|
Post by Kelipkelip on Oct 29, 2005 21:19:31 GMT -5
Buah Kurma
Abu Abdillah a.s. bersabda :"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda lagi: "Orang yang memakan 7 biji buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda" "Barangsiapa memakan 7 biji buah kurma yang baik, maka cacing cacing yang ada dalam perutnya akan mati".
Nabi s.a.w bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma didalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi s.a.w. bersabda lagi: "Berilah makanan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)."
|
|
|
Post by Kelipkelip on Oct 30, 2005 8:29:13 GMT -5
Kismis
Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda lagi: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa.
Nabi s.a.w. bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu / cairan kuning), menhilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
|
|
|
Post by Kelipkelip on Oct 30, 2005 22:37:16 GMT -5
Madu lebah
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s, beliau bersabda: "Rasul s.a.w. sangat menyenangi madu lebah".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
Rasul s.a.w. bersabda: "Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah akan meyembuhkannya dari 77 penyakit".
Rasul s.a.w. bersabda: "Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Rasul s.a.w. bersabda: "Sebaik baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada dalam dada".
Dari Imam Ali a.s., beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit didalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Rasul s.a.w. bersabda: "Allah SWT telah meletakkan barkah didalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
|
|