|
Post by Kelipkelip on Jun 11, 2005 21:56:54 GMT -5
Petang esoknya kelihatan Mak Lijah dan Pak Mamat bertandang kerumah Mak Munah dan Pak Ludin bagi menunaikan Hajat Mak Tom dan Pak Akob. "Asalamualaikum!" Pak Mamat memberikan salam bila sampai kemuka pintu. "Wa'alaikumusalam!" jawab Mak Munah menjengah keluar, "Oh kau Mamat! Lijah! Naiklah!" Pak Mamat dan Mak Lijah naik keserambi. Mak Lijah menghulurkan tangan bersalam dengan Mak Munah. "Hah! Kau Mamat! Lijah pun ada?" sapa Pak Ludin bila keluar keserambi. "Dudoklah!" pelawa Mak Munah pula. "Apa hajat ni tetiba muncul?" soal Pak Ludin sambil dudok disebelah Mak Munah. "Begini Ludin, Munah!, Pak Mamat membuka bicara satelah dudok. "Jelatang bukan sebarang jelatang.......Diisi air hingga sejat.........Datang bukan sebarang datang.......Datang penuh dengan hajat" Pak Mamat berpantun sebagai pembuka hajat. "Ehh.....ni sampai berpantun ni........kena jawab ke?" soal Pak Ludin. Semua mereka tergelak. "Eh bangnya.....tak kan kita tak balas.....malu nanti.....kena balas bang!" Mak Munah menyampok. "Hmmm baiklah....Gulai tempoyak anak ikan........Petang hari bawa kepekan.......Apa hajat sila terangkan.......Kalau dapat kami tunaikan!" Pak Ludin membalas pantun Pak Mamat tadi. "Hah.......pandai juga kau berpantun Ludin!" Mak Lijah mencelah. "Yalah macam kita muda muda dulu........ketika keramaian majlis persandingan anak Tok Ketua!" sampuk Mak Munah pula. Sekali lagi mereka tergelak. "Begini.......... Mengalir lembut air dikali.........berkocak air disambar toman.........Hajat dihati besar sekali.........Hendak menyunting bunga ditaman" Mak Lijah pula berpantun. "Eh......setahu aku kau tak ada anak lelaki Lijah! Mamat! Untok sapa pulak kau wakil ni?" bertanya Mak Munah. "Yalah......mana kau ada anak teruna yang kau nak jodohkan?" soal pula Pak Ludin. "Ehhh...... bukan untok kamilah.......untok anak sedara kami. Kami ni mewakili Akob dan Tom!" terang Pak Mamat. Dikala itu keluar Kalsom dengan membawa air minuman dan sepiring kueh lalu dihidangkan diatas meja. "Sunggoh manis dan sopannya Som ni.......Munah. Beruntung sapa yang dapat memperisterikan dia!" kata Mak Lijah sambii memandang kearah Mak Munah. "Apa kabar Mak Lijah! Pak Mamat?" sapa Kalsom lalu bersalam dengan mereka berdua. "Baik Som!" pendek aja jawab Mak Lijah. Kalsom terus aja masuk kedalam sambil membawa dulang kosong. "Oh kau bawa hajat Tom dan Akob" sahut Pak Ludin. "Ya kami bawa hajat mereka nak menyunting Som. Nak dijodohkan dengan Sahak anak remaja mereka tu. Tu pun kalau belum dipetik orang" Pak Mamat berterus terang. "Hmm....buat masa ni belum lagi ada orang datang merisik siSom tu.." Pak Ludin berkata. "Tapi.....Som tu kecil lagi......Masak nasi pun hangit" celah Mak Munah, " takut pulak nak kami lepaskan!" "Ish...kecil apanya tu Munah........Som tu dah besar panjang. Apa yang nak ditunggu lagi?" sampok Mak Lijah. "Beginilah Lijah....Mamat! Biar kami bincang dulu" sahut pula Pak Ludin. "Yalah......bagus begitu. Tapi sampai bila tempohnya tu?" soal pulak Pak Mamat. "Berilah kami tempoh barang dua minggu. Nanti kami berikan jawapan" Mak Munah memberikan jawapan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jul 9, 2005 7:35:00 GMT -5
"Baiklah Ludin.......kami terimalah permintaan untok tempoh dua minggu tu. Tapi kami berharap benarlah agar kau dapat terima permintaan kami ni!" Balas Pak Mamat. "Eh cakap cakap juga! Minumlah air tu. Dah sejuk pulak!" celah Mak Tom. "Yalah Tom....kami minum ni" balas pula Mak Lijah. "Kalau gitu kami minta diri dulu Ludin....Munah!" kata Pak Mamat satelah menghirup air yang dihidangkan. "Yalah.....Mamat....." jawab Pak Ludin pendek. Satelah bersalam Pak Mamat dan Mak Lijah pun melangkah turun lalu meninggalkan rumah itu. Mereka berdua terus saja menuju rumah Pak Akob dan Mak Tom. Sesampai disana mereka terus menerangkan segala butiran apa yang telah berlaku.
