Post by af1993 on Aug 15, 2006 4:32:08 GMT -5
[glow=red,2,300]Edisi KL : 'Saya mampu jaga anak'[/glow]
Oleh Norhadiani Baharom
KUALA LUMPUR: �Saya masih hidup dan mampu menjaga anak. Justeru, saya tidak memerlukan sesiapa untuk mengambil alih tugas saya sebagai ibu,� kata bekas isteri Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham.
Tengku Zawyah, 43, berkata demikian kerana terguris dengan Siti Nurhaliza yang pernah mengatakan kesanggupan menjaga semua anak hasil perkongsian hidup Datuk K dengan kerabat diraja itu selama 20 tahun.
Sehubungan itu, dia bersama tiga daripada empat anaknya berkemungkinan besar tidak berada di negara ini pada hari pertunangan dan pernikahan Datuk K dengan Siti, 21 Ogos dan persandingan mereka, 28 Ogos ini.
Menurutnya, rancangan untuk bercuti di Melbourne, Australia, bersama Mohamed Anas Zawawi, 19, Mohamed Adib, 16, dan Mohamed Aazief, 8, sudah dibuat sejak awal.
�Mungkin, Mohamed Asyraf, 14, seorang saja akan menghadiri majlis perkahwinan ayahnya,� katanya ditemui pada majlis pelancaran Kelab Warisan Wanita (Warista) di sini, semalam.
Tengku Zawyah berkata, kunjungannya ke negara kanggaru itu untuk menenangkan fikiran selepas kes tuntutan harta sepencarian antara dia dan Datuk K diselesaikan dengan baik pada 11 Ogos lalu.
Selain itu, dia mahu menghabiskan masa bersama anak sulungnya, Mohamed Anas yang belajar di Australia.
�Saya bukan bawa hati kerana Datuk sendiri sudah tahu hal ini. Lagipun, memang saya tidak mahu berada di sini sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung.
�Kami akan berangkat ke Australia pada 19 Ogos dan pulang semula ke tanah air pada 7 September,� katanya.
Tengku Zawyah turut mengakui hubungannhya dengan Datuk K masih baik sehingga sekarang.
�Saya lakukan semua ini demi anak. Walaupun sudah bercerai, anak saya tetap perlukan kehadiran ayah mereka. Saya tidak pernah paksa atau cuba mempengaruhi mereka, bahkan anak saya berhak dan bebas buat pilihan.
�Lagipun semuanya sudah diselesaikan secara baik. Saya terima qada dan qadar Tuhan dengan hati yang reda. Kehidupan saya juga lebih gembira sekarang,� katanya
Berdasarkan perkembangan sekarang, dia mengharapkan dapat menjalani hidup dengan penuh ceria dan sentiasa berdoa semoga Allah memberinya kekuatan, malah impiannya hanya untuk melihat anak-anak berjaya.
Tengku Zawyah juga menganggap dirinya bertuah kerana semua anaknya dapat menerima situasi yang dihadapinya dan bekas suami.
�Alhamdulillah,anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka sedia mendengar luahan hati dan berkongsi apa saja, lebih-lebih lagi anak sulung saya,� katanya.
Tengku Zawyah menjelaskan tindakannya mendiamkan diri selama ini kerana mahu menjaga hati anak selepas pelbagai cerita dan beberapa kenyataan Datuk K disiarkan media.
�Pada masa sama, saya tidak mahu anak melihat saya lemah. Bagi saya, biar orang guris hati saya tetapi saya tidak akan mengguris perasaan orang,� katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada 1986, namun berpisah secara rasmi pada 12 Mac 2005.
Mengenali Siti pada 2004, Tengku Zawyah turut menafikan Siti pernah memanggilnya �Mummy� manakala Datuk K, Daddy, sebagaimana dihebohkan.
�Dia (Siti) membahasakan saya sebagai Datin sementara bekas suami, sebagai Datuk. Kami berkenalan pada 2004 dan Siti antara kenalan rapat keluarga saya,� katanya.
Mengenai kontroversi gambar anak lelaki keduanya, Adib yang tersebar di internet bersama dua gadis jelita, Tengku Zawyah mengakui dia turut berada di tempat itu.
�Saya sendiri yang mengambil gambar mereka sempena sambutan Hari Ibu, baru-baru ini. Dua gadis yang dimaksudkan Eva dan Alissa, kawan baik anak saya.
�Sebenarnya ramai lagi kenalan kami berada di situ. Minuman yang dipegang anak saya bukan minuman keras, sebaliknya Magarita tanpa alkohol.
�Saya tidak mungkin membenarkan anak saya berbuat demikian (minum arak) kerana saya seorang yang tegas. Hisap rokok pun anak saya tidak pernah.
�Gambar itu tersebar kerana ada orang yang tidak bertanggungjawab mencurinya dari laman Friendster anak saya,� katanya yang sedih membaca buku,�Kalau Jodoh Tak Ke Mana, mengisahkan perkenalan Datuk K dengan Siti.