Post by penasenja on Mar 10, 2005 6:00:42 GMT -5
Tapai ubi untuk mencegah kanser?
Oleh: LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)
JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu
menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian
semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia
bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.
Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan
kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain
sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan
tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh
anda.
Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan
sejenis bahan d**enali sebagai bakteriosin.
Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid
laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi
(Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah
kanser.
Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan
penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan
bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan
tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati
kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful
Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang
pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan.
Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga
pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza
iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya
Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan
Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti
Pertanian.
Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih
menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau
sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian
sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk
membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro
(ujian dalam makmal).
Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh
Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS)
semenjak tahun 1960.
Kaedah ini lebih murah, memerlukan sampel yang
sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan
kaedah yang menggunakan haiwan.
Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel
dengan berkesan, bahan-bahan ini juga d**enali sebagai
agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan
tersebut.
Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling
telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang d**enali
sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh
Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid
laktik).
Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk
menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis
patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan
penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia
coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus,
Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium,
Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.
Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi
1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60
hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH
2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (pH beralkali).
Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut
dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet
semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai
industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan
hasilan makanan berasid dan beralkali.
``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami
bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik
bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel
kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan
Malaysia.
Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti
sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam
telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat
mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada
kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72
jam di dalam kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen
atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian
sel dalam kultur.
Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau
bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi
dan memenuhi ruang telaga tersebut.
Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui
beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui
asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan
garam tetrazolium MTT.
Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan
keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan
sel-sel kanser berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin
berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk
mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang
berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel
sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak
tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau
sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel
perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada
bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap
tidak sesuai dijadikan ubat.
``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan
bakteriosin dari sudut yang berbeza.
Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia
mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.
Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA
tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti
kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan
untuk mendapat kanser kulit.
Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan
kimia pemula dan penggalak kanser.
Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk
akan diperhatikan.
``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka
memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang
memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan
bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.
Wallahualam.