|
Post by ~nana~ on Nov 13, 2006 9:06:08 GMT -5
Kata ustaz Kita ini semuanya sama Tiada beza yang tua mahupun yang muda Jangan menyombong atau takbur Sesama manusia Sekalipun kita berpangkat atau berilmu Kerana disisi Allah Kita semuanya sama?
Kata ustaz Jangan kita hina orang yang lemah Yang kurang berada Mahupun yang kurang paras rupa Tiada beza yang mengerjakan sawah Mahupun yang membina perumahan mewah Kerana disisi Allah Kita semuanya sama?
Kata ustaz lagi Jangan kita hina Budak kecil yang comot lagi berhingus Kerana dia tiada dosa Sedangkan kita Setiap waktu dan ketika Memenuhi hati kita Dengan titik-titik noda Dalam tidur, dalam jaga?
Akhirnya ustaz berpesan, Ingatlah! Kita manusia semuanya adalah sama Yang membezakan kita Hanyalah AMAL dan TAQWA Biarlah kita kurang dimata manusia Tetapi tinggi disisi ALLAH?
Peliharalah dirimu Agar tidak dinodai dengan suasana Sesungguhnya dirimu Ada harga diri Yang tidak ternilai mahalnya?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
|
|