaling kearah pelayan lalu melambai. Pelayan berjalan mendatangi Sahak. "Berapa semuanya?" soal Sahak sebaik saja pelayan itu mendekati. "Hmm semuanya Rm8.50 saja bang!" terang pelayan itu. Sahak membayar lalu bangun meninggalkan tempat itu. Dia terus menuju kekeretanya, membuka pintu lalu terus duduk ditempat pemandu. Satelah menghidupkan injin dia terus memandu keluar dari medan letak kereta . Sampai saja dijalan besar Sahak terus memandu agak laju sedikit. Sambil memandu Sahak mengelamun. Berbagai kenangan bermain difikiran. Betapa indahnya dirasakan ketika dia bersama Kalsom. Berbagai impian mendatangi dia diwaktu itu. Semuanya indah. Semuanya manis. Namun semuanya hilang sekelip mata. Istana impian yang dirancangkan hancur musnah sebelum sempat dibangunkan lagi. Tiba tiba lamunan Sahak terhenti. Dia d**ejutkan olih sebuah kereta yang memotong lalu berhenti dihadapan keretanya. Sahak memberhentikan keretanya secara mengejut. Dari kereta hadapan keluar seorang anak muda. Orang yang memang Sahak kenali. Sahak juga keluar dari keretanya. "Hah.....kau Samsul! Apa hal ni?" soal Sahak agak marah dengan perbuatan Samsul itu. Samsul mendekati Sahak lalu berkata,"Hak! Aku nak beri kau amaran sekali lagi. Kau jangan dekati Kalsom lagi, tau!". "Sahak tersenyum lalu menjawab'"Helo kawan...apa kau ni tak faham Bahasa Melayu ke? Kan aku dah berikan jaminan pada orang suruhan kau tempoh hari! Apa masih tak cukup lagi ke?". "Aku datang ni cuma nak ingatkan kau aja Hak! Kau jangan pulak nak naikan darah aku pepagi ni!" Samsul mengeluarkan kata dengan nada marah. "Hei Samsul.....yang kau tetiba datang ni nak tunjuk samseng ni tak apa! Agaknya kau ni dah pekaklah Samsul. Tak payah lagi kau nak susah susah ingatkan aku lagi!" Sahak pula mengeluarkan kata pedas. "Apa kau ni dah dah sewel ke? Aku tahulah Samsul....mana yang baik dan mana yang tak. Aku bukanya jenis yang suka merampas kepunyaan orang tau!" tambah Sahak lagi bila Samsul berdiam diri. "Hak......kau ni memang betul betul nak kena dengan aku!" Samsul mengngugut. Sahak cuma tersenyum tapi bersedia kalau kalau Samsul menyerang.
Tiinnnnnnn................Tiba tiba kedengaran bunyi hon dari sebuah kereta yang datang dari arah belakang. Sahak dan Samsul terdiam. Mereka memandang kearah kereta itu. "Nasib kau baik Hak!" Samsul berkata lalu memasuki keretanya dan memandu laju dari situ. Sahak menoleh kebelakang semula lalu menunjukkan isyarat maaf, memasuki keretanya dan mula memandu meninggalkan tempat itu. Perkara yang baru berlaku tadi bermain d**epala Sahak. Dia berfikir panjang. Mencari sebab musababnya Samsul masih tak puas hati terhadap dirinya. Berbagai persoalan bertukar ganti bermain dalam fikirannya. Tampa disedarinya dia dah sampai keladangnya. Dia menghentikan keretanya dibawah pohon rambutan. Satelah mengunci keretanya dia berjalan kearah pintu bangsal yang dijadikan pejabat. Sahak membuka pintu. Demi terbuka saja pintu Sahak terpegun. Keadaan dalam opisnya berselerak. Kertas, buku dan fail bertaburan diatas meja dan lantai simen. Matanya menjalar kesetiap penjuru opisnya. Dia terlihat sebuah tingkap telah dibuka dengan cara paksa. "Ya Allah! Apa yang berlaku ni Hak?" tiba tiba satu soalan kedengaran. Sahak menoleh kebelakang. Kelihatan Latip dan ayahnya telah berada dibelakangnya. "Entahlah Tip! Aku pun tak tahu. Bila aku buka pintu aja aku lihat dah berselerak" balas Sahak. "Ni tak lain tentu kerja siTumin dan Samsul tu!" Latip membuat andaian. "His Tip.....tak baik gitu! Janagn menuduh meluru aja. Kita siasat dulu baru bolih ambil kesimpulan" marah Pak Akop.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 30, 2005 7:47:24 GMT -5
