[shadow=purple,left,300]
maaaaa .... lom lagi
maaf terlalu panjang nih ..... pesanan dari email
A. Suami Teladan ialah:
- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan
laranganNya.
Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan
tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang
dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan
kepada isterinya.
- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi
isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut
dan bersopan santun.
- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan
isterinya,berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan
sebagainya.
- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak
mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap
isterinya.
- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin
rumahtangga.
Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-
ciri berikut iaitu:
1. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggupjawabnya
dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi
keperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli
keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara
hidup ahli keluarganya
B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri
1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah
C. Ciri-ciri Suami Teladan
- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah
Allah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan
isterinya.
1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala
perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar
kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan
yang memudaratkan
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita
lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia
akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan
kebahagiaan bersama.
2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah
SWT iaitu:
a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada
perkara-perkara haram dan syubhat
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-
sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek
g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-
nilai keperibadian muslim
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam
mentadbir rumahtangga
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.
D. Suami yang penuh sentuhan kasih
Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang
tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun
pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang
lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari
wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya
tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat
mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana
setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam
rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud
menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada
tempatnya.
2. Memberi pujian terhadap isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan
daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan
keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan
seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan
keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada
pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? " Pertanyaan ini bukan
bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan
keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan
itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.
3. Menentukan batas tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami
berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri
pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan
bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua
tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa
dan tempat.
4. Menghindari kritikan terhadap isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia
boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan
sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan
menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.
Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan
negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada
perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk
bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan
kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu
penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun
bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan
perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai
nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak
bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu
suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap
remeh terhadap kepentingan isteri.
6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu
bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup
dari suaminya.
Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk
bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.
7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan
tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan
setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu
menyelesaikan masalah isteri.
8. Memahami gelora jiwa isteri
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan
lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya,
maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat
membimbing hidupnya.
9. Membina kerjasama yang baik
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan
isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.
10. Memenuhi keperluan peribadi
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing
memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik
dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah
memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan
tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.
E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga
1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya,
menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi
pekerti mulia.
e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan
kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri
sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka.
4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang
berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki
bersifat :
- berani dan gagah perkasa
- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa
- kasar dan tamak
manakala wanita bersifat :
- lemah lembut
- pemalu
- mempunyai perasaan yang halus
- bersopan santun
- penyabar.
Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab
masing-masing.
5. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai
sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari
pengaruh luaran.
Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah
Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat
wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang
kepada hawa nafsu menguasainya.
b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia
Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain
Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati
isteri.
Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri.
Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam
rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai
yang baik seperti :
1. Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka
biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih
sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak
mempunyai masa terhadap pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita
sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan
biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.
6. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan
tanggungjawabnya
antaranya:
a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.
baca lah sebagai panduan
[/shadow]