Post by Kelipkelip on Mar 3, 2006 21:23:09 GMT -5
Seorang pensyarah berdiri didalam bilek kuliah dan diatas meja didepannya terdapat beberapa benda. Apabila kuliah bermula, sambil berdiam diri dia mengambil sebuah bekas kaca lalu mengisinya dengan ketulan batu sebesar 20 sentimeter sehingga penuh. Dia kemudian bertanya kepada pelajar yang hadir "Adakah bekas ini telah penuh?". Semua pelajar menjawab "Ya, memang dah penuh!". Pensyarah itu mengambil pula beberapa ketulan batu kecil lalu memasukkan kedalam bekas itu sambil mengoyangkan beberapa kali. Sudah tentu batu batu kecil tadi akan bergerak masuk mengisi ruangan yang kosong dicelah celah batu besar tadi. Dia bertanya lagi kepada pelajarnya, "Adakah bekas ini telah penuh?". Sambil tertawa pelajarnya menjawab,"Ya.....sudah penuh!". Kemudian pensyarah itu mengambil pasir lalu memasukkan kedalam bekas itu sambil mengoyangnya sedikit. Sudah pasti butiran pasir itu akan menyelinap masuk mengisi ruangan yang masih kosong.
"Sekarang," kata pensyarah itu,"Saya mahu anda semua mengenali bahawa ini adalah kehidupan kamu. Batu yang besar itu melambangkan perkara yang begitu penting dalam kehidupan seharian anda - keluarga, kesihatan - apa saja yang begitu penting bila mana tampanya kehidupan kita musnah samasekali. Batu yang kecil pula melambangkan perkara yang lain agak penting juga tapi dalam skala yang lebih kecil umpama kerja, rumah, kereta. Sementara pasir pula melambangkan baki perkara lain yang tinggal".
"Sekiranya anda memenuhkankan bekas kaca tadi dengan batu kecil serta pasir maka sudah tentu tidak akan ada ruang untuk batu yang besar. Begitu juga dengan kehidupan anda semua. Jika anda menghabiskan masa serta tenaga kepada perkara yang kecil dan remah maka sudah tentu anda tidak akan mempunyai masa untuk perkara yang besar serta lebih penting. Tumpukan pada perkara yang kritikal dalam kehidupan anda. Dekati dan bemesralah dengan keluarga anda, bawa teman anda keluar bersiar. Akan tetap ada masa untuk ketempat kerja, membersihkan rumah, membuat jamuan. Hargai dan tumpukan pada batu yang besar dahulu - kerana itu terlalu penting. Tetapkan tahap pilihan anda dulu..................
Kerana yang lain itu cuma ketulan batu kecil serta pasir..........