Post by ~nana~ on Apr 19, 2011 18:08:33 GMT -5
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di
bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eureka nostalgia
cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hydrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan
pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku
umpama Kurt Kobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan kita yang mendapat liputan meluas hingga ke Planet
Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur
sedang bersiap menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan Hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah
keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang
angkasa, apabila daya tarikan gravity terhadapku tiada lagi berfungsi
setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke
rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan
terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalaktit dan
stalakmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helicopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu
mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang
angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak
dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak
diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik
untuk mengisi masa lapang, Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam
peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku cuba
bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku
tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dah membelasah empat ekor
itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa saying? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah
kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga
kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit
dan dihimpit oleh gunii-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.
Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku
tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan
kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara
Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut
di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter
hingga hancur berkecai. Oh! Terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insane
biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman
atau Kesatria Baja hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau
idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di
tempat sendiri. Tak perlu d**esali lagi kerana nasi telah menjadi capati
dan tin sardin yang ku genggam ini telah luput tarikhnya.
Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk
enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, di sini, di atas pokok getah ini
aku tetap menunggu kau kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di
Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil
keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku
berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu. Nak tak?? ;D