Post by penasenja on Apr 10, 2005 6:10:36 GMT -5
Assalamualaikum,
Selesema jangkitan virus
Susunan NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
DALAM keadaan cuaca berselang hujan dan panas ini,
ramai terkena
selesema. Selesema adalah jangkitan virus pada salur
pernafasan.
Selsema adalah penyakit biasa, tidak membahayakan
tetapi menyebabkan
seseorang berasa tidak selesa.
Lazimnya, seseorang itu akan mendapat selesema tiga
atau empat kali
setahun. Manakala kanak-kanak, terutama yang belum
bersekolah, pula
lebih kerap mendapat selesema.
Sebenarnya, ada lebih 200 virus yang boleh menyebabkan
selesema.
Berita baiknya, simptom selesema akan sembuh dalam
tempoh seminggu.
Jika selesema anda berpanjangan melebihi dua minggu,
segera berjumpa
doktor bagi memastikan ia bukan jangkitan bakteria
pada paru-paru,
anak tekak, trakea (tenggorok), sinus atau telinga.
Simptom awal bermula beberapa hari sebelum anda dapat
selesema. Tanda
paling jelas adalah hidung berair, sakit dan gatal
tekak, hidung
tersumbat, sakit badan dan kadangkala pening kepala.
Tanda lain
termasuk hidung berhingus, bersin, mata berair, batuk,
badan panas
dan demam, tetapi suhu badan tidak melebihi 102º F.
Virus selesema memasuki badan melalui mulut dan
hidung. Ia juga boleh
merebak melalui udara (bersin dan batuk) serta
sentuhan.
Menggosok mata atau hidung selepas menyentuh barang
dipegang orang
yang selesema seperti pen dan telefon boleh
menyebabkan anda turut
mendapat virus berkenaan.
Kanak-kanak lebih berisiko mendapat selesema kerana
sistem pertahanan
badan mereka belum imun dengan kebanyakan virus
selesema. Namun ini
bukan sebab utama. Kanak-kanak lebih banyak meluangkan
masa bermain
dengan rakan sebaya, menyebabkan penyakit ini mudah
merebak.
Selesema juga adalah tindak balas terhadap alahan pada
saluran
pernafasan. Malah, mereka yang mengalami tekanan
psikologi juga boleh
mendapat selesema. Sehingga kini, tiada ubat untuk
selesema. Biasanya
selesema sembuh dalam tempoh seminggu. Jika suhu badan
anda meningkat
melebihi 102º F diikuti sakit dan cepat letih, ia
mungkin influenza.
Jika selesema berpanjangan melebihi 10 hari dan ada
masalah
pernafasan yang kronik, segera berjumpa doktor. Secara
amnya, keadaan
kanak-kanak yang diserang selesema lebih teruk. Bawa
anak berjumpa
doktor jika mereka demam (suhu melebihi 103º F),
muntah, mengadu
sakit perut, kepala dan telinga; tidak boleh tidur,
sukar bernafas
dan asyik menangis.
Selesema yang sering dipandang ringan ini bagaimanapun
boleh
menyebabkan jangkitan telinga yang akut (otitis
media); iaitu apabila
bakteria memasuki gegendang telinga dan keadaan ini
biasa di kalangan
kanak-kanak.
Selesema berpanjangan juga boleh menyebabkan jangkitan
sinus, tekak,
bronkitis dan pneumonia. Jadi, jangan anggap selesema
penyakit yang
boleh diabaikan.
Untuk meredakan masalah hidung tersumbat, ada yang
menggunakan
semburan hidung.
Penggunaan yang berpanjangan akan menyebabkan anda
memerlukan produk
ini untuk melancarkan laluan pernafasan.
Semburan ini sebenarnya boleh menyebabkan membran
mukus pada hidung
mengalami keradangan. Jika terpaksa menggunakannya,
pastikan ia tidak
melebihi beberapa hari saja.
Ubat yang dibeli di kedai atau farmasi tidak mampu
merawat selesema.
Malah, antibiotik juga tidak memberi kesan terhadap
virus selesema.
Namun, beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak
diserang
penyakit berjangkit ini.
- Basuh tangan sekerap mungkin dan jadikannya amalan
keluarga,
terutama anak-anak yang aktif bermain.
- Pastikan bilik air dan dapur sentiasa bersih,
terutama apabila ada
anggota keluarga diserang selesema.
- Tutup mulut dengan tisu apabila batuk dan bersin.
Buang tisu ini
selepas sekali digunakan.
- Jangan berkongsi cawan atau gelas dengan orang lain,
terutama jika
ada yang kena selesema.
- Jauhkan diri, terutama kanak-kanak, daripada orang
yang diserang
selesema. Jika diserang selesema, pastikan anda minum
banyak air;
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jangan minum
minuman
beralkohol dan kopi serta merokok kerana ia boleh
memburukkan simptom
selesema.
Ambil cuti sakit dan berehat. Pada masa sama, anda
mengelakkan virus
daripada menjangkiti orang lain. Legakan tekak dengan
minum minuman
yang bercampur sedikit garam atau air limau bersama
madu beberapa
kali sehari. Ia juga baik untuk meredakan batuk.