Post by Kelipkelip on Jul 11, 2006 7:59:08 GMT -5
Seorang pemuda sedang dalam perjalanan kembali keKuala Lumpur dengan menaiki keretapi mel malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahnya. Satelah lama berdiam diri, sambil menguap sipemuda bertanya kepada orang tua tersebut, "Pakcik, pukul berapa sekarang?". Satu pertanyaan yang biasa , yang kadangkala kita tujukan pada sesiapa pun kan? Dan selalunya kita akan dapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri saja.
"Mungkin orang tua ini kurang pendengaran," berkata pemuda tersebut didalam hati. Dia mengulangi soalan yang sama sampai 3 kali. Namum orang tua itu tetap berdiam diri tampa sebarang riak dari wajahnya. Pemuda itu mencuit orang tua tersebut dan berkata,"Saya hairan kenapa pakcik tak jawap pertanyaan saya tadi? Salah ke saya bertanya?".
Orang tua itu menoleh lalu berkata,"Bukannya saya tak mahu menjawab, tapi kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab mengenai soal itu dan ini, dan akhirnya kita akan bertambah mesra".
Pemuda itu termanggu mendengar ceramah orang tua tersebut. Dia terus bertanya lagi,"Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?".
Orang tua itu menjawab,"Apabila kita bertambah mesra, ketika anak gadis serta isteri saya menjemput saya diKuala Lumpur nanti kita akan turun sama sama. Dan saya pasti akan mengenalkan mereka kepada kamu".
Pemuda itu bertambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi.
"Isteri saya seorang yang baik sekali kepada semua oarng, takut nanti dia mempelawa awak kerumah. Nanti kamu akan mandi dan berihat dirumah saya, dan juga akan kami jamu dirumah saya. Satelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama lama kamu akan menjadi menantu saya" kata orang tua itu.
Pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya,"Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama tadi?".
Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang,"Masa'alahnya? SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI ANAK MENANTU SEPERTI KAMU. JAM PUN TAK ADEERR! POKAI BETULLLL!!"
Moral cerita : Pakailah jam tangan sebelum menaiki keretapi mel-malam keKuala Lumpur, kalau hendak beristeri. ;D