|
Post by Kelipkelip on Nov 24, 2005 7:47:25 GMT -5
Suatu hari seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Ibrahim! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Satelah mendengar perkataan tersebut, maka Ibrahim pun berkata. "Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar sabar bertanya, "Apakah syarat syarat itu, wahai Ibrahim?".
Ibrahim bin Adham berkata. "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening lalu berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada dibumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal dibumiNya!". Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal dibumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?" "Ya! Anda benar" kata lelaki itu.
(Bersambung)
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 25, 2005 7:27:37 GMT -5
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!" Lelaki itu kembali terperanjat lalu berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadnya, "Ketepikan kematian ku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh!" Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak dapat menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau bolih lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu keapi neraka dihari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya" Perkataan tersebut membuat lelakim itu insaf. Dia berkata, "Wahai Ibrahim, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak isak.
|
|