"Hei! Apa hal ni?" satu soalan lagi kedengaran. Dimuka pintu tercegat Amin dan Dolah."Apa....opis kita kena rompak ke?" soal pula Dolah. "Entahlah. Tapi yang pastinya ada orang dah ceroboh masuk kesini!" terang Sahak. "Ni tak lain dan tak bukan....tentu kerja siSamsul dan kuncu kuncunya" tudoh Dolah. "Hah! Kan dah saya katakan tadi Pak Akob. Tengok...Dolah pun syak orang yang sama" tingkah Latip pula. "Sabar! Kita kena sabar dulu. Jangan main tuduh aja. Kita siasat dulu. Cari bukti yang kukuh. Baru kita buat kesimpulan" sahut Sahak menyabarkan rakan rakannya yang lain. "Hah kau Hak! Tak habis habis lagi dengan sabar kau tu. Sampai dah jadi macam ni pun kau nak sabar?" Sampok pula Amin. "Yalah....betul tu Min. Kita bolih bertindak. Tapi biarlah dengan bukti yang kukuh. Kalau tersalah orang macam mana?" sergah Pak Akob pula mententeramkan anak anak muda itu. Amin memandang Dolah. Dolah cuma berdiam diri. "Baiklah Pak Akob! Kami bersabar dulu. Kami ikut cakap Pak Akob. Tapi bila dah dapat bukti kami akan bertindak" Latip bersuara satelah agak lama berdiam diri. Amin dan Dolah menganggokkan kepala tanda bersetuju dengan saranan Latip. Mereka mula mengemas dan mengutip semua kertas yang berselerakkan lalu diberikan pada Shak. Sahak mengumpulkan cebisan kertas itu diatas meja. Satelah selesai mengutip helaian kertas tadi mereka pun meninggalkan Sahak bersendirian. Sahak terus menyusun kertas kertas tadi dan dimasukkan kedalam fail mengikut susunan. Sambil itu fikirannya berputar ligat memikirkan angkara siapa. "Nak katakan angkara Samsul mungkin bolih. Sebab dia memang berdendam dengan aku. Tapi setakat ni tak pernah pulak aku dengar dia melakukan perkara macam ni" Sahak berkata didalam hati. "Tapi nak katakan budak budak dadah agak sukar juga. Apa yang nak mereka cari kat sini. Bukanya ada duit tersimpan disini" berbagai andaian bermain difikiran Sahak. "Tapi tak apa....aku akan siasat sampai dapat. Kalau kau yang punya angkara Samsul....nahas kau. Tunggu aja tindakkan dari aku. Selama ni aku bersabar. Tapi tu tak bermakna aku pengecut tau. Kesabaran aku pun ada batasannya" Sahak bermain dengan fikiran sendiri. Sahak mundar mandir didalam bangsal itu mencari bukti.
Dia memerhatikan disetiap penjuru kalau kalau ada pentunjuk yang dapat digunakan. Diperhatikan dengan teliti. Tidak terdapat sebarang pun petunjuk disitu. Sahak beredar keluar pula. Dia menuju kebelakang bangsal. Dia mendekati tingkap. Kelihatan kesan tingkap diumpil dengan benda tajam. Ditepi tingkap itu terdapat kesan beberapa tapak kasut dengan jelas. Kesan tapak kasut itu menuju kebaruh. Sahak mengikuti kesan tapak kasut itu perlahan lahan. Tiba disempadan ladang Sahak berhenti. Dihadapannya terdapat satu anak sungai. Kesan tapak kasut itu kelihatan hilang disitu aja. Sahak memerhatikan sekeliling kalau kalau ada terdapat kesan itu dimana mana. Sahak hampa. "Hmm....tentu orang itu menyeberangi anak sungai ni" bisek hati kecil Sahak. Sahak mengharungi air menyeberangi anak sungai itu. Diseberang sana terdapat lagi kesan tapak kasut tadi. Tapi kesan itu makin pudar kerana tanah disitu agak keras. Sahak berpatah balik apabila tidak kelihatan lagi kesan tapak kasut itu lagi.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 31, 2005 7:56:08 GMT -5