Pada sebelah malam pula Pak Hassan dan Mak Siti, iatu ibu bapa Samsul pula bertandang kerumah Pak Ludin dan Mak Munah. "Asalamualaikum Ludin! Munah!" seru Pak Hassan bila sampai didepan rumah. "Senyap aja bang!" bisik Mak Siti pada suaminya, Pak Hassan. "Tunggulah! Ada tu. Cuba pula awak beri salam!" saranan Pak Hassan pula. "Asalamualaikum Munah! Oh Munah!" teriak Mak Siti. "Wa'alaikumusalam! Sapa tu" satu suara menjawab dari dalam rumah. Tiba tiba satu muka menjeguk keluar. "Oh kau Siti! Eh abang Hassan pun ada! Jemputlah naik!" pelawa Mak Munah. "Mana Ludin....Munah! Tak nampak pun?" soal Pak Hassan sambil naik keserambi dengan diikuti Mak Siti. "Ada bang Hassan...kat dalam tu. Baru aja selesai solat. Apa kabar kau Siti? Lama aku tak nampak kau?" soal ak Munah sambil menyambut tangan Mak Siti untok bersalam. "Bang! Oh bang! Ni hah.......Abang Hasaan dengan Siti datang ni!" laung Mak Munah. Pak Ludin segera keluar mendapatkan mereka diserambi. "Hah kau Hassan.......apa kabar? Lama tak nampak kau kat surau!" sapa Pak Ludin sambil bersalam dengan Pak Hassan. "Yalah.....Ludin........kami ni barau aja balik dari KL. Pergi ziarah rumah baru Samsul tu. Asyik bising aja mintak kami datang" balas Pak Hassan. "Oh gitu.....patutlah lama tak nampak" sampok pula Mak Munah.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 8, 2005 7:59:31 GMT -5
Tiba tiba Kalsom terpacul keluar sambil menatang sebuah dulang yang berisi sebuah teko dan empat biji cawan serta sepiring biskut. Satelah meletakkan diatas meja, dia terus bersalam dengan Mak Siti. "Apa kabar Mak Siti?" sapa Kalsom. "Hmmm....baik aja Som. Kau pulak macam mana?" balas Mak Siti. "Alhamdulillah.......sihat aja Mak Siti. Hmmm Mak Siti dan Pak Hasaan berbuallah....Som nak kedapur!" kata Kalsom lalu meninggalkan mereka meneruskan perbualan. "Hah.....apa hajat kau orang berdua ni datang?" soal Pak Ludin. "Begini bang Ludin, Munah! Kami berdua datang ni bawa hajat anak bujang kami tu" Mak Siti membuka bicara. "Dia suruh kami datang merisik bunga yang ditaman tu.......kalau kalau masih belum berpunya. Hajat dihati nak menyunting.....jadikan anak menantu kami" terang Mak Siti. "Ohhh.........tu hajatnya! Hmmmm....buat masa ni belum berpunya lagi tapi....." sambut Pak Ludin. "Ya.......Belum berpunya lagi!" sampok Mak Munah memotong cakap suaminya. "Kalau kau berdua berhajat baguslah......Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan..." sambung Mak Munah. Pak Ludin terpegun. Dia memandang kearah muka Mak Munah dengan muka yang masam.....tapi terpaksa tersenyum didepan tetamu. "Ehh....bagus benarlah kalu macam tu. Jadi minggu depan kami akan hantar rombongan peminangan" jawab Mak Siti. "Hah.....agaknya berapa hantarannya tu bang Ludin! Munah!" soal Mak Siti lagi. "Som tu lah satunya anak kami yang tinggal. Dialah racun....dialah penawar " sambut Mak Munah pula. "Yalah.....yang tu kami tahulah Munah.....tapi cuba kau letakkan harganya. Kalau sesuai kami terima" sahut Pak Hassan pula. "Kau lah saja letakkan harganya Siti!" usul Mak Munah. "Beginilah Bang Ludin....Munah! Apa kata kalau kami letak Rm5,000.00 serba satu! Kau setuju ke?" soal Mak Siti.
Mak Munah tersenyum lebar sambil memandang suaminya Pak Ludin. Pak Ludin menarik muka masam tapi masih terselindung dari pengetahuan tetamu mereka. "Kami setuju benar.....agaknya bila pulak majlis persandingan nak kita langsungkan?" soal Pak Hassan. "Yang tu nanti kita putuskan dalam majlis pertunangan" saran Mak Munah pula. "Ishhh.....molek benarlah tu Munah.....aku setuju. Tapi aku harap janganlah lama lama.....makluma ajalah zaman sekarang ni!" balas Mak Siti. "Ehhh....cakap cakap juga...jemputlah minum air tu. Dah sejuk pulak!" kata Pak Ludin sambil menghirup air yang tewrhidang didepannya. "yalah Ludin....nampaknya berbesanlah kita nanti yer!" sampok pula Pak Hassan. "Sambil tu Siti....aku nak tahu juga. Apa kerja siSamsul tu?" soal Mak Munah tiba tiba. "Oh.....bagus kerjanya....pegawai disebuah bank diKL tu. Rumah yang dia dudok sekarang tu dah dibelinya" jawab pula Mak Siti. "Ya.....bertuah anak kami tu.....sejuk aku mengandungkan dia dulu. Apa taknya.....dapat suami kerja bank, tentu senang hidup dia nanti" balas Mak Munah. "Ya Munah....pendek kata senang lenang dia tu nanti....tinggal kat KL lagi!" jawab Mak Siti sambil menepuk peha Mak Munah. Mereka semua tertawa. "Hmmm....nampaknya hajat kami dah kesampaian. Kami mintak diri dulu Ludin, Munah!" kata Pak Hasan sambil berdiri. "Ya tak ya jugak....dah lama kami kat sini. Jadi aku mintak diri dululah Munah" kata Mak Siti sambil bangun dari duduk. Pak Hasan juga turut bangun. Selepas bersalaman kedua tetamu itu pun menuruni tangga. Mak Munah dan Pak Ludin cuma berdiri diatas serambi sambil memrhatikan mereka. "Asalamualaikum!" kata Pak Hassan dan disambut olih Pak Ludin," Wa'alaikumusalam".
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 9, 2005 7:43:42 GMT -5
"Apa nak jadi dengan awak ni Munah?" soal Pak Ludin sebaik saja kedua tetamu beredar. "Jadi apa pulak ni bang?" Balas Mak Munah keheranan, "Kita nak terima menantu......kan ke baik tu!". "Yalah.......yang itu aku tahulah. Terima menantu tu memanglah baik. Tapi....cuba awak fikir! Petang tadi Mamat dan Lijah juga datang merisik. Tapi awak mintak tempoh untuk berikan jawapan. Ni.....bila Siti dan Hasan datang....awak terus aja terima. Baik apa namanya tu?" Pak Ludin bersyarah panjang. Pak Ludin dudok sambil memandang tepat muka Mak Munah. "Sebenarnya bang......saya tak sukakan siSahak tu. Sebab tu saya mintak tempoh sebagai alasan aja. Ni....tetiba.....ada orang lain yang berkenan dan saya suka........jadi saya terimalah!" balas Mak Munah mempertahankan keputusan yang telah diambil. "Ish....awak Munah.....kenapa pulak awak tak sukakan Sahak tu. Aku tengok baik orangnya. Sopan santun serta hormat orang tua. Lagi pun......warak juga orangnya. Apa yang tak kena dia tu pada awak?" soal lagi Pak Ludin tidak puas hati. "Memang.....dia tu budak baik. Pandai hormat orang tua juga warak. Tapi......dia cuma kerja kampong. Tu yang saya tak suka!" hujah Mak Munah. "Lah......tu aja! Apa pulak salahnya kalu kerja kampong? Aku sendiri pun kerja kampong!" bertubi soalan demi soalan keluar dari mulut Pak Ludin. "Cuba awak fikir bang......ada kelulusan tinggi......apa orang kata degri.......dari unibersiti....tapi apa gunanya. Kalau takat nak kerja kampong tak yah gi