Post by penasenja on Sept 7, 2005 7:44:44 GMT -5
Najmil Faiz, wira sebenar bangsa, negara?
Di kala ini, ramai antara kita yang lebih mengenali
peserta-peserta pertandingan program realiti.
Nyanyian dan persembahan mereka sudah lali dengan
kita. Kita boleh mengetahui nama kampung atau warna
kegemaran peserta tersebut. Namun apabila kita
menyebut nama Najmil Faiz, tak ramai yang
mengenali beliau.
Kita lebih mengambil berat dan sanggup mengalirkan
air mata mendengar penyanyi dikritik atau diundi
keluar daripada mengingati pengorbanan seorang
pemuda Melayu berhempas pulas bekerja keras mencuci
bangunan dan mengangkat barang demi mencari wang
untuk membiayai pelajaran dan survival beliau di
negeri orang.
Inilah cerita mengenai seorang pemuda Melayu yang
pada 14 Mac 2005 yang lalu, telah membentangkan
hasil kajian beliau kepada anggota Parlimen United
Kingdom di London dan memenangi anugerah ‘The Best
Research of Good Prospect (2005)’. Para pelajar
terutamanya diharap menjadikan Najmil sebagai
contoh dan idola mereka...
Kejayaan yang d**ecapi Najmil Faiz bukanlah dengan
jalan yang mudah. Beliau telah mengorbankan usia
muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Pada
pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu,
beliau mesti membuktikan keupayaan beliau biarpun
beliau terpaksa merangkak sekalipun.
Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan
menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk
kejayaan sesebuah bangsa. Beliau tidak boleh terima
orang memandang rendah bangsa Melayu dan menganggap
Melayu kurang asam, malas berfikir dan tiada daya
saing.
Najmil Faiz Mohammed Aris, 26 tahun, pemuda berasal
dari Ipoh, Perak ini mencapai kejayaan setelah
'tersedar' daripada keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dengan pangkat tiga. Selepas itu,
beliau pernah bekerja di stesen minyak dan merasakan
dirinya selalu dipandang rendah. Beliau pernah berasa
malu dan tertekan kerana kegagalan, namun beliau
berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara
seper ti abangnya. Disitulah permulaan dirinya yang
baru.
Kemudian beliau bekerja dengan sebuah firma di
Kelantan untuk menyambung pelajaran ke peringkat
diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
(KUiTTHO), di Batu Pahat dan pada tahun 2000 beliau
melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda
kejuruteraan dan seterusnya ke peringkat Ijazah
Kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan di Leeds.
Di sana, beliau terpaksa bertungkus-lumus bekerja
sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam
sehari. Pada waktu rehat tengah hari, sementara
menunggu kuliah petang, dia bekerja. Semua jenis
kerja keras dilakukan beliau termasuk mencuci
bangunan dan mengangkut barang semata-mata bagi
menampung kos pengajian dan sara hidup.
Semasa menceritakan pengalamannya di suatu majlis di
Kuala Lumpur, beliau berkata bahawa tiada istilah
penat dalam diri beliau dan beliau kerap tidak tidur
malam mengulangkaji pelajaran. Beliau menambah lagi
bahawa bukan mudah untuk beli au sampai ke tahap ini,
sehingga untuk belajar bahasa Inggeris pun beliau
terpaksa bertungkus lumus. Di dalam majlis tersebut,
terlihat kesyahduan wajah kepuasan beliau dan
menampakkan keyakinan untuk mencapai kecemerlangan
dalam pengajiannya yang berakhir tahun depan.
Pada 14 Mac 2005 yang lalu, beliau mencipta sejarah
pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan
pengiiktirafan untuk membentangkan kajian beliau
"Micro Machine Process" kepada anggota Parlimen UK di
London dan memenangi anugerah "The Best Research of
Good Prospect (2005)". Beliau membentangkan kajian
mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15
minit. Najmil tidak menghampakan apabila anggota
Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan
ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya
untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan
"Nano" dan "Micro Machine Process".
Najmil yang terpilih sebagai antara pelajar Asia
paling cemerlang, berjaya membuka mata industri
United Kingdom terhadap kebolehan rakyat menerusi
inovasi yang dihasilkan. Menurut Najmil, kajiannya
berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu
mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan
dalam industri dan sektor pembuatan. Katanya
pengurangan geseran akan membantu meminimumkan
kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam
sektor perkilangan. Kajian beliau amat diminati
pengilang kerana ia dapat menjimatkan kos operasi
berbilion ringgit dan masa, meningkatkan kadar hayat
mesin dan gear yang digunakan serta meningkatkan
keefisienan sektor pengilang di seluruh dunia.
Selain itu, teknologi ini mampu dimanfaatkan oleh
sektor perubatan terutamanya dalam pembedahan tulang
belakang dan tulang pinggul. Ini dengan meminimumkan
geseran pada permukaan dan sendi tulang yang dapat
memastikan tulang berfungsi dalam keadaan terbaik.
Hasil daripada pembentangan beliau yang memancarkan
kecemerl angan akademik dan mutu kajian yang tinggi
itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden
menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk
membentangkan hasil kajian Najmil di House of Common.
Menurut Najmil lagi, sepanjang menuntut dan
menjalankan penyelidikan itu, beliau mendapat banyak
bimbingan dan nasihat daripada tenaga pengajar di
universitinya selain sokongan rakan-rakan. Beliau
terpilih untuk membuat pembentangan itu hasil
daripada perakuan universitinya.
Beliau berhasrat untuk mengembangkan hasil kajian
beliau di Malaysia agar Malaysia dapat bersaing
dengan negara lain menjelang 2020.
Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Mac tahun
depan untuk muncul sebagai salah seorang rakyat
Malaysia termuda memiliki PhD, sekali gus memulakan
kerjaya barunya sebagai pensyarah di Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) di Batu Pahat,
Johor. Beliau berazam untuk berkongs i pengetahuan
dan teknologi yang dikumpulkannya sejak berada di UK
dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar
KUiTTHO apabila kembali ke tanah air sebagai seorang
pensyarah. Memegang pepatah Melayu, ``Hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'', Najmil
menolak ganjaran tinggi yang ditawarkan oleh
industri di UK.
Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda
negara yang mampu mengharumkan nama Malaysia di
peringkat antarabangsa. Beliau mungkin tidak boleh
menyanyi dengan 'pitching' yang elok mahupun
menjanjikan persembahan naynyian yang baik, namun
beliau patut menjadi pujaan anak-anak dara dan
ibu-ibu sebagai calon suami dan menantu, idola
kepada para pelajar dan ibubapa yang mengecapi
keselesaan hidup. Sedangkan beliau yang susah boleh
berjaya, mengapa tidak kita terutamanya yang membaca
artikel ini.
Anehnya ketika Najmil berjuang untuk kecemerlangan
diri dan bangsanya, ramai orang muda langsung tidak
memikirkan soal agenda bangsa. Mereka lebih
kelihatan dilanda keasyikan untuk pencarian bakat
nyanyian. Mendorong makin ramai remaja Melayu di
bangku sekolah lagi sudah berlumba-lumba mahu
menjadi penyanyi, bukannya pakar matematik dan sains.
Seolah-olah hiburan menjadi agenda lebih penting.
Najmil Faiz adalah seorang idola yang tidak boleh
di-AFSINGKIR-kan daripada hidup kita sebagai rakyat
Malaysia.