Tiba ditepi anak sungai Sahak berhenti. Dia berlegar legar disitu. Masih tidak puas hati. Dia meneliti setiap kesan tapak kasut yang kelihatan disitu. Dia mundar mandir lagi. Tetiba Sahak tersandung akar kayu lalu terguling jatuh. Dia terhumban ketepi sebatang banir kayu yang dah reput. Sahak bangkit lalu duduk. Dia memeriksa angguta badannya kalau kalau ada yang luka atau cedera. "Alhamdulillah!" Sahak berkata dalam hati. Tidak terdapat sebarang luka atau pun kecederaan. Dia tersenyum mengenangkan bagaimana dia bolih terjatuh tadi. Sewaktu hendak bangun Sahak ternampak sesuatu dicelah akar kayu banir kering itu. Dia mendekati dan dilihatnya sebuah dompet. Diambil dompet itu lalu meneliti isi kandungnya. Terdapat beberapa cebisan kertas, enam keping wang kertas sepuluh ringgit dan lima keping wang kertas lima puluh ringgit. Dia juga menjumpai sekeping kad pengenalan. Sahak tersenyum. Apa yang dicarinya dah pun dijumpai. Di kad pengenalan itu tertera nama Samsul bin Hassan. "Samsul....kau tunggu. Tahulah kau apa balasan yang akan kau terima. Masa untuk aku dah pun sampai!" bisek hati kecil Sahak. Sahak berjalan menyeberangi anak sungai lalu menuju kebangsal. Dibangsal kelihatan rakan rakan Sahak yang lain sedang berihat. Mereka berbual kosong sementara menunggu kedatangan Mak Tom membawa makanan dan minuman. "Wei Hak! Mana kau pergi tadi?" tegur Latip demi ternampak saja muka Sahak. "Yalah Hak....tetiba aja kau hilang!" tambah pula Amin. "Hak! Aku ingatkan kau dah kena kidnap!" seloroh Dolah. Semua yang lain tertawa dengan kata kata Dolah. "Hey Dolah.....kau ingat aku ni sang puteri ke sampai ada yang berminat kidnap aku!" sampok Sahak. "Ya tak ya jugak! Jangan jangan orang tu pulak yang kena kidnap dek Sahak" balas Dolah berseloroh lagi. Sekali lagi mereka tertawa. "Isssh kesitu pulak kau Dolah! Aku tadi pergi menyiasatlah!" terang Sahak pada mereka semua. "Wah Hak.....dalam diam diam kau dah jadi PI yer! Tadi pencolek....ni dah jadi Kojak pulak. Wah terorlah kau ni Hak, serba bolih!" mencelah Dolah. "Hoi Dolah! Kojak tu botaklah...tak ada rambut. Sahak ni penuh rambut atas kepala! Mana sama?" tingkah pula Amin. "Lah.....Min! Ni Kojak ala Malaysialah....ada rambut!" balas pula Dolah dengan selamba. Yang lain tertawa lagi bila mendengar kata kata Dolah.
"Kau orang tengok! Ni hah....aku jumpa diseberang anak sungai sana" terang Sahak sambil menunjukkan dompet yang dijumpainya tadi. Mereka yang lain terpegun. "Hak....dompet sapa tu? Ada duit ke?" soal Dolah. "Ya Hak! Dompet sapa tu?" Pak Akob juga menyoal ingin tahu. "Ada Dolah! Tapi yang ni lebih penting!" jawab Sahak sambil mengeluarkan sekeping kad pengenalan. "Eh....kad pengenalan awek ke Sahak?" soal lagi Dolah tidak sabar. Sahak menghulurkan kad pengenalan itu pada Pak Akob. "Kau ni Dolah.....kalau tak pasal makan.....tentu pasal awek! Apa tak ada perkara lain lagi ke dalam kepala hotak kau tu?" soal Pak Akob sambil membaca nama yang tertera diatas kad pengenalan itu, "Samsul bin Hassan!". "Hah ni dia. Bukti yang kita cari cari dah pun jumpa. Apa lagi kawan kawan....nilah masanya giliran kita!" Dolah berkata dengan penuh semangat. "Hmm......nampaknya dah tiba masa kita kira perhitungan lama tu. Aku memang tertunggu tunggu saat macam ni!" Zamri tetiba bersuara. "Hai Zam....tetiba aja kau ni! Sejak dari tadi kau cuma berdiam aja! Aku ingatkan kau tak berminat" tegur Latip. "Hey Tip.....aku pun nak tuntut hutang kau pada dia terutama sekali siTumin tu." jawab Zamri. "Nanti dulu.......jangan terburu buru. Kita kena rancangkan sesuatu." Sahak besuara. "Eh...rancangan apa pulak Sahak. Makan kenduri ke?" soal Dolah. "Hoi Dolah! Kau ni tak habis habis lagi dengan perut kau tu. Agaknya kalau kau sesat dihutan, rimau pun kau baham!" tegur Latip. Mereka yang lain tertawa dengan kata kata Latip itu. "Lah Tip.....aku cuma agak aja! Kalau salah sorilah.....tu pun kau nak marah!" rayu Dolah.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 1, 2005 7:57:09 GMT -5
