|
Post by Kelipkelip on Aug 31, 2005 8:25:21 GMT -5
Petua Menjaga Hati Isteri
a) Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata kata maupun perbuatan seperti pelukkan. Jauhilah dari ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekali pun dalam keadaan marah
b) Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwudhuk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 1, 2005 7:23:52 GMT -5
c) Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan ditempat yang agak istimewa, ataupun melancung ketempat tempat yang indah.
d) Janganlah merendah rendahkan isteri didepan orang lain.
e) Janganlah memuji wanita lain didepan maupun dibelakang isteri.
f) Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
g) Bantulah isteri dalam kerja kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 2, 2005 7:08:52 GMT -5
h) Cubalah fahami keadaan dan masa'alah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
i) Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar dia bertambah semangat dan bermotivasi.
j) Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
k) Berdoalah agar hati dan persaannya sentiasa patuh pada Allah dan hormat pada suaminya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 3, 2005 7:19:46 GMT -5
Petua Mencurahkan Jalinan Kasih
a) Bisikkan kasih sayang dari masa kemasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.
b) Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan, Senyuman, Perbualan mesra, Gurauan, Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja kerja rumah - Kerjasama mendidik anak anak, menyelesaikan masa'alah dan hal hal lain.
c) Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang kurangnya 7 kali sehari dan bukan 7 hari sekali. Dalam diri wanita terdapat 99 tempat yang dapat memberikan kepuasan kepada isteri apabila disentuh suami.
d) Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat didunia dan akhirat - Suami memiliki ciri ciri bolih dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.
e) Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 3, 2005 18:33:22 GMT -5
Petua Mengetahui Cinta Pasangan Hidup
Jika pasangan kita menunjukkan sikap sikap seperti dibawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam
a) Isteri menyintai kita dengan sesungguhnya , biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suami. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Dia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.
b) Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberikan perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.
c) Suami isteri yang betul betul saling menyintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.
d) Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti Sayang atau I Love You atau pun memanggil sesamanya nama kesayangan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 4, 2005 8:14:03 GMT -5
e) Jika sesaoarng isteri betul betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Dia juga tidak mengungkapkan kata kata yang menyinggung persaan suaminya seperti "Kamu tak pandai menguruskan badan". Atau " Kamu terlalu gemuk atau kurus". Serta ungkapan ungkapan yang lain.
f)Pasangan yang paling menyintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata kata maupun perbuatan
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 8, 2005 3:51:18 GMT -5
g) Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri seri dan sikap yang menyenangkan . Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar siar, pelukan itu disambut baik olih isteri.
h) Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan
i) Seorang pecinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan bicara bila diminta untuk memberikan cadangan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 8, 2005 16:47:15 GMT -5
j) Suami isteri sanggup menerima kekurangan kekurangan diantara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Dia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.
k) Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia diantara mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
l) Pasangan yang bercinta sedar perkara perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masa'alah rumahtangga keika suami letih akan menimbulkan kemarahan suami.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 8, 2005 16:56:38 GMT -5
Ciri ciri lelaki pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rasulnya. 2. Mempunyai pengetahuan agama. 3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup. 5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran. 6. Selalu bertaubat dan memperbanyakkan amalan amalan sunat. 7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu. 8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela. 9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik. 10. Bersifat lapang dada, bersopan santun dan pemaaf. 11. Berhemah tinggi dan cermat. 12. Sentiasa tenang dan waspada. 13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik baik suami adalah yang baik terhadap isterinya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 8, 2005 17:06:54 GMT -5
Lelaki pilihan wanita
1) Bersifat pelindung dan bertanggung jawab. 2) Bersifat tegas tapi lemah lembut serta penyayang. 3) Berpendirian teguh. 4) Bersikap terbuka dan matang. 5) Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita. 6) Mempunyai sifat kepinpinan. 7) Bolih berbincang dan berterus terang. 8) Penyabar. 9) Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas. 10) Cerdik dan bijaksana. 11) Peramah dan mesra. 12) Kerjaya yang terjamin. 13) Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 10, 2005 3:42:56 GMT -5
Hakikat Pertengkaran
Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang yang malu mengakui. Sebenarnya jika sesebuah perkahwinan tampa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bermaksud pertengkaran itu baik, namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukkan. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup, tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangan, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.
Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah perkahwinan. Ini adalah menunjukkan dimana suami dan isteri mulai cuba untuk menyatukan selera dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana khuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya akan menimbulkan masa'alah yang lebih besar lagi pada masa akan datang. Jika suami isteri bertengkar secara kecil kecilan tidak akan membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudian mereka akan lebih mesra.
Jika seorang suami merasa marah terhadap sesaorang ditempat kerjanya, satelah pulang kerumah, mungkin dia akan meluahkan rasa marahnya pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakan agar pertengkaran itu tidak membawa bencana. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 10, 2005 18:00:25 GMT -5
Cara menghadapi pertengkaran
Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakan untuk menyelesaikan masa'alah secara bersama.
Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masa'alah masa'alah lain dimasukkan sama. Kerana ini akan menjadikan satu pertengkaran yang besar dan membawa bencana.
Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masa'alah malah akan menimbulkan masa'alah yang lebih besar lagi. Didalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata kata yang menyakitkan hatinya seperti, "Ini semua salah kamu....!", "Engkau bodoh....!" "Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakan perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya...." dan lain lain lagi.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Sept 11, 2005 7:05:55 GMT -5
Satelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ianya tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ianya merugikan hubungan suami isteri.
Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
Jangan biarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.
Jangan bertengkar dihadapan anak anak kerana ini akan menjadikan anak anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masa'alah lain.
|
|
|
Post by Diehard2 on Nov 9, 2005 9:27:47 GMT -5
hehehehehe .... tips yang cukup baik nih boleh juga di amalkan jika mau
|
|