belajar tinggi tinggi....buat abis duit aja. Awak tu tak ada pun lulus sekolah tinggi.....takat darjah tiga aja....patutlah kerja kampong" masih lagi Mak Munah bertahan. "Tu betullah.....aku mana ada kelulusan tinggi. Tapi dia tu lain....buat kerja kampong secara tersusun....orang kata komersal! Siap dengan laporan dan kertas kerja. Tuan DO pun selalu datang lihat. Apa lagi pegawai dari Jabatan Pertanian tu.......Jabatan Belia!" balas Pak Ludin," Modal projek dia beribu ringgit dan hasil jugak beribu ringgit. Dia kerjakan ladang....aku cuma kerjakan dusun....mana sama!". "Ahhhh......yang pentingnya bang.......saya nak anak menantu saya kerja makan gaji. Terjamin masa depan.....ada pencen bila dah tua. Lagi pun Samsul tu kerja Pegawai bank......awak tak suka ke?" jawab Mak Munah. "Yalah.....aku memanglah suka dan mengharapkan anak menantu aku ada kerja yang bagus bagus. Anak kita akan hidup senang lenang. Tapi kita ni dah tak jujor. Tak amanah dan tak pegang pada janji. Tu yang aku tak gemar." gerutu Pak Ludin," Patutnya kita mintak tempoh dulu pada Siti dan Hasan. Kita patut berikan jawapan pada Akob dan Tom dulu. Lepas tu barulah kita bolih terima pinangan Hasan dan Siti. Mana nanti saya nak letakkan muka!". "Yang tu abang tak perlu bimbang. Tahulah saya nanti nak selesaikan" janji Mak Munah. "Suka hati awaklah Munah......Malas dah saya nak nasihatkan awak! Tapi kalau timbul masaalah nanti.....jangan pulak awak salahkan saya!" balas Pak Ludin lalu bangun dan terus masuk kedalam. Mak Munah cuma memandang suaminya berlalu. Dia tersenyum dan dalam otaknya telah pun tersusun langkah yang akan diambil.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 10, 2005 7:59:40 GMT -5
Esoknya merupakan hari memetik hasil dari ladang limau. Sahak dan rakan rakannya yang lain sejak awal pagi lagi telah berada diladang. Disamping mereka kelihatan beberapa anak remaja bersekolah yang kebetulan bercuti penggal kedua. Mereka mengambil kesempatan mencari sedikit wang saku. Satelah memberikan sedikit taklimat maka kesemua anak muda tadi bergerak menuju kearah pokok pokok limau bagi memulakan proses memetik. Dari satau pokok kesatu pokok mereka bergerak sambil memetik buah buah limau yang keperangan. Satelah penuh sebakul mereka pun memikul lalu dibawa kedepan bangsal. Disitu pula ada sekumpulan anak anak gadis yang bertanggung jawab memilih serta mengasingkan buah buah limau mengikut saiznya. Sungguh meriah sekali mereka bekerja sambil bergurau diantara satu sama lain. Kerja yang berat akan menjadi ringan dengan semangat kerjasama sebegitu sambil deraian ketawa kedengaran disana sini. Sahak pula sibuk bergerak dari satu tempat kesatu tempat sambil mengawasi kerja kerja yang dijalankan supaya tidak timbul sebarang masa'alah. Satelah berpuas hati Sahak balik semula kebangsal untuk merekodkan jumlah timbangan setiap bakul yang berisi buah buah limau.
Diwaktu tengah hari mereka semua berhenti rihat sambil menunggu makanan yang dihantar olih Mak Tom sampai. Sambil duduk menanti mereka berbual kosong. Berbagai cerita yang kedengaran dan diikuti gelak ketawa bila ada yang melucukan. Apabila terlihat saja kelibat Mak Tom mereka berteriakan kerana kelaparan. "Apalah Mak Tom ni........ lambat sangat datang! Apa.....!Nak biarkan kami ni kebulor ke?" gurau Latip. "Yalah Mak Tom.......perut saya ni...hah....dah berkeroncong minta diisi!" balas pula Amin. "Kau orang ni.......pasal makan...tak bolih lambat sikit" gerutu Mak Tom, "Asal lambat sikit nak komplen!". "Habis tu...Mak Tom...nak biarkan kami ni mati kebulor ke?" sampok pula Dolah yang memang terkenal dengan kuat makan. "Ehhh.......tak kanlah Mak Tom sekejam tu! Tak sampai hati Mak Tom nak biarkan kau orang semua mati kebulor!" jawab Mak Tom. "Hah...tengok tu.......sayang juga Mak Tom ni pada kami ya?" Amin pula mencelah. "Hai Amin! Baru sekarang ni kau tahu yang Mak Tom tu sayang kau semua?" soal pula Pak Akop sambil menghulurkan bungkusan nasi campor kepada setiap mereka yang berada disitu. "Ishhh.....sedapnya masakan Mak Tom! Kalau macam ni saya nak jadi anak menantu Mak Tom lah!" kata Dolah memecahkan kesunyian. "Tulah Dolah....yang buat aku sayang Mak tom kau ni!" sampok pula Pak Akob. Mereka semua tergelak dengan gurauan tu. "Hah....dah mulalah tu. Hmmm....tak ingin aku nak bermenantukan kau Dolah......kuat makan aja" jawab Mak Tom sambil tersenyum. Sekali lagi berderai gelak ketawa mereka disitu. Sungguh meriah bagaikan sebuah pesta.
"Hai bos! Senyap aja!" soal Latip memandang Sahak.Sahak cuma tersenyum. "Yelah.....orang nak naik pelamim le katakan!" usik Amin pula. "Wah....tak lama lagi dapatlah kita semua makan nasi minyak Pak Akob" balas Dolah pula. "Hoi.....hoi.....jangan lebih lebih yer! Nanti tak pasal pasal penuh mulut tu dengan limau" gerutu Sahak. "Alah........kan ke tu perkara benar......apa yang nak kau sorokkan Sahak?" soal Amin pula. "Pak Akob.....agak agaknyalah......berapa ekor nak menumbang?" soal Latip pula. Pak Akob cuma tersenyum" Ish.....perkara belum tentu lagi....nak buat apa difikirkan sangat. Tunggu dulu......kalau dah sah dan betul dudoknya perkara barulah bolih fikirkan bab menumbang ni!". "Yalah.....kau orang ni sibok sibok kenapa? Sabarlah.....kalau dah betul jadinya bolihlah kita bincangkan lebih mendalam lagi" sampok Sahak pula. Habis saja makan mereka semua solat Zohor berjamaah dengan berimamkan Pak Akob. Selesai mengerjakan solat mereka semua menyambung kembali proses memetik buah limau lagi. Girang dan gembira sambil diselangi gelak ketawa disana sini bila diusik olih rakan rakan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 11, 2005 7:54:25 GMT -5