"Dah tu! Tak payah kau orang semua bertekak!" pinta Sahak. Mereka yang lain terdiam. "Cuba kau orang semua dengar. Ni rancangan aku!" sambung Sahak lagi. Mereka yang lain terkebil kebil sambil memandang antara satu sama lain. Tak pasti apakah rancangan Sahak. "Dompet ni kepunyaan Samsul! Dah tentu dia akan sedar akan kehilangannya nanti. Dan dah tentu dia akan datang mencarinya!" Sahak memulakan rancangan yang terpahat difikiran dia. "Eh betul tu Hak! Dia mesti datang mencarinya" mencelah Latip. "Jadi aku cadangkan kita bersembunyi didalam semak dimana dompet ni aku jumpa" sambung Sahak. "Kita tunggu kedatangan dia!" sampok pula Dolah. "Ya kita tunggu dia kat situ. Aku percaya dia mesti datang dengan kuncu kuncu dia" sambung pula Amin. "Hah...ni dah cukup bagus. Rasanya hari kita kenduri penumboklah jawapnya!" sahut pula Dolah. Mereka yang lain tersenyum. "Nanti......nanti dulu!" mencelah Pak Akob yang dari tadi berdiam diri aja. "Kau orang jangan mulakan pergaduhan. Aku rasa baik kita laporkan pada Tok Penghulu dan polis. Biar mereka aja yang ambil tindakkan" saranan Pak Akob yang tak bersetuju dengan rancangan Sahak. "Eh Pak Akob.....ni peluang baik kami nak balas dendam. Mana bolih dilepaskan!" bantah Latip. "Macam nilah....ayah aja yang pergi buat laporan pada Tok Penghulu dan polis. Sementara tu kami pergi pasang perangkap" pinta pula Sahak. "Baik....aku pergi laporkan pada Tok Penghulu. Tapi kau orang jangan pulak bertindak melulu" Pak Akob bersetuju dengan saranan Sahak tu. "Pak Akop janganlah khuatir. Kami akan ingat pesanan Pak Akop tu. Apa Pak Akop tak percayakan kami ke?" Dolah cuba memancing. Pak Akop cuma tersenyum lalu pergi meninggalkan mereka.
Satelah Pak Akop pergi mereka semua berjalan menuju ketepi anak sungai. Satelah menyeberangi anak sungai itu lalu mereka berdiri disempadan kebun. Mereka berpecah dan bersembunyi didalam semak tak jauh dari tempat dimana dompet itu dijumpai. Mereka memerhati keliling. Agak lama juga mereka menunggu. Keadaan sekeliling taklah sunyi. Dari kejauhan kedengaran bunyi unggas hutan. Burung burung bersiul riang. Sambil bersembunyi tangan mereka sibuk memukul nyamok yang berkeliaran untuk menghisap darah mereka. Namun mereka tetap bersabar. Apa yang ditunggu masih lagi tak kelihatan. Tiba tiba dari kejauhan mereka terdengar suara orang bercakap cakap. Makin lama makin kuat kedengaran. Kelihatan beberapa orang berjalan menuju tempat persembunyian mereka. Dari raut wajah mereka terbayang senyuman. Nampaknya perangkap yang mereka pasang hampir mengena. "Kau pasti ke kat sini?" soal salah seorang mereka yang sedang berjalan menuju katempat persembunyian Sahak dan rakan rakanya. "Ya....aku pasti. Tentu jatuh dekat dekat sini!" balas seorang lagi. Tak salah lagi. Mereka yang datang itu ialah Samsul dan rakan rakannya. Mereka sibuk tunduk sambil mencari sesuatu. Sahak dan rakan rakannya masih lagi bersembunyi. Mereka menunggu akan kedatangan Pak Akop dan Tok Penghulu serta polis. Namun tak kelihatan pun wajah mereka itu. "Aku rasa tentu jatuh kat tempat lain ni!" sahut rakan Samsul yang lain. "Aku dah cari tempat yang lain tapi tak jumpa. Aku pasti ada dekat dekat sini. Aku teringat semalam aku ada terjatuh kat sini. Mungkin tercicir waktu tu" saranan Samsul.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 2, 2005 8:07:01 GMT -5
