Post by Linn on Dec 19, 2005 16:54:21 GMT -5
19.12 ... maseh cuti sek.... Aku dan beberapa orang kawan ku ke Seremban ... sesaja untuk mengikuti kelas "Kemas - hari ni belajar menganyam rotan untuk dijadikan dulang" sukanya hati melihat contoh-contoh anyaman yang cantik... kami diberikan sekeping papan untuk tapak dulang. Kemudian diarahkan menebuk lubang sebanyak 46 lubang menggunakan penukul dan paku... buat sakit tangan je kata hatiku..lantas aku minta kebenaran guru ku untuk belajar menggunakan "drill" setelah guruku memasang alat tersebut dan menunjukkan cara penggunaannya maka akupun memberanikan diri menggunakan alat tersebut... mudah dan cepat... kawan ku cikgu Norsham memegang dan akupun mulalah "mendrillnya" selesai kedua-dua tapak ku drill ...sakit juga lengan ku dek gegaran penggerudi elektrik tu... surirumah yang lain lantas menghulur kan papan memasing untuk ku gerudi.......aduiii naya ni... ku suruh mereka belajar gunakannya... mereka surirumah sepenuh masa... biasalah penakut sikit... alasan kononnya takut dan tak biasa...kena juga aku bantu supaya tak dikatakan sombong memasuki kelas mereka ( ku bantu dengan ikhlas walaupun dah mula rasa lenguh kesian pulak tak bantu lambat jadinya kerja mereka dan lambatlah anyaman nanti ).... dengan tapak yang dah siap kami diarahkan memotong rontan sepanjang 22inci sebanyak 46 batang ... rotan dimasukkan kedlm lubang yang telah siap dan guru mula mengajarku cara menganyam... caranya mudah tapi aku kerap tersilap ialah kali pertama... Lantas aku berkata "Kita yang celik ni terkial-kial menganyam sedangkan orang buta mudahje cantik pula tu...menyampuk pula rakanku itulah dinamakan "Buta mata terang hati tapi kita ni celik mata tapi lambat nak faham.... lambat tak apa jng benak hati sudahlah " Malamnya terasa lenguh lengan ku... hahaha ni mungkin kerana gegaran penggerudi yang kuguna...selalunya kami menggunakan pen,pensil,kapur dan sesekali Lap top untuk pengajaran....ni penggerudi...timbul keinsafan... beginilah susahnya mereka yang buta mata mencari rezeki halal dng hasil jualan kraftangan sedangkan kita yang celik ni... kalau boleh harga murah yang diberi maseh mahu ditawarkan lagi biar jadi murah.... Anyaman semalam belum siap jadi hari ini aku akan ke Seremban lagi meneruskan pembelajaran ku selagi bercuti ni dapat juga ilmu ... dapat juga jadi murid kembali dan untuk suri rumah mereka tentu boleh menambah pendapatan kalau pandai menggunakan ilmu yang didapati....