|
Post by Kelipkelip on Jul 14, 2006 7:32:56 GMT -5
bila aku berdiri disini antara dua lorong yang gelita menerjah cahaya yang tiada yang terdengar hanya hela nafas yang makin lemas............ ..........makin lemas..........
bila aku berdiri disitu membiarkan pelangi yang datang melampiaskan kata sayang membariskan kata rindu aku semakin kaku......... kerana sayang............telah bertaktha kerana rindu........telah bertamu
aku cuba melarik mimpi ........menganyam kenangan....... ........mengapai impian......... akhirnya...............aku hanya mampu menyusun bata bata rindu menjadi tugu rasa yang terbiar menjadi sempadan..........antara dua dan rindu itu akan berlalu rasa itu akan tertunduk malu
aku semakin pasrah........... terasa..............ingin pergi dulu
|
|