CheSue
New Member
Never refuse any advance
Posts: 19
|
Post by CheSue on Dec 14, 2004 19:41:50 GMT -5
Hari-hari kita bancuh Teh. Jangan buang uncangnya dan keluarkan hampas teh tu, sapukan ke muka hingga rata. lakukan setiap hari dan kena sabar. Insyaallahg jerawat akan hilang dan muka akan rasa segar.
Sekiranya ada parut di badan, biasanya bebudak nakal atau... dapat parut secara tidak sengaja. Tidak mengapa. Kalau nak hilangkan parut tu (agaknya dah bertahun-tahun), ini petuanya. Cuba dulu. Jika diizinkan Allah, pasti berhasil. Goreng segenggam beras (tanpa minyak), biarkan ia kekuning-kuningan. Lepas tu tumbuk atau hancurkan hingga lumat /hancur/halus. Gunakan dalam kuantiti yang patut. Kemudian campurkan beras yang anda tumbuk tadi dengan air asam jawa. Lepas tu gosok-gosokkan pada seluruh kulit badan. Aaa...ingat!! mestilah buat sebelum anda mandi... Kalau dah mandi buat lain kali je..lah. Petuanya, buat amalan ni setiap pagi sebelum mandi.. Kalau takut tak sempat pergi kerja, ha.. bangun awal sikit. Kesannya kulit akan menjadi lembut dan lama-kelamaan parut akan hilang. Selamat mencuba!
|
|
|
Post by ~nana~ on Mar 21, 2005 15:49:53 GMT -5
aa'aa...ni kena try ni.... ;D
|
|