Satelah agak lama menunggu Sahak merasa bosan. Dia pun mengambil keputusan keluar aja dari tempat persembunyian. Rakan rakan dia yang lain juga turut keluar. "Hai Samsul! Apa yang kau buat dekat sini?" tegor Sahak secara tiba tiba. Terkejut Samsul dan rakan rakannya dengan kehadiran Sahak. "Apa....kau cari durian ke Tumin? Macam mengidam aja" sampok pula Amin. "Wei.....sekarang ni bukan musim durianlah!" sambung Latip. "Lagi pun mana ada pokok durian kat sini.......pokok pinang banyaklah!" Dolah menyampok pula. Samsul dan rakannya terdiam. "Apa kau orang semua nak makan sireh ke sampai datang sini cari pinang ni?" Sahak menambah. "Er....er....Hak! Tak ada apa apa. Aku cuma nak tengok tanah ni. Kalau elok aku nak beli" Samsul memberikan alasan. "Aik.....Samsul! Sejak bila kau minat tentang tanah ni? Setahu akulah kau tak ada bakat langsung mengusahakan tanah!" Dolah mencelah. "Eh....salah ke kalau nak beli tanah walaupun tak minat?" Tumin menjawab dengan nada marah. "Wei....bila masa pulak aku kata salah Tumin?" Amin menjawab sambil tersenyum. Ini lebih lagi menyakitkan hati Tumin. "Apa kau ingat aku tak mampu ke nak beli tanah ni? Lebih dari ni pun aku mampu tau!" Samsul bersuara dengan bangga. "Oh...nak tengok tanah ya? Apa bukan cari yang ini?" Sahak menyoal sambil menayangkan satu dompet ditangan."Eh Hak! Mana kau jumpa dompet aku tu?" Samsul menyoal. "Hoi Samsul! Bila masa pulak Sahak kata tu dompet kau hah!" sergah pula Dolah. "Oh bukan! Bukan! Tu bukan dompet aku. Dompet tu serupa dengan aku punya. Kebetulan pulak hilang" Samsul menjawab. "Jadi....sebab tu kau kemari. Nak cari dompet kau tu yang hilang?" Latip cuba memancing. "Hoi Latip! Kau tak faham bahasa Melayu ke? Kan tadi Samsul dah katakan yang dia nak tengok tanah ni" bentak Tumin. "Helo kawan.....cuba kau tengok betul betul. Ni hah.....kad pengenalan siapa?" Sahak berhujah. "Yalah Hak......kat situ ada tertulis Samsul bin Hasan. Ada gambar lagi. Hensem lak!" Latip menambah. "Oh ni kerja kau ya Samsul! Kau nak berdalih lagi ke?" Dolah pula bersuara. "Hmm...Samsul! Rupanya tak salah tekaan aku. Ni semua kau punya kerja. Menceroboh masuk kedalam opis kami. Apa yang kau cari hah?" Amin bersuara sambil tertawa kecil. "Samsul.....kalau kau mampu nak beli tanah ni....kenapa nak menceroboh lagi. Apa kau tak cukup duit ke?" Amin menambah. Merah muka Samsul dan rakan rakannya dengan sindiran tajam dari Sahak dan rakan rakannya. "Hei Sahak....kau ada bukti ke?" Samsul masih mempertahankan diri. "Habis tu yang ada dalam tangan Sahak tu apa. Burung ke? Bolih terbang dengan sendiri mendapatkan Sahak" Amin menjawab dengan pantas. "Sahak! Aku rasa baik kau pulangkan dompet Samsul tu!" salah seorang rakan Samsul, Rasol bersuara. "Hmmm....kalau aku tak mahu pulangkan kenapa?" Sahak menyampok. "Nahas kau nanti" jawab Rasol lagi. "Hoi sedara! Nama aja Rasol. Tapi perangai macam syaitan" bentak Amri yang dari tadi cuma berdiam diri. "Samsul.....ada baiknya kau dan kawan kawan kau tu yang menyerah diri. Ayah aku dah pergi buat laporan kat Tok Penghulu dan juga polis. Kejap lagi sampailah mereka tu" Sahak pula memberikan saranan.
