Post by puterabayan on Apr 29, 2006 7:05:00 GMT -5
Rangka dinosaur ditemui
KOTA KINABALU 7 April - Sekumpulan nelayan menemui satu rangka binatang aneh dipercayai dinosaur di Pulau Tiga, Pantai Barat Sabah, baru-baru ini.
Rangka binatang itu menimbulkan tanda tanya kerana ia seakan-akan rangka seekor penyu dan pada masa sama struktur rangkanya mirip seekor ular.
Penemuan tersebut menyebabkan sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) d**etuai Prof. Felix Tongkul bergegas ke kawasan berkenaan hari ini untuk meneliti serta menyelidiki rangka itu.
Menurut Felix, berdasarkan kajian, rangka itu adalah milik seekor dinosaur d**enali sebagai Plesiosaur dan berasal dari zaman Triassic kira-kira 200 juta tahun lalu.
Sementara itu, salah seorang nelayan yang menemui rangka itu, Helmi Hassan berkata, mereka menemui rangka tersebut pada 30 Mac lalu di Pulau Tiga, Pantai Barat Sabah di Daerah Membakut.
``Bahagian paling atas rangka haiwan yang ditemui itu mempunyai saiz sebesar bola takraw dan bentuknya kelihatan seperti paruh atau muncung berukuran 0.3 meter,'' katanya ketika ditemui di Kampung Binsuluk, Membakut.
Menurutnya, pada hari penemuan rangka itu, dia dan beberapa rakan turun ke laut pada pukul 8 pagi dan setelah mendarat di Pulau Tiga tujuh jam kemudian, mereka menemui satu rangka besar yang aneh.
Pada mulanya, kata Helmi, mereka menyangka rangka itu adalah milik haiwan biasa atau dugong tetapi setelah diamati, bentuknya tidak pernah dilihat sebelum ini.
``Ketika melihat rangka pelik itu yang menyerupai kepala buaya, barulah kami dapat rasakan ia mungkin berasal dari seekor binatang ganjil dan tidak pernah terlihat di mana-mana pun,'' katanya.
Menurut Helmi, terdapat bahagian lain dari rangka itu berselerak sejauh 10 meter dari tempat penemuan rangka utama.
Memikirkan tulang itu kelihatan pelik dan unik, mereka mengambil beberapa bahagian dari rangka tersebut dan membawanya pulang dengan niat untuk dijadikan hiasan.
Seorang penduduk Kampung Binsuluk, Rahman Abdul Rashid yang bekerja sebagai Pembantu Makmal di UMS dan secara kebetulan melihat serpihan rangka itu di rumah Helmi, telah membawa dan menyerahkannya kepada Felix untuk diteliti.
Ekoran itu, Felix serta beberapa pembantunya telah ke lokasi penemuan rangka tersebut untuk melihat dengan lebih jelas dan menyelidiki secara terperinci rangka misteri berkenaan.
Mengetahui perkembangan itu, kumpulan nelayan yang menemui rangka itu telah membawa 30 ketul tulang dan beberapa serpihan lagi dari rangka yang diambil itu ke rumah Rahman di Kampung Binsuluk, semalam.
Hasil penyelidikan mendapati, terdapat dua tulang mempunyai ukuran panjang sehingga dua meter, manakala 12 tulang lagi berukuran satu meter panjang dan dipercayai tulang rusuk haiwan itu.
Kumpulan nelayan itu turut membawa pulang enam keping tulang tajam serta beberapa tulang dipercayai tulang belakang haiwan tersebut.