Menjelang jam 4 petang kelihatan sebuah lori masuk menuju kearah ladang limau itu. Satelah dekat lalu berhenti betul betul dihadapan bangsal. Kelihatan turun seorang anak muda menuju kearah Sahak. "Hai Sahak! Apa khabar?" dia menyapa ramah. "Hah......dah sampai pun kau Zamri!" jawab Sahak lalu menghulurkan tangan berjabat salam. "Aku baik aja Zam.....kau pulak macam mana?" soal Sahak pula. "Hmm.....macam ni lah Hak.....tak lebih dan tak kurang. Sekarang ni aku selalu hantar barang keluar daerah. " jawab Zamri. "Err...apa betul Hak.....aku dengar Samsul ada buat kacau kat sini tempoh hari?" soal Zamri sambil dudok disebuah bangku. Sahak menghulurkan sekotak air lalu dudok dihadapan Zamri. "Eh mana kau tahu Zam?" soal pula Sahak. "Lah.....Hak! Kampong kita ni bukannya besar sangat macam KL tu. Apa pun yang berlaku cepat aja tersebar diseluruh kampong. Apa yang nak kau herankan!" terang Zamri. "Ha'ah.....betul tu Zam. Entah apa angin tetiba aja dia datang kat sini. Siap bawak geng lagi" jawab Sahak memberikan penjelasan. "His....tak habis habis lagi perangai Samsul tu. Dari kecil sampai dah dewasa ni masih lagi dengan perangai samseng tu.......tak berubah langsung" gerutu Zamri. "Hak......kau perlu berhati hati dengan mereka tu...terutama sekali Tumin. Kau bukan tak tahu perangai dia tu.....panas baran tak bertempat!" nasihat Zamri pada Sahak. "Terima kasih Zam....atas nasihat kau tu. Insya'alah aku akan berhati hati." jawab Sahak dengan penuh keyakinan. "Apa.....dah habis ke buah limau tu dipetik...Hak?" soal Zamri lalu berdiri. "Kejap lagi habislah tu.......ni tunggu yang dibahagian baruh ladang ni. Yang lain tu dah pun dimasukkan kedalam bakul dan diikat dengan kuat supaya tidak jatuh nanti. Berat setiap bakul ada tertulis ditepi bakul tu!" terang Sahak. "Wah...........banyak juga hasilnya ladang kau ni! Aku rasa kena buat tiga trip ni untuk dibawa kegudang Persatuan Peladang tu. Berapa bakul yang dah ada ni?" soal Zamri lagi sambil memandang Sahak. "Setakat yang dibawah pokok rambutan tu ada 150 bakul. Tak tahu pulak yang dibelakang tu ada berapa bakul lagi. Tapi jangkaan adalah lebih kurang 300 bakul ni!" jawab Sahak sambil berjalan menuju kepokok rambutan itu. Zamri mengekori dari belakang. Zamri mengambil sebiji limau dari dalam bakul lalu disiat kulitnya dan dimasukan seulas limau kedalam mulutnya. "Hmmm......manisnya buah ni Hak! Mana kau dapat benihnya?" soal Zamri sambil terus memakan limau yang masih dalam tangannya.
Habis aja limau ditangan Zamri mengambil sebiji lagi limau dari bakul dihadapannya. "Benihnya akau dapat dari Jabatan Pertanian. Ni limau jenis baru. Aku dijadikan perintis olih Jabatan Pertanian untok mencuba benih ni" terang Sahak sambil tersenyum. "Ohhh....gitu! Apa namanya limau ni?" soal lagi Zamri. "Harum madu" jawab Sahak pendek. "Yerlah Hak.....kena dengan namanya, memang sesuai betul! Eh..Hak...aku rasa baik kita naikan bakul bakul ni keatas lori. Hari dah petang ni. Aku takut nanti terlewat pulak aku hantar kat gudang tu." pinta Zamri. "Yerlah Zam...nanti aku suruh budak budak tu naikkan" Sahak menjawab lalu meninggalkan Zamri mendapatkan Dolah. "Dolah! Tolong naikkan bakul bakul tu keatas lori. Hari dah petang ni" Sahak bersuara sebaik saja mendekati Dolah. "Baik boss!" Dolah menjawab pendek. Dengan bantuan dari beberapa rakan yang lain Dolah pun mula menaikan bakul bakul limau itu. Zamri menunggu diatas lori lalu menolak kehadapan supaya tersusun dengan kemas. Satu demi satu bakul dinaikan. Apabila selesai Zamri pun turun mendapatkan Sahak. Disitu dia menandatangani sebuah buku sebagai bukti menerima bakul bakul yang berisi dengan buah limau. Selesai aja dia terus memandu keluar menuju kebandar untuk dihantarkan kegudang Persatuan Peladang.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 12, 2005 8:07:17 GMT -5
Pada sebelah malamnya Mak Munah dan Pak Ludin bertandang kerumah Pak Akob. "Asalamualaikum! Tom!oh Tom!" Mak munah memberi salam setiba didepan rumah. Mak Tom menjengah keluar sambil menjawab salam "Wa'alaikumusalam........sapa tu?". "Akulah Tom......Munah!" jawab Mak Munah pendek. "Ohhh.....kau MUnah.....Eh Ludin pun ada! Hah...jemputlah naik!" pelawa Mak Tom menyambut tetamunya. Pak Ludin mengikut Mak MUnah naik keserambi. Sampai dimuka pintu Mak Munah segera bersalam dengan Mak Tom. "Dudoklah" pelawa Mak Tom kepada kedua tetamu. "Akob mana Tom?" soal Pak Ludin bila melihat Pak Akob tak muncul. "Hmmm....mana lagi Din....disuraulah.....kejap lagi baliklah dia" terang Mak Tom," Jun! Oh Jun! Tolong buatkan air nak....ni ada tetamu!" jerit Mak Tom kepada anaknya Junainah. "Baik mak!" sahut Junainah dari dalam. "Hmmm.....apa halnya kau berdua datang ni?" soal Mak Tom. "Nantilah Tom.....kita tunggu Pak Akob dulu!" balas Pak Ludin perlahan. Mak Tom berkerut muka. Dia merasakan sesuatu yang tak menyenangkan. Sebentar kemudian Junainah keluar membawa minuman. Satelah meletakkan diatas meja dia terus bersalam dengan Mak Munah. Selesai bersalam dia masuk semula kedalam. "Asalamualaikum!" tetiba kedengaran suara Pak Akob memberikan salam dari bawah. Mak Tom bangun menuju muka pintu menyambut suaminya naik. "Oh ada tetamu rupanya.......Dah lama sampai Din...Munah?" sapa ramah Pak Akob sambil bersalam dengan Pak Ludin. "Hah......baru aja Kob....kopi pun belum sempat diminum" jawab Pak Ludin. "Munah.....apa bendanya yang nak kau sampaikan tadi? Tadi kata tunggu Abang Akob balik. Ni hah......dia pun dah balik" Mak Tom bersuara bila suaminya telah dudok disebelah. Pak Akob memandang muka isterinya, kemudian memandang muka Pak Ludin dan Mak Munah. "Eh.......ada perkara yang nak dibincangkan ke?" soal Pak Akob penuh tanda tanya. Pak Ludin memandang tepat kemuka Mak Munah sambil memberikan isyarat supaya mulakan. "Macam ni Tom....Akob. Ni mengenai rombongan perminangan yang kau hantar tempoh hari tu" Mak Munah memulakan bicara. "Ya Akob.....Tom! Mengenai perminangan kau tu terhadap anak perempuan kami" Pak Ludin menambah. Mak Tom memandang muka Pak Akob dan begitu sebaliknya. "Kami minta maaflah Tom....Akob! Tak dapat kami nak terima pinangan tu. Bukan kami tak sudi berbesankan kau tapi........" Pak Ludin tak dapat nak meneruskan. "Yalah.......Tom....Akab. Sebenarnya Hasan dan Siti dah dulu masuk meminang dan kami dah terima. Hari Ahad ni majlis pertunangan nak diadakan!" sambung Mak Munah. "Tapi......kenapa tak kau berikan jawapan hari tu Munah? Sebaliknya kau minta tempoh!" sampuk Mak Tom tak berpuas hati. "Kami tak mahu kecilkan hati kau pada hari tu...sebab tu kami minta tempoh" alasan diberikan olih Mak Munah. "Kami benar benar minta maaf. Kami memang nak berbesankan kau Tom.....tapi apa nak buat. Dah tak ada jodoh" tambah Pak Ludin pula. "Yalah.....dah tak ada jodoh....apa nak dikatakan....!" sahut Mak Tom. "Kalu gitu kami minta diri dulu" kata Mak Munah ingin cepat cepat meninggalkan rumah itu. Dia merasa serba salah juga dengan sindiran Mak Tom tadi. Mak Munah bangun lalu bersalam dengan Mak Tom. "Akob! Kami balik dulu!" kata Pak Ludin lembut sambil bangun dan bersalam dengan Pak Akob. "Yalah" pendek aja jawapan Pak Akob sambil berdiri menyambut tangan Pak Ludin.