Tiba tiba dengan tidak ada amaran Samsul cuba menyerang Sahak dengan satu tumbokan. Sahak yang memang telah bersedia cuma mengelak sedikit sahaja. Samsul tersadung lalu terjatuh. Melihat Samsul jatuh, Tumin pula cuba bergerak untok membuat satu pukulan libas. Tapi belum sempat dia memulakan serangan satu tendangan padu dari Amin singgah dibadanya lalu terguling jatuh ketanah. Rasol pula cuba membuat satu tendangan ala flying kick kearah Sahak. Tetapi Dolah lebih cepat menepis lalu membuat tumbokkan pancung kedada Rasol menyebabkan dia tersasar lalu tersandar diperdu rumpun pisang. Dua lagi rakan Samsul tidak berani bertindak bila melihat Zamri dan Latip merapati mereka. Tumin mengait kaki Amin lalu tersungkur tetapi melompat bangun semula. Dia dengan segera membuat tumbokkan ala tinju menyebabkan Tumin rebah lagi. Amin dengan segera mengikat tangan serta kaki Tumin dengan kemas. Sementara itu Rasol bangun semula dan cuba menyerang Dolah dengan membuat pukulan gaya karate. Namun dengan mudah dipatahkan olih Dolah sehinggakan Rasol kepenatan lalu rebah. Dengan pantas Amin menghulurkan pelepah pisang untuk dibuat tali kepada Dolah. Dengan mengilas tangan kebelakang Dolah pun mengikat Rasol. Samsul masih lagi cuba menyerang Sahak kiri dan kanan dengan penumbok. Namun Sahak cuma bertahan sambil mengelak dengan gaya sila lincah yang dipelajarinya. Setiap pukulan Samsul tidak langsung mengena. Bila mendapat peluang lalu Sahak menumbuk secara padu kedada Samsul lalu membuatnya rebah. Cepat cepat Amin mengikat tangan dan kaki Samsul. Kedua lagi rakan Samsul menyerah tampa berlawan. Mereka juga diikat dengan kemas lalu dilonggokkan diperdu pohon pisang.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 3, 2005 8:07:12 GMT -5
Zamri mendekati Samsul lalu duduk mencangkung, "Hei Samsul! Sekarang bagaimana?". Dolah pula menyampok," Yalah.....sekarang baru kau tahu. Selama ni kau ingat kami ni pengecut! Hmmm.......baru puas hati aku!". "Samsul....aku rasa baik kau berterus terang. Mengaku aja kau yang menceroboh masuk kat bangsal tu, betulkan!" saranan Sahak. "Hei Sahak.....kau jangan nak tuduh sembarangan tau! Apa bukti yang kau ada?" bentak Samsul masih tidak mahu mengaku kesalahan yang telah dilakukan. Latip mendekati Samsul lalu berkata," Ishh......dalam keadaan macam ni pun kau tak mahu mengaku Samsul!". Zamri merasa geram lalu menampar muka Samsul," Samsul....Samsul! Kau lupa ye! Tu hah dalam genggaman Sahak tu adalah dompet kau. Kami semua bolih katakan yang dompet tu kami jumpa dalam bangsal tu". "Tip.....udah tu! Kau pun nak jadi macam mereka ke! Mengambil kesempatan keatas orang yang tak melawan!" Dolah memarahi Latip. "Aku bukan apa Dolah.....geram sangat dengan perangai mereka ni semua....kalau ikutkan hati aku belasah aja biar sampai pengsan!" Latip melepaskan geram. "Aku pun marah gak pada mereka ni....tapi kita mesti tunjukkan yang kita ada hati perut......ada belas ehsan. Bukan macam mereka ni semua!" Sahak menyampok lalu menarik Latip menjauhi Samsul dan rakan rakannya. "Biar aku ajar dia Hak supaya mengaku!" Amri pula bersuara. "Jangan....kita jangan gunakan kekerasan" Sahak melarang tidak setuju. "Ok...ok Hak! Aku mengaku! Tolong lepaskan aku!" tiba tiba Samsul merayu. "Apa? Lepaskan kau? Jangan mimpilah Samsul!" Dolah mengherdik. "Hei Samsul....kau ingat senang senang aja kami nak lepaskan kau. Apa kau dah lupa apa yang telah kau lakukan?" Zamri memarahi Samsul. "Ish....kalu ikutkan hati aku belasah lagi!" Zamri mengeluarkan kemarahan. "Hei Dolah...mentang mentanglah kami dah kena ikat, kau nak ambil kesempatan! Cubalah kau lepaskan aku kalau berani!" Tumin bersuara dengan nada marah. Dolah meluru cuba mendekati Tumin tapi cepat cepat ditarik olih Zamri.
