|
Post by sanggabuana on Oct 14, 2005 9:24:10 GMT -5
Nama: Iblis laknatullah Tempat lahir: bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam as. Status: Fasik kelas pertama Agama: Kufur Tempat tinggal di dunia: Di dalam hati mereka yang lalai Tempat tinggal di akhirat: Neraka jahanam Kawasan legarnya: disetiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingat Allah. Arah perjalanannya: tiada haluan dan bengkang bengkok Isteri di dunia: Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak menaati Allah, Rasul dan suaminya. Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah. Modal pusingan: angan-angan kosong Tempat pertemuan: Pasar dan pusat membeli belah. Musuh ketat: Orang Islam yang beriman dan bertaqwa Kegemaran: melalaikan orang dari mengingat Allah, menggoda dan menyesatkan. Matlamat: supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam. Kelemahan: Bila orang membaca istighfar Lambang: sembarang tato Pejabat operasi: tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat. Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia Sumber: segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran. Yang ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
|
|