Post by penasenja on Feb 26, 2005 5:02:19 GMT -5
Untuk renungan bersama...
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon
dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor
yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor,
tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu
adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon
memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk
disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan
oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab
panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam
drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak
perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu
pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita
berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota
polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama
tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak
adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa
sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan,
bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan
menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba
berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka
fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada
hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara
seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan
tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina.
Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara
wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam
bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri
Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda...
Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba
handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan
adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik
tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone
biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon
memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email
kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan
komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus
pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan
melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak
tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan
penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta
Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai
perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan.
Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru
dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena
satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan
berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi
ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru)
kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah
mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan
oleh Lembaga Penapisan Filem.... ;D