|
Post by Kelipkelip on Feb 20, 2006 7:22:30 GMT -5
Seandainya ibubapa mu marah kepada mu kerana kesilapan yang dilakukan mu, maka marahnya ibubapa mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 20, 2006 7:25:45 GMT -5
Jauhkan diri mu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu bolih menjadikan diri mu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 20, 2006 7:28:25 GMT -5
Selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 20, 2006 7:31:45 GMT -5
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamun hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 20, 2006 7:33:42 GMT -5
Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar atau besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 20, 2006 7:35:49 GMT -5
Janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya diri mu saja yang layak menjadi utusan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 20, 2006 7:37:53 GMT -5
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 20, 2006 7:41:32 GMT -5
Bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang yang meninggal dunia atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang yang meninggal, sebab ianya akan mengingatkan mu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan diri mu kepada kesenangan duniawi sahaja.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 20, 2006 7:43:58 GMT -5
Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baik nya bila makanan itu diberikan kepada binatang sahaja.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 21, 2006 7:27:15 GMT -5
Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 21, 2006 7:29:26 GMT -5
Makanlah makanan mu bersama dengan orang orang yang taqwa dan musyawarahlah urusan mu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari mereka.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 21, 2006 7:32:37 GMT -5
Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka satelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahnya
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 21, 2006 7:35:49 GMT -5
Bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolihlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 21, 2006 7:38:19 GMT -5
Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasa mu serta manis wajah mu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya sesaorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 21, 2006 7:40:29 GMT -5
Bila engkau berteman, tempatkanlah diri mu padanya sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu dari mu.
|
|