|
Post by sharinda sukma on Jul 10, 2006 4:34:47 GMT -5
Hidup ini penuh dengan warna warni, tiada siapa yang dapat menentukan apa akan berlaku esok. hitam putih merah jingga pelabagai warna-warni mempengaruhi diri.
Hari ini taat mukgkin esok khianat Hari in sayang mungkin esok benci, Hari ini setia mungkin esok curang,
Hanya Allah sahaja yang tahu Mugkin kita tidak merancang untuk berlaku zalim Tapi kita sendiri telah leka dan lalai untuk patuh Akhirnyanya musihabah datang ke dalam hati Kita tahu kita salah tapi kita lakukan juga
Perkara yang paling malang yang kita amalkan kita sentiasa dalam kebohongan dan dusta kadang kadang kita menyangka ia sebahagian seni Seni hati yang menyerap halus ke senubari Sehingga kita tidak terasa kita telah berbuat dosa
Jiwa akan jadi tidak tenang rasa bersalah akan menghantui diri Tapi ia tidak akan berhenti selagi kita tidak menyedari tentang hakikat diri bahawa kita ini adalah apa yang kita sulam sendiri
kadang-kadang kita hilang rasa malu kadang-kadang kita hilang pertimbangan kadang-kadang kita lupa diri kadang-kadang kita rasa kita tak bersalah
kerana hati kita sudah tertutup kerana hati kita lari dari hidayah kerana kita lupa menoleh ke belakang kerana kita lupa bahawa esok ada hari perhitungan
Oleh itu Kembalilah kepada realiti Berpijaklah di bumi nyata Jangan lalai bermain rasa takut kita terjebak dengan dosa
|
|