Post by penasenja on Mar 19, 2006 8:08:07 GMT -5
`Sentuhan ajaib' mengubah Neo Nazi kepada muslim
Susunan: SITI AINIZA KAMSARI
PADA dunia Barat, rakyat British bernama David Wulstan
Myatt, 56,
begitu digeruni. Ini kerana dengan membawa fahaman Neo
Nazi yang
ekstrem dan ganas, beliau mampu memberikan ancaman
keselamatan
kepada masyarakat Barat.
Selama 25 tahun Myatt mempelopori dan memperjuangkan
fahaman anti
zionis (yahudi), anti bangsa kulit hitam, anti
penduduk Asia dan
anti kerajaan Amerika Syarikat di Britain.
Bagaimanapun, setahun selepas beliau menulis satu
risalah panjang
di sebuah laman web bertajuk Practical Guide to Aryan
Revolution
pada November 1997, Myatt secara tiba-tiba telah
mengambil satu
tindakan yang tidak disangka-sangka. Dia mengejutkan
banyak pihak
dengan memeluk Islam.
Bagaimana seorang yang disifatkan ganas dan tidak
kenal erti
berkompromi itu akhirnya memeluk Islam serta mahu
d**enali dengan
nama barunya iaitu Abdul Aziz Ibn Myatt?
Dalam satu rencana baru-baru ini, Abdul Aziz berkata,
takdir
Allah telah membawanya pada suatu pagi Ahad yang
hening untuk
berhenti di hadapan sebuah masjid ketika melancong
seorang diri
ke Mesir.
Hatinya secara tiba-tiba menjadi begitu ikhlas untuk
memasuki
masjid itu dan pada saat itu juga Abdul Aziz kebetulan
terdengar
seruan azan menyebabkan beliau terus terpaku dan
terpana.
Walaupun azan itu berlangsung dalam masa hanya
beberapa minit
tetapi ia berjaya membuatkan hati dan jiwa Abdul Aziz
menjadi
tidak menentu.
"Saya menjadi tidak mengerti dengan perasaan sendiri
pada
masa itu yang sukar hendak diungkapkan melalui
kata-kata tetapi
yang pasti sayu dan pilu menyelubungi saya akibat
dipanah oleh
keindahan alunan azan itu.
"Ia indah bukan kerana melodi. Tetapi saya hairan
bagaimana
dengan tanpa memahami maksud perkataan dalam azan itu
ia mampu
menyentuh jiwa saya.
Tidak semua lagu boleh berbuat begitu,'' kata Abdul
Aziz.
Sejak itu, Abdul Aziz mula memberi respons terhadap
Islam dengan
bertanyakan mengenai agama itu daripada beberapa
penduduk Mesir
dan mendapatkan terjemahan al-Quran bagi mengenali
Islam secara
lebih dekat lagi.
"Tetapi ego dan sombong saya sebagai orang Barat masih
tebal.
Saya masih terlalu percayakan diri sendiri dan apa
yang saya
pegang selama ini. Kalau saya perlu berubah, saya
mampu
melakukannya sendiri tanpa perlu campur tangan atau
disentuh
secara ajaib oleh mana-mana pihak.
"Namun apabila saya memilih pekerjaan baru iaitu
menghabiskan
banyak masa di ladang, saya mula diresapi hidayat
daripada Allah
dengan mempelajari sesuatu daripada alam," katanya.
Walaupun sebagai seorang yang sangat rasis, Abdul Aziz
sebelum
ini turut mempunyai kepercayaan bahawa alam ini atau
Mother of
the Earth adalah satu bentuk kekuasaan tertinggi atau
ketuhanan
atas sifat yang kononnya tercipta dengan sendiri.
"Sehinggakan saya percaya bumi yang tidak dijaga, yang
tercemar
menyebabkan kemarahan itu dinampakkan dalam bentuk
gempa bumi,
banjir sehinggalah kepada letusan gunung berapi.
"Tetapi apabila masa banyak dihabiskan pada tanah dan
ladang,
akhirnya saya menyedari bumi ini tidak lebih daripada
sebahagian
daripada seluruh kosmos (alam semesta) yang pasti ada
pemiliknya.
Dan saya sendiri adalah sebahagian anggota kosmos itu.
"Tetapi siapa pemilik alam itu?"
Hatinya mula terdetik dengan pertanyaan demi
pertanyaan.
Buat pertama kalinya, Abdul Aziz tunduk pada ego dan
kesombongannya sendiri dan benar-benar berasa sangat
rendah diri.
Beliau kemudian mengeluarkan senaskhah al-Quran
terjemahan yang
diperoleh semasa melancong di Mesir dan mula
membacanya.
"Daripada satu ayat kepada ayat yang lain dan daripada
satu
surah ke surah yang lain, apa yang saya peroleh
kemudiannya
hanyalah logik, penjelasan, kebenaran, wahyu,
keadilan,
kemanusiaan dan keindahan sebuah agama.
"Apabila dalam al-Quran juga ada menyebut mengenai
kejadian
alam malah diungkap dengan begitu logik. Saya
benar-benar kagum
kerana ia membuka lembaran untuk umatnya mengenali
kekuasaan
Allah melalui ciptaan seluruh alam semesta ini.
"Barulah saya faham umat Islam mendalami ilmu
pengetahuan
bukan sekadar sebagai satu tanggungjawab malah satu
tugas
yang mesti dilakukan. Apatah lagi al-Quran mampu
dijadikan
sandaran dan panduan untuk meluaskan lagi
pengetahuan," katanya.
Abdul Aziz sebelum ini telah banyak mengkaji dan
membaca
falsafah dan ajaran daripada Lao Tzu, Confucious,
Buddha,
Plato, Patanjali sehinggalah Descartes.
