Post by Linn on Jul 15, 2005 12:11:22 GMT -5
Hari ni tergerak hati nak mengarang pantun , siap menaip tapi tak boleh dimasukkan keruangan pantun... jadinya nak simpan dalam Dairy ........
Bunga mawar putih warnanya
Kembang mewangi untuk dipilih
Berlian dan kaca lain sinarnya
Mutiara jua yang ku pilih
Dia berlalu wajah bersahaja
Tampak ceria dengan tersenyum
Hati terluka ku pendam sahaja
Biarpun wajah ceria tersenyum
Anak kecil duduk berlunjur
Petah sekali bila bertutur
Yang menipu dikatakan jujur
Lantaran tergoda manisnya tutur
Kasih dan sayang tinggi nilainya
Kepada dia cuba ku beri
Bila kasih diabaikannya
Tetap ku redha membawa diri
Segala penjelasan sudah ku faham
Tiada perasaan benci mahupun dendam
Dari berkata biarku diam
Namun semuanya tetap terpendam
Ku fahami semua tuturnya
Dalam lembut terasa sakit
Berterus terang ada baiknya
InsyaAllah sembuh luka yang sakit
Masuk bertanding berkali-kali
Kalau kalah jangan berundur
Bila diri tidak dipeduli
Dalam baik perlu berundur
Duduk berbaris dibahagian tepi
Nyanyikan lagu wajah bersahaja
Kalau diri dipandang sepi
Diamkan diri lupakan sahaja
Terpijak kaca kaki terluka
Menyeberang jalan berhati-hati
Tutur bicaranya buat terluka
Ku pendam jua disudut hati
Bukan mudah meluah bicara
Lidah terkelu hendak bertutur
Pantun ku karang pemudah bicara
Walaupun mulut tidak bertutur
Kaya tidak rupa tiada ku punya diri
Serba serbi semuanya kurang
Telah ku telek kelemahan diri
Tetap bersyukur serba yang kurang
Tindakan terbaik perlu ku buat
Putus persahabatan tidak ku lakukan
Diamkan diri cuba ku buat
Kemahuan dirinya itu ku lakukan
Segala bait luahan hati
Semua tersimpan didalam minda
Bukan niat menyakiti hati
Mengundur diri kemaafan ku pinta
Bunga mawar putih warnanya
Kembang mewangi untuk dipilih
Berlian dan kaca lain sinarnya
Mutiara jua yang ku pilih
Dia berlalu wajah bersahaja
Tampak ceria dengan tersenyum
Hati terluka ku pendam sahaja
Biarpun wajah ceria tersenyum
Anak kecil duduk berlunjur
Petah sekali bila bertutur
Yang menipu dikatakan jujur
Lantaran tergoda manisnya tutur
Kasih dan sayang tinggi nilainya
Kepada dia cuba ku beri
Bila kasih diabaikannya
Tetap ku redha membawa diri
Segala penjelasan sudah ku faham
Tiada perasaan benci mahupun dendam
Dari berkata biarku diam
Namun semuanya tetap terpendam
Ku fahami semua tuturnya
Dalam lembut terasa sakit
Berterus terang ada baiknya
InsyaAllah sembuh luka yang sakit
Masuk bertanding berkali-kali
Kalau kalah jangan berundur
Bila diri tidak dipeduli
Dalam baik perlu berundur
Duduk berbaris dibahagian tepi
Nyanyikan lagu wajah bersahaja
Kalau diri dipandang sepi
Diamkan diri lupakan sahaja
Terpijak kaca kaki terluka
Menyeberang jalan berhati-hati
Tutur bicaranya buat terluka
Ku pendam jua disudut hati
Bukan mudah meluah bicara
Lidah terkelu hendak bertutur
Pantun ku karang pemudah bicara
Walaupun mulut tidak bertutur
Kaya tidak rupa tiada ku punya diri
Serba serbi semuanya kurang
Telah ku telek kelemahan diri
Tetap bersyukur serba yang kurang
Tindakan terbaik perlu ku buat
Putus persahabatan tidak ku lakukan
Diamkan diri cuba ku buat
Kemahuan dirinya itu ku lakukan
Segala bait luahan hati
Semua tersimpan didalam minda
Bukan niat menyakiti hati
Mengundur diri kemaafan ku pinta