Post by nilam on Apr 6, 2005 0:13:19 GMT -5
Assalamualaikum............
Dorong hati untuk mendekati khusyuk
Apabila hati berpaling kepada selain dari mengingati Allah ketika solat, maka tolonglah hati itu dengan memberi peringatan kepadanya baawa Allah itu amat mengetahui kedudukan hati ini. Sesungguhnya amat bodoh orang yang bermunajat kepada Allah sedangkan hatinya lalai.
Seorang yang bermunajat dengan Allah bererti ia amat memerlukan sesuatu dari Allah, amat mustahak dan begitu penting, ibarat seseorang mempunyai hajat terhadap seorang lain, oleh kerana hajatnya itu begitu besar dan mustahak maka ia terpaksa bertemu hanya empat mata. Selain itu cara menyampaikan hasratnya itu begitu rahsia, kerana mungkin ia sedang keputusan wang belanja atau keputusan keperluan dapur dan sebagainya, lalu ia ingin berhutang dengan rakannya itu oleh itu ia terpaksa berbisik-bisik supaya tidak d**etahui oleh orang lain.
Tentunya lebih hebat lagi pengertian munajat seorang hamba terhadap Allah, kerana yang hendak dipinta dari Allah ketika munajat (solat) itu sudah pasti perkara yang lebih penting dari keperluan duniawi, bahkan yang dipinta dari Allah ialah taufiq, hidayah, iman, rahmat, pengampunan, pimpinan dan bimbingan kepada hatinya agar tidak lalai terhadap Allah.
Tetapi alangkah buruknya hati seseorang yang sedang bermunajat kepada Allah dengan hati yang lalai, adalah mustahil jika seseorang itu benar-benar berhajat kepada Allah ia masih boleh lalai dalam munajatnya dengan Allah. Sedangkan ketika seorang hendak mendapatkan bantuan atau pertolongan dari rakannya, ia sanggup merintih, berbisik-bisik dan merayu dengan suara yang merendah dan bersungguh-sungguh. Maka mustahil ia boleh terlalai kerana ia benar sedang memerlukan bantuan dari sahabatnya itu.
Oleh itu segeralah memberikan pertolongan kepada hati yang lalai ketika bermunajat kepada Allah, dengan mengingatkan ia bahawa bila seseorang itu berhasrat hendak bertemu dengan Allah melalu solat bererti ia amat memrlukan. Pertemuan itu amat penting dan ia mesti dihargai dengan mengajar diri sendiri agar berusaha menghindari sifat lalai itu.
Untuk menjauhkan kelalaian itu dipaksa hati agar ia ingat akan Allah, dengan sentiasa mengawal wajah hati dari berpaling kepada Allah dengan khusyuk. Kerana apabila batin telah khusyuk maka segala perbuatan yang lahir juga akan menjadi khusyuk.
Bila anggota lahir melakukan gerakan yang tidak perlu seperti menyapu muka, mengurut janggut, membelai hujung serban dan sebagainya ini menandakan hatinya tidak khusyuk. Jasad manusia ibarat rakyat, hati adalah pemerintahnya, sudah tentu rakyat akan bekerja menurut arahan permerintahannya. Demian juga sifat khusyuk itu akan mempengaruhi perbuatan yang lahir.
Oleh itu Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:-
"Ya Allah perbaiklah para pemimpin dan orang-orang yang dipimpin." Pemimpin dan orang yang dipimpin itu bukan sahaja bermaksud pemerintah atau raja dan rakyat, tetapi juga pengertian pemimpin dan orang yang itu termasuklah hati dan anggota jasad. Wallahualam.
dipetik dari Tazkirah
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat