Post by penasenja on Mar 12, 2005 1:44:45 GMT -5
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu
>ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi
>yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya
>mendengar suara.
>
>Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu
>malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau d**ehendaki
>keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau d**ehendaki
>berbuat seperti berikut:-
>
>Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;
>
>Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;
>
>Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;
>
>Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;
>
>Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."
>
>Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat
>dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna
>hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara
>pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang
>tidak dapat dilaksanakan."
>
>Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk
>memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan
>diri sehingga menjadi sebesar buku> roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu
>disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu.
>Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".
>
>Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah
>mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan,
>lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas
>itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar
>semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali
>berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan
>perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh
>Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.
>
>Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang
>sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil
>itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
>
>Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil
>burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas
>burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai
>Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.
>Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
>
>Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu
>tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan
>perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu
>memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah
>mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan
>dari dalam bajunya.
>
>Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian
>dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun
>bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan
>hidungnya.
>
>Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke
>rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya
>Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu
>di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
>
>Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:
>
>Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar
>seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta
>menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
>
>Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan
>nampak jua.
>
>Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat
>kepadanya.
>
>Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu
>kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
>
>Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah
>dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
>
>Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab
>kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita
>sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah
>mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal
>orang lain.
>
>Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan
>menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat
>nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak
>pernah d**erjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala
>yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka
>berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang
>dirimu."
>
>
>
>
>p/s: Janganlah kamu kisah akan kata-kata orang tentang dirimu. Biarkan
>orang mengata, asalkan kamu tahu apa yang kamu lakukan itu tidak
>menyalahi agama dan adab masyarakat. Manusia memang tidak akan berpuas
>hati dengan apa yang dia ada dan orang sekelilingnya ada. Maka
>bersyukurlah kamu sekiranya kamu tahu orang itu mengata tentang kamu.
>Wallahu'alam