"Malah saya turut mengkaji kitab Injil sehingga saya
pernah
menjadi paderi Kristian selama dua tahun, tetapi itu
semua
tidak dapat menandingi ilmu yang saya peroleh melalui
al-Quran
dan sirah Rasulullah.
"Saya akhirnya melafazkan kalimah syahadah dan gembira
dengan
kepercayaan baru ini. Namun, mempunyai kepercayaan
sahaja tidak
mencukupi lebih-lebih lagi dengan pelbagai cabaran
dunia moden
hari ini.
Dengan dunia materialistik, bagaimana saya mampu untuk
melaluinya?" soal Abdul Aziz.
Perlahan-lahan beliau belajar menghargai kehidupan dan
menyedari betapa perlunya Islam dalam dunia yang serba
moden hari ini.
Tanpa pegangan terhadap Tuhan dan agama, betapa
manusia
mudah menjadi lupa diri, sombong, tidak menghormati
orang
lain, tidak sopan dan kasar. Jadi kita perlukan Islam
supaya
masyarakat dunia tidak menjadi bangsa barbarian, kejam
dan
tidak berperikemanusiaan.
Abdul Aziz sedar penglibatan beliau dalam gerakan Neo
Nazi
dahulu melebihi batas-batas kemanusiaan. Sesetengah
orang
menganggap bahawa tidak ada cara baginya untuk kembali
ke
pangkal jalan dan tidak ada agama dapat memaafkan
semua
perbuatan jahatnya itu. Tetapi kata-kata seorang
ulama,
Sheikh Muhammad Al Munajjid, menjadi pegangan beliau.
"Allah menerima semua permohonan taubat daripada
hamba-Nya
tanpa melalui sebarang perantaraan atau orang tengah.
Apalagi
beberapa orang sahabat Rasulullah sebelum mereka
memeluk Islam
merupakan penjenayah yang melakukan pelbagai jenayah
termasuk
berzina, membunuh, menanam anak perempuan hidup-hidup,
merampas
hak dan harta orang lain.
"Tetapi apabila mereka memeluk Islam, mereka menjadi
yang
paling baik di kalangan manusia dan paling bertakwa
dan beriman
kepada Allah. Tidak ada sesiapa boleh mempersoalkan
masa silam
dan gelap seseorang itu kerana Allah telah
mengampunkan dosanya.
Dengan kehidupan yang baru ini bermakna seseorang itu
bersih
daripada segala dosa.
"Saya tidak bermaksud untuk memeluk Islam untuk lepas
tangan
dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah
saya lakukan
sebelum ini,'' katanya.
Ini kerana Abdul Aziz teringat akan kata-kata hikmah
daripada
Saidina Ali:
"Jika seseorang itu beriman kepada Allah semata-mata
untuk
mendapatkan ganjaran, ia adalah iman seorang ahli
perniagaan.
Jika beriman kerana takut kepada-Nya, maka jadilah
imannya
seperti seorang hamba sahaya yang takut kepada
tuannya.
"Tetapi jika kerana bersyukur dan berterima kasih
kepada
semua nikmat yang diberi Allah maka itu adalah iman
seorang
yang merdeka jiwanya.
"Maka saya berharap untuk memerdekakan jiwa saya
daripada
belenggu kejahilan agar beroleh iman untuk hidup yang
lebih
sejahtera di dunia dan di akhirat kelak.''
Abdul Aziz menyedari tindakannya memeluk Islam tidak
senangi
lawan dan kawan.
"Saya tahu perjalanan hidup saya tidak akan menjadi
mudah
bagai disangka kerana apabila saya kini membelakangi
perjuangan
Neo Nazi, golongan pro zionis terus mengambil
kesempatan untuk
menaburkan pelbagai fitnah, penipuan dan khabar-khabar
angin
yang tidak baik, termasuk mengatakan saya tidak lagi
mempunyai
kepercayaan terhadap Allah. Ia dibuat dengan tujuan
menjatuhkan
saya.
"Ia adalah kesilapan saya juga kerana tidak pernah
membalas
balik kata-kata mereka itu secara terbuka.
"Tetapi bagi mereka yang kuat berpegang kepada ajaran
Allah,
kita perlu berhati-hati dengan setiap berita yang
mereka terima.
Alhamdulillah, kalangan umat Islam mengetahui bahawa
saya masih
berpegang teguh dengan Islam,'' katanya. Lagipun, kata
Abdul Aziz,
memeluk Islam bukan semudah dengan hanya lafaz dan
kata-kata.
"Malah ia kuat beriringan dengan satu sumpah, satu
perjanjian
dengan Allah, tidak mungkin semudah itu saya hendak
meninggalkan
Islam setelah hati saya begitu ikhlas untuk menerima
agama itu,''
katanya.
Malah menjadi tanggungjawab Abdul Aziz kini untuk
bersama-sama
dengan umat Islam yang lain bagi mempertahankan agama
itu daripada
kata nista dan cercaan golongan Zionis itu.
"Tugas itu kini tidak semestinya dalam satu bentuk
tindakan yang
agresif apatah lagi bersifat ganas.
"Sebagaimana saya yang pernah jahil, kebanyakan orang
Barat hanya
perlukan satu penjelasan yang kukuh mengenai Islam,
kadangkala itu
lebih efektif dan mampu membuang jauh semua prejudis
mengenai Islam,''
ujarnya.
Selepas lapan tahun memeluk Islam, Abdul Aziz yang
masih mengekalkan
imej berjambang hidup secara lebih sederhana tetapi
yang lebih
mengagumkan beliau semakin mengenali Islam.
Setiap hujah mampu dikuatkannya dengan dalil sama ada
secara aqli
atau naqli berkat penghayatan yang kuat terhadap
al-Quran walaupun
ia hanya menerusi naskhah terjemahan.