|
Post by Kelipkelip on Jan 10, 2009 8:02:23 GMT -5
Manusia dewasa kini suka berprasangka Ada yang berprasangka baik Maupun yang tidak elok Mereka yang beribadah disangkanya riak Mereka yang relaks disangka malas Mereka yang berpakaian baru disangka menunjuk Mereka yang berpakaian buruk disangka hina Yang makan banyak disangka pelahap Yang makan sedikit disangka diet Orang yang baik disangka jahat Yang tersenyum disangka mengejek Yang bermasam muka disangka merajuk Yang bermuzakarah disangka mengumpat Yang berdiam diri disangka menyendiri Mereka yang menawan disangka memakai susuk Mereka yang ceria disangka berlebih lebih Tetapi manalah tahu................mungkin Yang berdiam itu sedang berzikir kepada Allah Yang tersenyum itu sedang bersedekah Yang masam itu sedang mengenang dosa yang lalu Yang menawan itu kerana bersih hati dan minda Yang ceria itu kerana cergas cerdasnya Jauhilah dari berperasangka Ianya bakal memusnahkan ukhwah Seperti musnahnya kayu dimakan api Satu benda yang kita lihat Bermacam kesimpulan yang bolih dibuat Ianya bergantung bagaimana Dan dari sudut mana kita melihat
|
|