|
Post by Kelipkelip on Feb 21, 2006 7:42:36 GMT -5
Jadikanlah diri mu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada diri mu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 21, 2006 7:44:53 GMT -5
Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang lucu, janganlah engkau berjalan tampa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri mu, janganlah mensia-siakan harta mu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 3, 2006 19:32:51 GMT -5
Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicara mu mendatangkan manafaat bagi orang lain.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 3, 2006 19:38:17 GMT -5
Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 3, 2006 19:41:11 GMT -5
Bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 3, 2006 19:45:45 GMT -5
Ambillah harta dunia sekadar keperluan mu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhirat mu. Jangan engkau tendang dunia ini keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan jadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 12, 2006 9:04:44 GMT -5
Manusia yang bongkak adalah seperti lilin, dia bolih menyala dengan megah tetapi suatu hari ia akan padam jua. Ingatlah kita semua mahluk ciptaan Allah.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 12, 2006 9:06:54 GMT -5
Usia tidak akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan olih kita mintalah keampunan dengan bertaubat.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 14, 2006 8:20:38 GMT -5
Berjanji hendaklah lambat, menepati janji hendaklah cepat, kerana memungkiri janji adalah sifat orang yang munafik.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 14, 2006 8:22:09 GMT -5
Semangat kita sendiri ialah ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 16, 2006 9:12:19 GMT -5
Ketenangan hati dan ketenteraman jiwa jauh lebih berharga dari pangkat dan kekayaan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 18, 2006 8:17:24 GMT -5
Anda boleh melupakan trajedi yang menimpa anda tetapi anda tidak boleh melupakan sesaorang yang telah membantu anda.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 18, 2006 8:19:18 GMT -5
Bersikap sopan pada semua orang, rapat dengan beberapa orang, berkawan dengan yang satu dan jangan bermusoh walau seorang.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 22, 2006 7:55:28 GMT -5
Anda bolih hidup tampa sahabat tetapi anda tidak bolih hidup tampa jiran tetangga, hormatilah hak dan adab terhadap jiran anda.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Mar 22, 2006 7:57:48 GMT -5
Manusia yang tidak mempunyai kesabaran ibarat lampu tampa minyak, kerana sabar itu separuh dari iman.
|
|