cheOD
Junior Member
Posts: 68
|
Post by cheOD on Sept 26, 2005 3:06:11 GMT -5
Bismillahirahmanirahim.
User baru di puteribayu proboards. masih membaca dari menukil sudah menerima satu bintang.
Mungkinkah user lain sudi berdamping ngan cheOd. doa-doakan.
Amin.
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Sept 28, 2005 3:27:45 GMT -5
Silakan...menulis dan harapan ceria selalu di sini
|
|
cheOD
Junior Member
Posts: 68
|
Post by cheOD on Mar 6, 2006 23:54:00 GMT -5
buat kolum diari ku.
sekian kali kau kosong. entah menanti coretan dan tinta ku. impi untuk jadi lebih bermakna. cita untuk lebih ternama.
diari ku. kejujuran diriku tak mampu aku tipu dalam kolum mu
biarlah kau kosong moga kosong kau juga satu makna. tentang diriku.
|
|
|
Post by PelangiSenja on Mar 9, 2006 2:28:19 GMT -5
[shadow=red,left,300]Salam CheOD Inginku penuhi diariku cerita tentang dirimu tapi jejariku terasa kaku kerana aku masih tak kenal siapa dirimu Bolehkah kutahu anda siapa mem besar atau tuan perkasa spesis apa tentang jantina berjanggut atau senyuman delima jika dilihat pada nama gaya-gaya seperti marka tak tahulah pula kemungkinan juga maka anda seorang jejaka... gaya tulisan seperti hulubalang langkah dan silat tidak terbilang ada ketika berkata songsang mungkinkah hamba tersalah orang...[/shadow]
|
|
cheOD
Junior Member
Posts: 68
|
Post by cheOD on Mar 15, 2006 3:09:39 GMT -5
PelangiSenja terima kasih sudi mencoret tanggapan tentang diri ini
|
|
cheOD
Junior Member
Posts: 68
|
Post by cheOD on Mar 20, 2006 21:12:23 GMT -5
Malam semalam che mencari ilham, menyelak kertas-kertas lama che, Moga terpancar sedikit ilham,
entah tetiba terpandang selembar kertas yang terselit penuh dengan rangkap-rangkap puitis,
bukan niat che nak mengungkap semula, tapi agak wajar dilagukan lagi, walau semangatnya tak sama seperti dulu
Kau nyalakan pelita hati Tapi sayang di tengah hari Aku sendiri bukan tak peduli Betapa halusnya cinta Hingga kita bisa tersinggung Walau dengan setitis dusta
Terbakar hari panas mentari Panas lagi cinta ini Haruskah kita terus begini Dalam mencari erti cinta Hingga kita bisa tersinggung Walau dnegan setitis dusta
Diam bukan bererti Aku tidak mengerti Dan bukan cumbu rayu Yang mebuat kita rindu Lumrahnya cinta
Sedang kita alami cinta sepi Dekat ku rasa jauh pun ku rasa Sekuat mana getaran cinta kita Mungkinkah apa yang che rasa, bukan che sorang yang rasa.
|
|
eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Mar 21, 2006 2:36:36 GMT -5
Salam buat cheOD,
izinkan sya mencoret di ruangan Od dan diari ini... selepas membaca coretan Od tersentuh hati ini dengan bait-bait puisi Od.
Hingga kita bisa tersinggung Walau dengan setitis dusta
dusta tidak akan wujud jika tidak ada yang menjadi rahsia dalam cinta...cinta perlu ketulusan dan kejujuran.. tersinggung kerana wujudnya keraguan...
kesimpulannya: untuk mengelakkan perasaan tersinggung dan tiada setitis dusta....berterus teranglah tentang perasaan tanpa ragu.
Sekadar pandangan
|
|
cheOD
Junior Member
Posts: 68
|
Post by cheOD on Apr 27, 2006 9:41:13 GMT -5
Salam buat insan-insan di sini, juga buat eDDa, terima kasih melontar pandangan juga nasihat.
Diam. sekian lama diri ini berdiam. diam dari berbicara, diam dari menukil, duduk diam-diam.
Bila diam jadi pilihan harap bukan dikatakan pergi harap bukan disifatkan merajuk harap bukan merumit suasana Diam dengan harapan...
Beras pulut, beras siam; Dari melalut, baik diam. Dalam diam ada makna Dalam diam hati tertaut Duduk diam hati bergetar. Hidup lagi hatiku ini.
|
|
cheOD
Junior Member
Posts: 68
|
Post by cheOD on Sept 18, 2006 23:08:07 GMT -5
Diam tak diam dah nak tiba ramadhan
diam tak diam hati tetap berdebar
diam tak diam sukar nak dok diam-diam.
izinkan cheOD berdiam di forum ini. belajar jadi penghuni yang diam. diam tak diam habis semua dibaca.
|
|
cheOD
Junior Member
Posts: 68
|
Post by cheOD on Oct 30, 2006 21:15:53 GMT -5
Putih
baru seminggu che raikan kemenangan menang melepasi dugaan sebulan Ramadhan.
Menang dengan hati yang putih Entah masih putihkah hati ini selepas seminggu
diselebungi putih jerebu diwarnai berbagai warna dinodai dengan hitam-hitam kehidupan dihambur dengan kilauan-kilauan nikmat didedah dengan kuning biru maksiat
entah putih entah tak putih yang pasti kain putih yang akan membalut tubuh che kelak.
|
|