"Saya betul tak fahamlah bang!" kata Mak Tom sebaik saja tetamu beredar. "Apa bendanya tu?" soal Pak Akob sambil dudok semula keatas kerusi. "Tu hah. Pasal peminangan kita tu" jawab Mak Tom. "Hmmmm....dah oarang tak sudi, nak diapakan!" sahut Pak Akob. "Yerlah.....kalau ye pun dah ada orang yang dulu masuk meminang....beri tahu aja le pada Lijah dan Mamat pada hari tu. Ni tak......dia mintak tempoh pulak. Tup...tup malam ni dia datang beri tahu dah ada orang lebih dulu masuk meminang dan dah diterima. Tak pelik ke tu?" hujah Mak Tom panjang lebar. "Ishh.....apa yang nak dipelikan Tom.....dah dia tolak peminangan kita tu.......terima ajalah!" pujuk Pak Akob. "Saya rasalah bang....Munah tu sengaja nak menyakitkan hati kita. Betul jugak kata Sahak tempoh hari yang Munah tak sukakan dia" Mak Tom masih tidak berpuas hati. "Ishhhh......bawak mengucap Tom. Tak baik kita menuduh tak tentu pasal. Kita terima ajalah perkara ni. Tak elok kita bermasam muka....tuduh menuduh. Sabar ajalah" pujuk Pak Akob, "Takkanlah kita nak suruh mereka batalkan majlis tu pulak!" "Ehhh.....bang. Taklah sampai kesitu. Saya cuma tak puas hati cara mereka buat kita macam ni. Macam nak menyindir aja cara Munah tu" jawab Mak Tom. "Udahler tu.......Tak payah kita nak panjangkan lagi. Tak perlu kita nak peningkan kepala mengenai mereka tu. Kita cari aja orang lain. Kat kampong ni banyak lagi anak dara yang ada" sambut Pak Akob lalu bangun masuk kedalam. Mak Tom pun turut bangun mengikuti suaminya kedalam.
|
|
along
New Member
smile always..........
Posts: 48
|
Post by along on Aug 13, 2005 2:25:17 GMT -5
posting semuanya kisah ini boleh tak ? best la.......tak sabar2 nak baca semuanya............
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 13, 2005 4:49:07 GMT -5
posting semuanya kisah ini boleh tak ? best la.......tak sabar2 nak baca semuanya............ Terima kasih kerana kesudian utk membaca siri ni......tapi bersabar.......tunggu sehingga akhirnya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 13, 2005 7:54:07 GMT -5
Penerimaan Sahak berlainan. Bagaikan sebuah tamparan maha hebat singgah dimuka. Tak dijangka Mak Munah akan bersikap sebegitu sekali. Dia termenung panjang. Berfikir. Namun jauh disudut hatinya dia pasrah. "Jodoh tak ada nak buat cam mana" pujuk hatinya. Tiba tiba talipon bimbitnya berbunyi. Satu pesanan ringkas. Sahak membacanya. "Abang! Bolih kita jumpa. Esok jam 4 petang ditempat biasa" tulisan ini terpapar. Taliponnya berbunyi lagi selepas habis membaca pesanan ringkas itu. "Hello!" Sahak menjawab. "Hello Sahak! Saya En. Hashim ni" satu suara kedengaran. "Oh.....En. Hashim! Apa khabar?" soal Sahak. "Alhamdulillah.......sihat aja. Begini Hak! Jualan limau tu sungguh menggalakkan. Kesemua bekalan yang awak hantar habis. Dan kita dapat satu pesanan lagi. Tapi kali ni mereka nak ekspot keJepun. Bagaimana? Awak berminat ke?" En Hashim memberitahu. "Eh...En. Hashim....ni peluang baik. Tentulah saya berminat!" jawab Sahak. "Hmm...baguslah. Tapi mampu ke awak bekalkan secara berterusan. Mereka perlukan banyak juga!" tambah En. Hashim. "Berapa banyak tu En. Hashim?" soal Sahak dengan penuh minat. "Pada peringkat permulaan mereka perlukan sekitar 1300 kilo seminggu. Dan angka ni akan meningkat dari masa kesemasa. Begini.....saya berikan tempoh seminggu. Awak talipon saya semula hujung minggu depan" En. Hashim memberikan jalan. "Baiklah En. Hashim. Nanti saya berikan kata putus. Hujung minggu depan saya akan talipon En. Hashim. Terima kasih!" balas Sahak. "Baiklah Hak.....saya berharap awak dapat bekalkan. Ni peluang baik. Saya tunggu panggilan dari awak. Oklah....asalamualaikum!" En. Hashim menamatkan perbincangan. "Ya En. Hashim....terima kasih dan wa'alaikumusalam!" jawab Sahak. Keceriaan muka Sahak terpancar sedikit menghilangkan kegusaran yang menjelma awal tadi. "Hmmmm.....ni peluang yang baik ni!" bisik hati kecil Sahak.
