Post by Kelipkelip on Sept 17, 2005 7:49:16 GMT -5
Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid muridnya lalu beliau bertanya teka teki.
Imam Al-Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Al-Ghazali : "Semua jawapan tu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran : 185)
Imam Al-Ghazali : "Apakah yang paling jauh dengan kita didunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang bintang"
Imam Al-Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar ialah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Imam Al-Ghazali : "Apakah yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Murid 4 : "Lautan"
Imam Al-Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU. (Surah Al-A'raf : 179) Maka kita harus hati hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita keneraka. (Na'udzu billaahi min zaalikh).
Imam Al-Ghazali : "Apa yang paling berat didunia ini?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Murid 4 : "Batu batan"
Imam Al-Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah : Al-Ahzab : 72) Tumbuh tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah Swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) didunia ini, tetapi manusia dengan sombongnya berebut rebut menyanggupi permintaa Allah Swt sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah".
Imam Al-Ghazali : "Apa yang paling ringan didunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun daun"
Imam Al-Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"
Imam Al-Ghazali : :Apa yang paling tajam sekali didunia ini?"
Murid muridnya serentak menjawab : "Pedang"
Imam Al-Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"