|
Post by Kelipkelip on Aug 4, 2006 16:30:21 GMT -5
Yang disebut kerja berfaedah Pertama tidak menyalahi agama Kedua sejalan dengan adat lembaga Ketiga tidak membuat rosak binasa Keempat tidak menurutkan selera Kelima tidak sia sia Keenam tidak menyalah
Apa tanda Melayu mulia Hatinya jujor dapat dipercaya Apa tanda Melayu beriman Jujur dan lurus bersama kawan
Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Adat hidup sama sekampong Sakit senang sama ditampung Laba rugi sama ditanggong Beban dan hutang sama dihitung Didalam sempit sama berlindung Bila karam sama mengapong Adat lembaga sama dijunjung Petua amanah sama dikungkung Sama keteluk sama ketanjung Sama seperiuk sama selesung
Apa tanda Melayu jati Malu bersikap dengki mendengki Malu bersifat iri mengiri Malu bersifat kianat mengkianati Malu bersifat caci mencaci Malu menyombong bersesar hati Malu mungkir menyalahi janji Malu makan kenyang sendiri Malu menolong meminta budi Malu bercakap dan tinggi hati Malu meminta dan rajin memberi Malu berlagak membesar diri
|
|