Esoknya Sahak memanggil satu perbincangan tergempar. Kesemua rakan konginya dipanggil sama untuk berbincang mengenai perkembangan terbaru itu. Dolah, Amin, Latib, Zamri, Pak Akob dan beberapa orang yang lain juga turut serta dalam perbincangan itu. "Saudara sekelian! Ini lapuran mengenai projek kita untuk bulan ni" Sahak memulakan perbincangan. "Jumlah perbelanjaan kita ialah Rm 9,380.00. Hasil Jualan limau sebanyak Rm 18,743.80. Hasil jualan ternakkan pula ialah Rm 75,321.21. Pembayaran pada pekerja sebanyak Rm15,771.00. Untung kasar kita satelah ditolak semua perbelanjaan yang disebut tadi ialah Rm 68914.01. Masih ada lagi beberapa bayaran yang perlu dilakukan dan jangkaan untung bersih nanti ialah Rm 40,000.00" Sahak membentangkan penyata kewangan. "Wah.......banyak juga tu! Nampaknya bertambah lagilah saham kita kat projek ni" sampok Dolah yang memang suka berseloroh.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 13, 2005 22:33:40 GMT -5
Semua yang berada disitu tertawa terbahak bahak. "Memang betul tu Dolah! Hmmm.......bolihlah kau gi meminang anak Cikgu Sopian tu.....ye!" balas pula Latip. "Yalah Tip......tak payah lagi dia gi makan kat kedai Pak Busu lagi. Jawabnya kuranglah satu pelanggan tetap Pak Busu tu. Kesian Pak Busu!" tambah pula Amin. Ketawa berderai lagi. "Hoi....Amin! Dolah! Kesitu pulak!" marah Dolah. "Dah....dah....jangan nak bergaduh!" sampok pula Pak Akob. "Eh....Pak Akob! Mana pulak kita ni bergaduh. Kan ke kami ni sedang berbalas pantun.....betul tak Dolah.....Amin!" sahut Latip. Ketawa lagi. "Sudahlah tu.....aku tak abis lagi ni!" celah Sahak pula. "Sori boss!" sampok Dolah sepontan. "Ok.....ni ada satu perkara lagi. Semalam En. Hashim ada talipon. Dia beritahu ada potensi kita nak lebarkan pasaran keluar negara" Sahak menyambong. "Hah.....kemana tu Hak? Kezoo negara ke? Kestadium Negara ke?" tiba tiba Dolah bersuara lagi. Ketawa tercetus lagi. "Ishhh....kau Dolah.........Apa tu aja yang kau tahu?" sampok pula Amin. "Yerlah! Yang tu aja aku tahu yang ada negara! Abis apa pulak!" jawab Dolah. "Hmmmm.....Dolah! Dolah! Yang En. Hashim maksudkan nak hantar kenegara Jepun!" terang Sahak. "Hah....cakap le betul betul. Aku manalah tahu!" balas Dolah lagi. "Dah Dolah.....kalu macam ni sampai petang pun tak abis. Asyik dengan bebal kau tu!" Pak Akob pula mencelah. "Harga yang ditawarkan memang tinggi. Jadi Dia syorkan kita besarkan lagi projek limau kita ni. Lagi pun musim berbuah adalah dekat dan pendek. Jadi kita bolih bekalkan secara berterusan" sambung Sahak lagi. "Eh Hak....tu dah cukup baik! Tapi ladang yang kita usahakan ni tak cukup menampung permintaan macam tu" usul Zamri pula.
"Betul tu Zamri. Ni yang nak kita bincangkan. Minggu lepas ada aku jumpa Tok Penghulu bincangkan mengenai projek ni. Dia setuju supaya kita luaskan lagi. Pihak Belia pulak dah setuju nak sediakan kertas kerja untuk kita dalam projek ni" jawab Sahak. "Hak! Tu tak menjawab cara kita nak luaskan projek ni. Tu cuma secara teori aja. Macam mana secara praktikalnya" soal Amin. "Eh....teori? Praktikal? Apa ke bendanya tu?" tiba tiba Dolah bertanya. "Dolah......teori tu maksudnya cakap aja.....praktikal tu kita lakukan! Faham?" Pak Akob menerangkan. "Hah Dolah....kau tengok. Pak Akob pun faham. Apalah kau ni!" sampok Latip. "Oh....mana ler aku faham.....Aku tak sekolah tinggi!" balas Dolah. "Yang tu kita tak perlu bimbang! Tok Penghulu dah berikan kebenaran supaya gunakan tanah dia yang disebelah tapak projek kita ni. Luas tanah tu lebih kurang 5 hektar. Sambil tu dia syorkan supaya projek ni ditawarkan kepada semua orang kampong ni" tambah Sahak lagi. "Eh...kita nak ambil semua orang kampong sebagai pemegang saham ke?" soal Zamri. "Oh...Zam! Bukan macam tu. Tok Penghulu akan minta semua pendudok kampong tukar tanaman kepada limau. Kita akan bekalkan benihnya secara kredit. Bila dah keluarkan hasil kita beli dari mereka. Dari situ kita akan tolak kredit benih tu secara bulanan. Dengan cara ini kita akan dapat bekalan buah limau ni secara berterusan disamping bekalan dari ladang kita sendiri" Sahak memberikan penjelasan. Semua yang hadir menganggukkan kepala bagaikan burung terkukur, tanda bersetuju dengan saranan dari Sahak itu. "Wah Hak! Bergeliga betullah otak kau! Kalau bolih aku nak ambil buat batu cincin!" Dolah mencelah. Semua yang berada disitu tergelak besar. "Kau ni Dolah.......kalau tak ada sunyilah....macam bilik mayat aja!" Amin pula menyampok. "Hak....tentang benihnya pulak macam mana?" soal Latip ingin kepastian. "Tentang benih pula tak perlu risaukan! En. Hashim ada berikan jaminan yang pihak Jabatan Pertanian akan berikan keutamaan pada kita. Sekarang ni mereka ada bekalan yang mencukupi bagi menampung keperluan kita. Benih limau yang sama jenis!" jawab Sahak, " Lagipun mereka sekarang sedang mencuba satu benih jenis baru yang lebih baik dari limau yang kita tanam. Benih ni akan diberikan percuma pada kita untuk percubaan! Kalu berjaya barulah mereka akan pasarkan." "Hmmm....kalu macam tu dah beres le perbincangan kita ni!" usul Dolah. "Eh tak lagi Dolah! Jadi aku nak dapatkan persetujuan dari semua pemegang saham untuk melaksanakan projek ni. Bagaimana semua?" jawab Shak. "Wei...Hak! Ni perkara baik. Perkara untuk membangunkan lagi projek kita ni. Dengan ini akan memambahkan saham dan juga pendapatan kita semua. Dah tentulah kami setuju" saranan dari Amin. "Betul tu Hak.....aku pun setuju!" sampok pula Dolah. "Kami semua setuju Hak!" sahut mereka yang lain. "Baiklah...kalu semua dah setuju nanti aku akan edarkan surat untuk ditanda tangani" jelas Sahak lagi.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 14, 2005 1:56:16 GMT -5
"Nampaknya Hak....semuanya dah kau atur. Tak perlu lagi nak kami susah susah fikirkan. Apa yang perlu sekarang ialah kami tanda tangani surat persetujuan dan menyumbangkan tenaga!" Zamri bersuara. "Hei! Cakap.....cakap juga. Ni dah tengah hari ni. Jom.....kita pergi makan! Perut aku dah main keroncong ni!" saranan Dolah tiba tiba. "Dolah! Dolah!Kau ni tak abis abis dengan keroncong kau tu. Kenapa tak pulak kau masuk pertandingan nyanyi lagu keroncong kat radio tu? Aku rasalah....kalau kau masuk.....dah tentu kau menang tempat pertama. Siap pecahkan rekod lagi...Penyanyi pertama melagukan lagu keroncong melalui perutnya!" usik Amin. Lagi sekali berderai ketawa mereka yang berada disitu. "Kau ni Min......tak bolih tengok aku bersuara. Bila aku bersuara aja kau menyampok. Kau ni macamlah burung terkukur aku tu!" balas pula Dolah. "Dah.....udah tu! Tak usah kau orang berdua nak bertekak pulak!" Pak Akob bersuara. "Ehhh Pak Akob! kami ni bukan bertekaklah. Sebenarnya kami ni sedang berbalas pantun. Lagu dondang sayang!" Dolah beseloroh lagi, "Kalu tak percaya....tanya Amin tu!" "Hah.....banyak ler kau orang punya dondang sayang!" sampok pula Latip. "Oklah......mari kita pergi kedai Pak Busu!" Sahak pula bersuara. "Ok boss! Tu no hal punyer! Tapi boss belanjalah!" Latip menyampok. "Ok! Ok! Aku yang belanja. Tapi tang bayar tu kau orang minta pada Latip!" Sahak pula berseloroh. Yang lain tergelak. "Eh boss! Mana bolih! Tak aci ni!" bentak Latip. "Hah Tip......kau nak aci? Tu hah......kau pergi rumah Muthu. Disana tentu ada aci....kau ambillah!" usik Amin pula. Tergelak lagi.
