Post by penasenja on Mar 22, 2005 5:21:37 GMT -5
Pagar Diri ??
Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang
boleh di lakukan
untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang
sihir atau pengamal
ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia
boleh menyerang
anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir
dan gangguan
syaitan.
Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar
Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh
makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan
kedua-dua jenis
tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada
supaya menepati
sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa
yang memakan tujuh
biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang
kemudaratan racun
atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat al-Bukhari.)
Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap
seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk akan
sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh
Allah S.W.T.
kepadamereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah
jasad-jasad ini
mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana
sesungguhnya tiada
seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur,
melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat
tersebut tidak
akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk
mengucapkan doa:
'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah
tidur dalam
keadaan bersuci.' (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad
yang baik.)
Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat
berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan
menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap
sambil lewa terhadap
solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil
peluang untuk
mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama
kelamaan ia akan
berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan
lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah
S.A.W.telah bersabda:
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan
hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma
tiga orang, nescaya
akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah
dirikan solat
berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan
kambing-kambing yang
menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud dengan
sanad yang baik).
Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk
memagarkan diri dari
sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan
bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai
diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang,
maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat
kesan tindakbalas
hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.
pernah diberitahu
tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke
Subuh dengan tidak
mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun
bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila
masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi
syaitan. Oleh itu ia
akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang
ada untuk
menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk
ketandas. Di
dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah
melapurkan bahawa dia
pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa
perlindungan. Seketika
kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas,baginda
akan membaca doa
perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama
Allah. Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang
kekotoran dan
gangguan syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah
berlindung dari gangguan
syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad
nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin
sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami
meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil
berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan
kebaikan yang telah
Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari
keburukannya dan
keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya
Allah berkatilah
isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari
segala keburukan
perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan
tukang sihir apabila
dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan
orang-orang yang suka
melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya
baik).
Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca
ayat-ayat al Kursi
dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa
syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca
ayat-ayat al Kursi
sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan
Allah manakala
syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya
sehinggalah ke waktu
pagi''.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu
Hurairah tersebut
sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada
engkau, walhal ia
sendiri sememangnya penipu."
(Riwayat al-Bukhari).