|
Post by penasenja on Sept 19, 2005 6:03:12 GMT -5
Umat Islam harus sedar betapa istimewanya menjadi umat Nabi Muhammad SAW jika dibandingkan dengan umat nabi terdahulu. Ada pelbagai keistimewaan yang diberikan namun masih ramai yang tidak mahu menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Sekiranya mereka tahu akan keistimewaan yang Allah SWT kurniakan pasti mereka berebut-rebut ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW yg mana telah dijanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Salah satu keistiwaaan itu adalah yang dipetik dari buku Terjemahan Nashaihul Ibad ms 128 - Ibnu Hajar Al Asqalani Saad bin Hilal ra mengatakan bahawa apabila manusia berbuat dosa, maka Allah memberikan anugerah kepadanya:
1. Allah tidak halangi dia untuk mendapat rezeki
2. Allah tidak halang dia untuk sehat
3. Allah tidak memperlihatkan dosanya
4. Allah tidak menyiksanya di dunia.
Diceritakan bahawa Nabi Adam berkata : Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu"
1. Penerimaan tobatku di Mekah, sedangkan umat Muhammad bisa tobat di mana-mana tempat
2. Aku berpakaian ketika aku berdosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun ia durhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang
3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isterinya
4. Aku berbuat dosa di shurga lalu Allah mengusirku dari shurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar shurga , Allah tetap memasukkan mereka ke shurga apabila mereka bertobat.
|
|