along
New Member
smile always..........
Posts: 48
|
Post by along on Jul 18, 2005 3:37:38 GMT -5
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???
Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrap.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut atau sewaktu dengannya.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
|
|
|
Post by putera on Jul 18, 2005 9:24:48 GMT -5
[shadow=red,left,300] Seelok2nya tanggungjawab yang utama sepatut nya memberi kesedaran pada Kaum lelaki yang sering saja mendera dan menyeksa isteri ... pernah gak aku dengar2 kabar ... sungutan dari para isteri dimana suami mereka menguasai dan mengawal gaji isteri sampai kad bank ( Gaji isteri ) pun di kuasai oleh suami Ini ada lah salah satu contoh yang aku pernah dengar..
patutkan isteri yang berkerja tetapi gaji nya di kontrol oleh suami ..
pesanan buat para suami ... semoga mereka sedar akan kesalahan mendera isteri ....
[/shadow]
|
|