|
Post by suarahati on Jan 16, 2006 3:47:09 GMT -5
maafkan aku, aku benar-benar keliru setelah kau tidak menjawab pertanyaanku. Aku sudah berjanji pada diri sendiri....andai pertanyaan ku tidak berjawab....maknanya aku perlu pergi. Mungkin kau menganggap bahawa pertanyaanku itu hanya gurauan.Tapi percayalah...itulah peluang yang kuberikan kepadamu....bukan menguji ....kerana aku pasti kasih dan sayangmu ikhlas...cuma aku kini telah mengambil keputusan akan begini...Aku tidak mengharap menunggumu...tapi aku masih seperti dulu...masih berpegang pada janji..
|
|
|
Post by suarahati on Jan 16, 2006 3:48:10 GMT -5
aku kembali lagi, meluahkan segalanya terbuku di hati. Sekian lama aku menyimpannya dengan baik dan hati-hati. Kutatang...kusiram...kubaja... Perjalanan yang kita lalui sudah terlalu jauh...sudah terlalu lama aku bersamamu. Tiap saat ketika aku teringatkanmu pasti kan kudengar suaramu. Saat aku suka ataupun duka.Pasti akan kau dengar tawa dan tangisanku. Kau sudah mengenali aku, sudah sampai ke dasar hatiku. Bagaikan daun dan tangkainya.Pabila daun gugur, tangkai akan tinggal sendirian. Daun juga pasti kesunyian.Kita hanya memandang antara satu dengan lain.Aku jatuh tersungkur menyembah bumi, kau tinggi tak terjangkau diriku. Sedangkan ketika itu kita saling memerlukan. Kita harus terima hakikat, meski kita tidak mahu dipisahkan, adakalanya perpisahan sementara itu perlu kita hadapi. Aku pergi tetapi kutinggalkan kasihku untukmu dan rindulah bukti segalanya kerana walau aku menyepi kau jua dalam hatiku.
|
|
|
Post by suarasumbang on Jan 16, 2006 4:15:56 GMT -5
janji pa ni...tak penah janji pun
|
|
|
Post by suarahati on Jan 18, 2006 1:57:03 GMT -5
terima kasih suarasumbang.Ada juga sumbangan anda di sini.Silakan. Aku yakin kau tidak pernah berjanji padaku.Bukan kamu.
Sekadar tumpang di sini, mencoret dan meluah.Bukan untuk sesiapa yang berada di sini, sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah pergi.
Hari ini kau cuba menggembirakan aku, cuba memujuk dan mengambil hatiku semula. Mudahkah kau menutup lubang derita yang kalu gali untukku? Luka ini sudah terlalu dalam, kalau pun akan sembuh tetapi akan meninggalkan parut yang sukar dihilangkan. Kau terus-terusan membuat aku begini. Untuk apa sebenarnya? Fikirkan.
|
|
|
Post by suarahati on Jan 18, 2006 1:58:57 GMT -5
puteribayu sebagai pemilik laman ini, maafkan saya. Saya sudah dua kali mendaftar tetapi gagal untuk menulis kerana saya diminta masukkan activationkey. Boleh bantu?
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Jan 20, 2006 20:23:07 GMT -5
[shadow=red,left,300] suarahatiku, insya'allah akansaya bantu,boleh bagi nick name ....maaf agak lama saya tak online disebabkan tugas harian di sek.Minggu ni adalah minggu yg paling sibuk hingga meletihkan.
[/shadow]
|
|
|
Post by Linnn on Jan 21, 2006 10:20:20 GMT -5
suarahati, Suara hatiku selalu berkata....manusia hanya tahu menjaga hatinya sahaja..hati orang dibiarkan hancur luluh berkecai , pedih dng luka, punah ranah dilukai... tapi hati kecil ku sentiasa berkata... maaf kan saja ....diamkan saja... tak guna dilawan... undur saja kalau orang sudah tak sukakan kita.... tapi jangan sesekali terus membenci dan membuangnya kerana kadang kalau yang kita benci tu lah selalunya baik buat diri kita dan kalau ubat ....yang pahit kita benci tak suka nak makan tapi yang itu jugalah boleh jadi penawarnya...jadinya jangan membenci, biarpun kita dibenci... terima saja dng kesyukuran dan yang penting pergi jauh darinya agar tiada rasa disakiti lagi.
|
|