|
Kisaran
May 1, 2005 10:24:07 GMT -5
Post by BisikanSukma on May 1, 2005 10:24:07 GMT -5
Tidak seindah gemalai tari irama dan lagu Gemersik lambaian angin di intipada syahdu Hanya ada berupa suara tidak berharmonis Yang merusak pada setiap majlis keramaian
Datangnya pada ketika yang tidak di undang Kehadiran yang tidak pernah di terima guna Yang mengalu-alukan pemergian selamanya Tiada tertinggal sebarang madah penyesalan
Tidak pernah terbayang untuk berdampingan Bersama dengan merak emas dari kayangan Yang bulu nya di canting oleh warna pelangi Tidak secarik helaian kasar di kisaran masa
Hendak di turuti jejak langkah pada hati Untuk meniti pada titian rantingan kayu Agar bersemadi bersamaNya di mayapada Beriringan dengan nafas-nafas angin bayu
Tidak sesekali untuk bermimpi di siang hari Sekiranya malam telah di jadikan bagi nya Ingin sekali menghilang diri pada adaNya Tetapi menjadi suratan laluan takdir Illahi
|
|