Post by penasenja on Apr 10, 2005 6:17:52 GMT -5
Negara Jerman memberikan Pendidikan PERCUMA Kepada
Rakyatnya
Jerman adalah antara negara di dunia yang memberikan
pendidikan
percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi. Tidak
banyak negara di
dunia yang memberikan kemudahan sedemikian.
Bukan saja belajar di universiti adalah percuma untuk
warganegaranya,
bahkan ia turut dinikmati oleh sesiapa saja yang mahu
pergi ke negara
itu untuk menuntut ilmu. Sudah tentu, pelajar-pelajar
mestilah
berkelayakan dan menguasai bahasa Jerman.
Justeru, jika seseorang di Malaysia mahu menuntut di
universiti
Jerman, maka mereka mestilah menguasai bahasa Jerman
yang boleh
dipelajari di Goethe Institut cawangan Kuala Lumpur.
Pembiayaan belajar hanyalah untuk sara hidup dan
peralatan kerana
yuran universiti adalah percuma. Satu kelebihan yang
dinikmati oleh
pelajar-pelajar Jerman ialah kebebasan memilih kursus.
Pelajar-pelajar Jerman bebas memilih kursus menurut
minat mereka
hinggakan ada kalanya mereka menuntut di beberapa
universiti serentak
bagi mengikut minat masing-masing.
Sementara pensyarah dan profesor mereka tidak menerima
sebarang
tekanan daripada mana-mana pihak untuk memilih
bidang-bidang
penyelidikan masing-masing. Mereka hanya perlu
mengikut minat masing-
masing dan bukannya menurut kehendak pasaran kerja,
apatah lagi
kehendak industri tertentu.
Inilah perbezaan antara sistem pendidikan tinggi
Jerman dengan apa
yang ditawarkan di Britain dan Amerika Syarikat (AS).
Tidak terdapat banyak universiti swasta di Jerman.
Kebanyakan
universiti adalah milik kerajaan negeri dan Jerman
mengamalkan sistem
persekutuan. Oleh kerana pendidikan tinggi adalah
percuma, hampir
tidak ada biasiswa, dermasiswa atau pinjaman
pendidikan.
Bagaimanapun, universiti Jerman terkenal dengan
kualiti tinggi dalam
bidang sains fizikal, teknikal, teknologi dan
kejuruteraan.
Dua bidang kejuruteraan yang menjadikan Jerman sebagai
pusat utama
dunia ialah pembuatan jentera kereta dan jentera
percetakan. Pameran
tahunan kereta antarabangsa di Jerman adalah terbaik
dan paling
terkenal, mengalahkan AS, Itali dan Jepun. Suatu
perkara yang tidak
menghairankan kerana Mercedes Benz, BMW dan Volkswagen
adalah berasal
dari Jerman.
Begitu juga pameran tahunan percetakan dan penerbitan
buku
antarabangsa paling unggul diadakan di Frankfurt
walaupun bahasa
Jerman tidak dapat menyaingi Inggeris dari segi
penggunaan sejagat.
Namun begitu, sejak Johann Gutenberg mencipta mesin
cetak pertama dan
mengeluarkan buku bercetak pertama pada tahun 1440,
Jerman terus
mempertahankan keunggulannya dalam bidang teknologi perbukuan.