Post by Kelipkelip on May 4, 2010 19:15:53 GMT -5
Pada bulan Disember tahun 2008 aku kePulau Pinang. Tujuan kesana adalah sebagai rombongan peminangan untok anak sedara aku. Kami berkomboi sebanyak 5 buah kereta dan tak seorang pun diantara kami tau akan jalan jalan diPP tu namum demi nak jaga maco wat pandai. Setelah tiba dipulau abang Amid talipon kawannya yang ada disana. Kami dipandu kearah tempat penginapan iaitu disatu komplek renang. Selesai buat pendaftaran kami pun masuk kebilik untuk mandi. Kawan abang Amid tadi ada beri tunjuk arah ketempat makan yang agak selesa. Setelah bersiap kami semua keluar untok makan. Aku cadangkan kat restoren mamak dekat depan tempat penginapan kami kerana kesemua kami dah penat tapi mereka yang lain tak mau. Abang Amid ajak ketempat yang telah diajarkan olih rakan dia tadi. Yang lain bersetuju dan aku pun turut setuju.Abang Amid memandu dihadapan diikuti olih Utih, Angah, Abang Saadon dan aku kereta terakhir. Mula tu belok kekiri lebih kurang 100 meter belok kekanan. Perjalanan lebih kurang 200 meter belok kekiri semula. Kami yang dibelakang mengikut aja kereta yang dihadapan sekali. Lepas 200 meter belok semula kekanan dan nampak sebuah restoren. Tapi kereta yang dihadapan masih meneruskan perjalanan. Mungkin ada restoran lain tu aku memberitau isteri aku. Dihadapan kemudian ternampak restoren KFC. Agaknya dia orang nak makan KFC aku beri tau isteri aku. Tapi tak berhenti sebaliknya pusing dan keluar semula kejalan besar. Aku jadi heran dan tertanya tanya mana tujuan Abang Amid ni. Tak lama lepas tu terlihat restoren MD. Lah dia orang nak makan kat MD lak aku merungut pada istei aku. Namun tak juga berhenti. Perjalanan masih gak diteruskan. Eh ni jalan yang kita ikut tadi waktu nak keluar aku beri tau isteri aku.
Tetiba aku lihat kereta yang lain semua berhenti. Aku pun berhenti gak lalu keluar tanya pada Abang Amid mana restoran tu. Dengan selamba dia menjawab." Abang Amid cuma menuntut tak tamat, cuma sampai lima selekoh ajer. Lepas pada tu tok guru pun letak jawatan". Kami semua tergelak bagi nak rak. Dah puas pusing kiri, pusing kanan, pusing kiri lagi, pusing kanan, last last balik kat tempat penginapan. Akhirnya makan gak kat restoren mamak kat situ aje.