Post by penasenja on Sept 7, 2005 7:48:22 GMT -5
Laman web Islam menggelarkan Taufan Katrina sebagai
tentera yang
dihantar Tuhan
DUBAI: Beberapa pengendali laman web sudah mula
menggelar taufan Katrina
yang membawa kemusnahan dahsyat di selatan Amerika
Syarikat minggu lalu
sebagai “tentera Allah.”
“Katrina, tentera dihantar Allah untuk berjuang di
sisi kita...Katrina
bersama kita memerangi Amerika,” kata satu laman web
kendalian orang Islam.
Satu lagi laman web berkata: “Allahu akbar. Tentera
Allah Taufan Katrina
memusnahkan Amerika. Jangan anggap Allah tidak marah
terhadap kezaliman.”
Laman web banyak memuatkan gambar kemusnahan yang
dibawa Katrina di
Florida, Louisiana, Mississippi dan Alabama minggu
lalu, termasuk gambar
bangunan roboh, kereta terbalik, jalan ditenggelami
air dan juga bendera
AS koyak rabak dipukul taufan.
Gambar berkenaan seharusnya menjadi pengajaran,” kata
seorang pengendali
laman web.
“Walaupun, kuasa besar dunia dan memiliki teknologi
tinggi, Amerika
tidak berupaya menghadapi kuasa Allah,” tambahnya.
Seorang lagi pengendali laman web yang menghiasi laman
webnya dengan
gambar pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dan Abu Musab
al-Zarqawi,
berkata: ““Amerika senyap sunyi mengenai jumlah
kematiannya.”
Akhbar di dunia Islam turut memuatkan komen mengenai
bencana itu.
Akhbar Kuwait berbahasa Arab memetik pengarah Pusat
penyelidikan Wakaf,
Mohammed Yussef al-Mlaifi sebagai berkata:
“Apabila televisyen satelit memaparkan gambar
kemusnahan yang dibawa
oleh Katrina ia mengingatkan saya sabda Rasulullah
“Angin ribut
menghancurkan satu kumpulan manusia dan memberi rahmat
kepada yang lain.’
“Saya tidak fikir - dan hanya Allah yang mengetahuinya
- ribut ini yang
memusnahkan keseluruhan bandaraya di AS - adalah angin
ribut rahmat.
“Ia adalah ribut bencana yang dihantar Allah kepada
empayar Amerika
ini,” kata al-Mlaifi, yang dipetik akhbar harian
Al-Siyassa.
“Tetapi agak aneh selepas banyak dicapai Amerika dari
segi usaha
kemanusian, angin ribut ini menghancurkan bandaraya
Amerika? Adakah
ribut ini sudah bersama-sama pertubuhan pengganas
Al-Qaeda?" – AFP
Ramai pengendali laman web menyamakan kemusnahan yang
dibawa Katrina
dengan kehancuran yang dibawa tentera AS di
Afghanistan dan Iraq.
“Amerika memerangi Islam atas alasan perang menentang
keganasan,
membunuh ramai yang tidak bersalah di Afghanistan dan
Iraq dan menyokong
entiti Zionis (Israel),” kata satu laman web.
Dalam pada itu ada pengendali lama web kendalian orang
Islam menyatakan
kesedihannya melihat ramai menjadi mangsa Katrina.
“Tidak syak lagi, pemimpin AS banyak menindas tetapi
rakyat AS tidak
bersalah.” - AFP
*200 polis letak jawatan*
Tidak tahan dengan tekanan memuncak berikutan
kekacauan,
sekurang-kurangnya 200 pegawai polis New Orleans
meletak jawatan dan dua
daripada mereka mengambil tindakan nekad membunuh
diri, kata pegawai
polis kelmarin.
Laporan akhbar New York Times menyebut, sesetengah
pegawai memberitahu
pegawai atasan yang mereka hendak meletak jawatan.
Sebahagiannya meneruskan kerja buat sementara dan
kemudian langsung
tidak bertugas manakala sebahagian lagi, tanpa alasan
jelas, langsung
tidak menunjukkan wajah di tempat kerja sebaik ribut
melanda. – Agensi
Sumber : Berita Harian Online