"Oh kau kata ambil kesempatan ya! Abis tu selama ini kau bebas kenapa tak tunjukkan handal kau tu. Tadi hah.....waktu sebelum diikat tak pulak kau ambil kesempatan tu...... piraaahhhhh!" Amin menyampok. "Hei bahalol! Apa kau ingat selama ni kami berdiam tu kami takut ke? Sorilah beb...kau salah orang. Kami ni ada otak...bolih fikir mana yang baik dan tak baik. Bukan macam kau tu!" Latip bersuara tinggi. "Sahak....aku minta maaf. Aku janji tak buat lagi! Tolonglah lepaskan aku!" Samsul merayu lagi. "Maaf Samsul! Dah terlalu banyak aku bersabar selama ni. Kali ni kesabaran aku dah hilang. Kau tunggu sekejap lagi. Ayah aku dan Tok Penghulu akan sampai serta dengan polis. Biar pihak polis aja ambil tindakkan keatas kau dan rakan rakan kau" Sahak menjawab tegas. "Hak...aku sembah kau. Aku akan turut semua syarat kau asalkan kau lepaskan aku" rayu Samsul lagi. "Opppsss.......nanti dulu! Sepatutnya kau sembah Allah....bukannya aku!" Sahak mencelah dengan cepat. "Hak.....kau ambil semula Kalsom. Aku akan putuskan pertunangan aku dengan dia. Aku rayu pada kau Hak!" Samsul masih mencuba. "Tengok tu.....apalah punya manusia kau ni Samsul. Sanggup kau tukarkan diri kau dengan Kalsom...orang yang tak berdosa. Langsung tak ada kena mengena dalam hal ni?" Sahak berkata. "Yalah Samsul.....apa jenis spises kau ni? Binatang pun ada belas ehsan kasih sayang tau. Mempertahankan apa yang dimiliki. Ni kau pulak nak jadikan galang ganti" Latip menambah. "Ishhhh.....mana pulak Pak Akop dan Tok Penghulu ni. Lambat sangatlah. Aku takut pulak aku nanti hilang sabar dengan kerenah mereka ni semua!" Sahak bersuara sambil memerhatikan kearah jalan masuk kesitu. Tidak kelihatan pun bayangan ayahnya dan Tok Penghulu. "Hmmm....apa kata sementara kita menunggu ni kita bagi dia orang ni makan kenduri penumbok kita" Zamri menyarankan. "Dah...dah Zamri....kau jangan pulak nak jadi gengster...gantikan mereka ni" Sahak melarang.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 8, 2005 7:30:15 GMT -5
Tidak lama kemudian kelihatan beberapa orang berjalan menuju ketempat Sahak dan rakan rakannya berkumpul. Juga kelihatan beberapa orang berunifom mengekori dibelakang. "Asalamualaikum" sapa Tok Penghulu bila mendekati kumpulan Sahak itu. "Wa'alaikumusalam Tok!" balas Sahak dan rakan rakannya yang lain serentak. "Kenapa lambat sangat Tok?" soal Zamri tiba tiba. "Maaflah kalian.....Ni tadi tunggu Sarjan Murad. Tulah buat lambat!" terang Pak Akop. "Oh gitu......ingatkan Tok pergi makan kenduri" sambut Dolah pula. Mereka yang lain tertawa mendengar kata kata itu. "Ishhhh....kau Dolah. Makan aja yang kau ingat. Apa dah tak ada perkara lain lagi ke dalam kepala hotak kau tu?" jerkah Tok Penghulu. "Hei Dolah.....kenduri apa pagi pagi ni?" sambung pula Pak Akop. "Yalah Pak Akop! Kita orang ni dah kelaparan menunggu. Banyak tenaga dah abis tadi" sahut lagi Dolah. "Maaflah kalian. Tadi saya kena keIPD hantarkan laporan. Tu yang buat lambat sikit" Sarjan Murad meminta maaf. "Ishhhh....kita selesaikan dulu perkara ni. Lepas tu pergilah kau orang makan sepuas puasnya!" jawab Pak Akop. "Sarjan...nilah orangnya. Yang lain tu pengikut setianya" Tok Penghulu berkata kepada Sarjan Murad sambil menuding jari kearah Samsul dan rakan rakannya yang masih terikat. "Oh....nilah samseng kampong ni. Hmmm....baru aku kenal rupa mereka. Muka bolih tahan tapi perangai burok!" Sarjan Murad bersuara sambil memandang setiap muka yang terikat itu. Sambil memandang pula kearah Sahak, Sarjan Murad pun berkata, " Terima kasihlah kalian. Kau orang dah dapat menangkap orang yang memang dicari olih pihak polis. Buat pengetahuan kamu semua mereka ni memang dalam pemerhatian pihak polis. Bagus juga dah tertangkap ni".