Begitulah keadaan kumpulan anak muda ini. Bila berkumpul begini akan berlaku usik mengusik serta gurau senda. Tetapi semangat setiakawan sentiasa tersemat dalam jiwa mereka. Setiap usikan atau gurauan tidak disimpan didalam hati. Tidak ada perasaan dendam antara mereka. Mereka sentiasa bersatu. Yang berat sama dipikul. Yang ringan sama dijinjing. Kegunung sama didaki....kelurah sama dituruni. Mereka memang akrab sejak zaman kanak kanak lagi. Mereka sama sama membesar dikampong itu. Mengenali hati budi setiap seorang. Dan Sahak dianggap ketua kerana sifat kepimpinan yang sedia ada sejak dibangku sekolah lagi. Sahaklah tempat mereka meminta pendapat dan saranan. Projek yang mereka kerjakan adalah hasil ilham Sahak juga. Dengan meyertai projek begitu mereka dapat menghindari diri dari terjebak kekancah yang tidak sihat. Sambil itu mereka dapat berdikari dengan hasil yang lumayan juga. Setiap mereka mempunyai saham dalam projek itu. Ini menjamin masa depan mereka. Walau pun bukan bekerja makan gaji tapi mereka dapat juga hasil yang lumayan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 14, 2005 8:12:59 GMT -5
Kesemua mereka menuju kewarong Pak Busu. Dari jauh lagi Pak Busu sudah menegur mereka dengan ramah. "Asalamualaikum kalian! Jemput duduk!" sapa Pak Busu. Pak Busu memang senang dengan kumpulan anak muda ini. Pak Busu memang mengenali mereka sejak dari kecil dan memahami perangai setiap orang dari mereka. "Akob! Kau nak minum apa?" soal Pak Busu pada Pak Akob. Mereka berdua memang berkawan baik sejak zaman kanak kanak lagi. Mereka sama sama membesar dikampong itu. "Aku...biasalah Busu! Teh tarik kurang manis gelas besar" sahut Pak Akob. "Kami punya pun macam biasa Pak Busu!" teriak Amin. "Ok siap!" balas Pak Busu. "Tapi Pak Busu! Dolah tu berikan sirap getah sekerap gelas besar!" Amin menambah lagi. Gelak besar yang lain mendengarnya. "Hah! Betul ke Dolah?" Pak Busu buat buat terperanjat. "Apa ni Min! Kau nak cepat aku gol ke?" Dolah mencelah. "Alah Dolah.....kau tu bukan takat getah sekerap, kayu getah pun kau bedal!" tambah pula Zamri. Sekali lagi berderai mereka yang ada dekat warung itu tertawa. "Hah yer! Banyak le kau punya getah Zamri! Apa kau ingat aku ni anai anai ke...makan pokok kayu!" marah Dolah. "Dah..dah tu! Hah kau orang nak makan, ambil sediri tau! Tak terlayan aku ni" beritahu Pak Busu. "Alah...Pak Busu jangan risaulah......Kita orang nanti buat macam rumah sendiri!" balas Dolah pada Pak Busu. "Kalu dah rumah sendiri.....tak perlu bayarlah Pak Busu!" sampok pula Zamri. "Ha'ah......yerlah tu, bagus Zamri. Kalu kau nak makan free tiap tiap hari kau tukar je nama kau tu! Zamri bin Busu. Habis cerita" sahut Latip pula. Usik mengusik dan gurau senda memang kelaziman mereka. Hidup mereka bagaikan tiada masa'alah bila bergurau begitu. "Pak Busu! Kalau ambil sendiri, macam mana nak kira nanti?" soal Amin tiba tiba. "Lah...tu tak susah Amin! Pak Busu nanti kira borong aja" sampok Pak Busu. "Aik Busu! Makan pun bolih kira borong ke?" soal Pak Akob pula. "Ni zaman serba canggih Akob. Makan pun bolih kira borong. Lagi senang kira!" terang Pak Busu. "Wah! Kalau kawin bolih kira borong...kan ke bagus!" tiba tiba Dolah mencelah. Sekali kali bergema ketawa dalam warung itu. "Woi kawan! Mana punya amalan yang kau dah bawak ni? Ada ke kahwin pun nak kira borong! Apa....kau ingat anak dara orang tu macam anak ayam ke...main borong aja!" sampok Latip tidak setuju dengan kata kata dari Dolah tadi. "Tip...kau jangan salah faham. Aku cakap kalau bolih. Tak bolih tak apalah!" selamba aja Dolah menjawab. "Jawabnya Dolah.....tak kahwinlah kau. Asyik nak tunggu zaman kahwin borong ni" usik pula Zamri. "Helo Zam! Apa kau ingat muka aku ni tak laku ke? Sekali aku siul, sepuluh anak dara datang tau!" balas Dolah pula."Hah...yerlah. Kalau yang datang tu baru nak tumbuh pagar...nak buat apa!" tambah Zamri lagi. Tergelak lagi mereka yang berada disitu. Riuh rendah jadinya.
