|
Post by penasenja on Dec 22, 2004 3:29:50 GMT -5
a) Lebih ramai anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia yang terkorban akibat kemalangan udara daripada akibat berperang.
b) Di Israel, sebuah negara Yahudi tidak terdapat pun seekor babi,tetapi Malaysia, sebuah negara Islam, mengeksport babi.
c) Berjudi dan minum arak adalah haram di kalangan orang Islam, tetapi syarikat-syarikat seperti Magnum, Genting dan Guinness Anchor mempunyai CEO dan Deputy Chairman yang beragama Islam.
d) Apabila Jabatan Agama Islam mengharamkan penyertaan wanita Islam di Malaysia dalam pertandingan ratu cantik untuk menjaga kehormatan mereka, yang aneh golongan yang kuat membangkang ialah wanita Islam di Malaysia sendiri.
e) Apabila tiba awal muharam, bermulanya tahun yang baru dalam kalender Islam, sambutannya dingin. Tapi apabila menyabut tahun baru, mengikut kalender Kristian, Malaysia, sebuah negara Islam menyambut dan merayakannya dengan pelbagai acara - live telecast dll.
f) Malaysia yang mempunyai banyak bomoh, pawang dan pengamal ilmu batin, yang kebal dan boleh menggunakan ubat guna-guna masih kalah dengan Negara ni telah dijajah beberapa kali - Portugis, Belanda, Inggeris and Jepun. Kenapa bomoh2 ini tidak menolong negara2 Islam seperti Palestine dan Iraq apabila dicerobohi?
Fikir-fikirkanlah...
|
|