"Eh betul ke Jan yang mereka ni semua dalam pemerhatian polis" soal Sahak. "Yalah...apa kesalahan yang dah mereka lakukan?" tambah Latip. "Mereka ni semua d**ehendakki polis atas kesalahan yang melibatkan dadah" terang Sarjan Murad. "Oh gitu. Patutlah mereka semua ni bergaya. Mampu beli motor berkuasa tinggi. Ingatkan dari hasil yang baik. Rupanya dari sumber dadah" Pak Akop menggelengkan kepala bila mengetahui perkara itu. "Sebenarnya aku dah syak dari dulu lagi Hak! Tapi tak ada bukti. Ada beberapa rakan aku beri tahu tentang hal ni" terang Zamri pula. "Kopral Husin! Gari tangan mereka semua dan bawa kebalai untuk soal siasat!" perintah Sarjan Murad kepada Kopral Husin. "Baik Jan!" Kopral Husin menjawab lalu menjalankan tugasnya. "Sahak...kau dan rakan rakan yang lain nanti datang kebalai. Kami nak ambil keterangan dari kamu semua!" pinta Sarjan Murad. "Baik Jan....petang nanti kami semua akan kebalai!" janji Sahak. "Baiklah semua....kami nak balik kebalai semula. Tok dan Pak Akop....kami minta diri. Asalamualaikum!" Sarjan Murad berkata lalu meninggalkan tempat itu. "Wa'alaikumusalam!" serentak mereka yang tinggal menjawab sambil memerhatikan Sarjan Murad melangkah pergi. Tok Penghulu menepok bahu Sahak," Bagus Hak! Kau dan rakan rakan kau dah berjaya membantu pihak polis membasmi jenayah. Kalaulah semua anak muda kampong ni macam kau orang semua....alangkah baiknya!" Tok Penghulu memuji.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 10, 2005 7:38:26 GMT -5
"Hai Tok! Tak kan puji aja.......tak ada apa apa ganjaran ke untuk kami ni?" soal Dolah tersenyum. "Ish kau ni Dolah......tak habis habis. Hadiah le.....makan le....entah apa apa lagi!" rungut Pak Akob. "Yalah Pak Akop! Kan tadi Tok kata kami semua ni dah berjasa. Selalunya orang yang dah berjasa diberi ganjaran!" sampok pula Latip. "Betul tu.....beri pingat ke! Atau sekurang kurangnya belanja kami semua ni makan ke" sambung Dolah pula. Mereka yang lain tertawa mendengar kata kata Dolah. "Baiklah Dolah. Esok aku beri kau sesuatu. Nak bagi kau pingat aku tak ada kuasa. Tapi aku beri kau yang dekat dekat macam tu.!" Tok Penghulu menjawab. "Eh...betul ke ni Tok? Hmmm.....apa bendanya?" soal Dolah dengan cepat. "Esok aku beri kau orang semua makan pengat pisang!" jawab Tok Penghulu. "Hah.....tu betul! Pingat dengan pengat kan ke dekat dekat bunyinya!" sampok Pak Akop. Berderai lagi ketawa mereka. "Hishhh....apalah Tok ni! Kedekut betul. Ada ke nak beri kami semua pengat pisang aja. Kalau setakat pengat tu hari hari saya bolih makan kat warong Pak Busu!" keciwa Dolah mendengar kata kata Tok Penghulu tu. "Lah Dolah.....dah kau nak sangat tadi! Tok Penghulu tak bolih beri pingat...pengat pun jadilah" Zamri pula menyampok. "Ha'ah.......kau makanlah puas puas Dolah.....sodap tu!" Sahak pula berseloroh. Sekali lagi mereka semua tertawa.
Berita mengenai Samsul ditangkap pihak polis heboh diserata kampong. Sekejap aja berita sensasi ini tersebar luas. Setiap masyarakat kampong itu dari yang kecil hingga yang dewasa sibuk memperkatakan akan hal Samsul itu. Pak Hasan dan Mak Siti tak terkata apa bila mengetahui akan peristiwa ini. Sungguh mereka merasa malu pada masyarakat kampong itu. Mereka dengan segera menemui Tok Penghulu dan Sahak meminta maaf akan perbuatan anak mereka itu. Sungguh mereka tak menyangka bahawa Samsul akan melakukan perkara begitu. "Tok....Hak.....aku nak minta maaf. Aku benar minta maaf ni akan perbuatan Samsul tu" Pak Hasan bersuara demi bertemu saja Sahak dirumah Tok Penghulu. "Sungguh aku tak sangka dia melakukan perbuatan terkutuk tu! Kalau aku tahu aku cincang lumat dia. Anak tak tahu diuntung!" bentak Pak Hasan marah. "Yalah Hak! Mak Iti pun nak minta maaf pada kau. Mak Iti sungguh malu dengan perbuatan Samsul tu" Mak Iti mengeluarkan keluhan sambil menitis air mata. "Sudahlah tu Pak Hasan...Mak Iti. Pak Hasan berdua tak bersalah dalam hal ni. Samsul yang melakukan kesalahan dan biarlah dia menerima hukuman!" Sahak memujuk. "Ya betul tu San...Siti. Kau oarng berdua tak bersalah dalam hal ni. Kenapa pulak nak minta maaf!" sambut Tok Penghulu. "Yalah...biarlah dia terima hukumannya. Baru dia rasa bagaimana duduk dalam penjara. Dia yang buat salah! Nantilah....bila dia balik nanti aku ajar cukup cukup anak keparat tu!" Pak Hasan masih marah.
|
|