"Hak! Macam mana dengan projek yang kau jalankan tu?" soal Pak Busu pada Sahak. "Bagus Pak Busu. Ni pun kita baru binacng nak tambah lagi!" sampok Latip. "Alo fren! Kau tu Sahak ke?" Dolah menyoal Latip. "Ooopps sori boss! Terlalu suka sampai lupa pulak sapa boss" balas Latip tersenyum memandang Sahak. "Boss! Potong gaji dia bulan depan. Lepas tu berikan pada aku!" Dolah mencelah. "Hoi Dolah! Boss tak kata apa...kau pulak yang lebih" Latip bersuara. "Yalah kau Dolah! Lebeh kuah dari sudu pulak" Amin menambah. Dolah cuma tersenyum dengan muka selamba. "Pak Busu! Mari kira ni. Berapa semua?" Sahak memanggil Pak Busu. "Pak Busu! Apa tak bolih masuk buku aja ke?" usik Dolah. "Apa Dolah? Kau nak masuk buku? Hah mari sini. Mari aku tenyehkan muka kau dalam buku tu!" Amin menjawab. Yang lain tergelak mendengar kata kata Amin tadi. "Terima Kasih semua. Datang lagi!" kata Pak Busu satelah menerima bayaran dari Sahak. "Pak Busu...kalu makan free, hari hari aku bolih datang!" seloroh Dolah lagi. "Hah..yerlah tu Dolah. Nanti aku masakkan sup terompah. Kau datanglah makan nanti ye!" Pak Busu pula berjenaka. "His Pak Busu! Adake tu yang nak suruh aku makan. Kalau sakit nanti macam mana? Aku ada insuran tau...nanti akau saman Pak Busu!" Dolah menjawab. "Hah...banyak le kau punya insuran Dolah. Cuba kau cakap. Insuran apa yang kau ada?" soal Pak Akob pula. "Tu...insuran motor. Kan ke bila nak ambil rodtax mesti ada insuran!" terang Dolah dengan penuh keyakinan. "Tu insuran tengkorak kau Dolah!" marah Pak Akob. "Apalah kau Dolah. Punyalah benaknya. Tu insuran untuk motor aja. Kalau kau sakit, tak dibayarnya" terang Zamri. "Oh...tak bolih ya! Lah...aku ingatkan bolih ambil kalu sakit. Rupanya tak bolih. Manalah aku tahu!" selamba aja Dolah menjawab.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Aug 15, 2005 7:51:02 GMT -5
"Kau orang semua teruskan kerja kat ladang tu. Ada urusan yang nak aku bereskan. Tip....kau uruskan disana ya!" Sahak bersuara sambil memandang Latip. "Tanggung beres boss.....bisa diatur!" jawab Latip. "Hah kamu semua! Petang ni aku boss! Jadi jangan melawan cakap boss......tau!" kata Latip kepada rakan rakan yang lain. "Tip.....bolih tolong tak? Bolih belah lah! Macam ni boss ke? Alamat nanti limau kemana...kerja kemana....kau pun kemana" bantah Amin. "Hah Tip....kalau kau nak jadi boss senang aja. Kau belanja aku makan setiap hari. Aku akan sokong kau jadi boss" Dolah mencelah. "Sudah tu! Asyik bergurau aja....bila kerja nak siap?" Pak Akob mula berleter. "Hah...dengar tu. Pegurus besar dah bising! Jom kita teruskan kerja" Zamri memberikan saranan. "Ayah....kalau En. Zahid datang berikan surat yang ada dalam laci tu ya!" pinta Sahak lalu meninggalkan mereka. Pak Akob cuma melihat aja Sahak berlalu dari situ. Kesemua mereka berjalan menuju keladang untuk menyambung kerja.
Sahak terus balik kerumah untuk mandi dan bersalin pakaian. Dia kemudian memandu keretanya keluar kampong. Bila sampai disimpang empat dia membelok kekiri lalu menuju kearah pantai. Dia berhenti lalu meletakkan keretanya dibawah pokok. Dia keluar lalu memerhatikan sekeliling. Matanya tertumpu kesebuah kereta bewarna putih yang terletak tidak jauh dari situ. Sahak lalu menguncikan kereta dan berjalan menuju kesebuah restoren yang terletak dibetul ditepi pantai. Sampai direstoren dia terus menuju kemeja dipenjuru kiri restoren itu. Kelihatan seorang anak gadis sedang duduk tenang. Gadis itu merenung jauh kelaut lepas. Sahak mendekati gadis itu lalu mengucapkan salam, "Asalamualaikum! Dah lama tunggu?" "Oh abang! Wa'alaikumusalam. Baru aja sampai!" jawab gadis itu. Sahak menarik kerusi lalu duduk dihadapan gadis itu. Dia memerhatikan raut muka hadis itu. Tiada keceriaan langsung. "Errr...Som dah order?" soal Sahak. "Lom lagi....sengaja tunggu abang sampai" jawab Kalsom pendek. "Bolih kita order sekarang?" soal Sahak lagi. Kalsom cuma menganggokkan kepala. Sahak melambai kearah seorang pelayan untuk memesan makanan dan minuman. "Berikan saya teh ais dan dan fresh oren" kata Sahak sebaik aja pelayan sampai dimeja mereka. "Som nak makan apa?" soal Sahak lagi sambil memandang tepat kemuka Kalsom. "Som tak naklah...tak ada selera nak makan" jawab Kalsom. Sambil berpaling kepada pelayan Sahak berkata" Cuma minum aja!". Pelayan itu tersenyum lalu meninggalkan mereka. "Som rasa abang tentu dah tahu" Kalsom memulakan bicara satelah pelayan beredar. Sahak cuma mengangguk kepala perlahan. "Habis.....macam tu aja ke?" soal Kalsom lagi. "Hmm....Som! Abang nak buat macam mana lagi" terang Sahak. "Jadi abang menyerah dengan begitu mudah" Kalsom menambah. "Abis tu......Som nak abang buat apa?" soal pula Sahak," Som bukan tak tahu yang mak Som tak sukakan abang sejak dari mula lagi. Ialah sejak abang memulakan projek perladangan tu"."Abang kan tahu yang mak Som nak menantu yang kerja makan gaji tambahan lagi kalau kerja jabatan kerajaan. Kenapa abang tak nak kerja makan gaji" hujah Kalsom. Sahak melepas pandang kelaut lepas. "Ya...yang tu abang tahulah! Tapi jiwa abang lebih tenteram dengan kerja sendiri ni" balas Sahak," Abang memang tak minat kerja makan gaji." "Jadi....abang sukalah supaya Som kahwin dengan Samsul tu?" Kalsom menyergah. "Bukan gitu maksud abang! Memanglah abang tak suka hal tu berlaku. Tapi pinangan dari dia dah diterima olih keluarga Som. Majlis pertunangan pun akan diadakan pada hujung minggu ni" terang Sahak. "Masa dah suntuk tau bang! Cuma tinggal tiga hari aja lagi sebelum Som menjadi tunangan rasmi Samsul. Apa abang dah tak sayangkan Som lagi?" Kalsom mendesak.
|
|
along
New Member
smile always..........
Posts: 48
|
Post by along on Aug 17, 2005 22:53:44 GMT -5
mana siri seterusnya ??/
tak sabar2 nak baca ;D ;D ;D
|
|