|
Post by Puteri Bayu on Jun 30, 2007 21:18:50 GMT -5
Mengerjakan haji bulan zulhijjah umat Islam berpusu ke sana Masjidin Nabawi tersergam indah solat 40 waktu d**erjakannya
berzikir bertahmid di makam Rasulluah Taman Raudah tempat himpun doa duduk ittikaf membaca kitabulluah hati tenang damai sentiasa
Dari Madinah ke Kota Mekah Hotel Ikhwah penginapan diberi disegerakan lakukan wajib umrah Haji Tamatu'pilihan diberi
Haji akbar 70 kali ganda sungguh bertuah tahun ini datang beramai pelusuk dunia rukun yg kelima rukun haji
di padang arafah banyak cabaran berdoa berzikir mohon restui titisan airmata menitis kesayuan keinsafan ketaqwaan meresap dihati
Di Muzdalifah menguji kesabaran suasana sejuk teramat sangat 70 biji batu perlu dicari tidak tersana letih dan penat
Di Mina cabarab menanti khemah yang sempit merebut bilik mandi melontar Jumrah berjalan kaki melalui terowong berzikir dihati
menegelilingi kaabah tawaf haji membaca doa mohon diberkati ampun segala dosanku ini perjalanan hidupku dapat direstui
melakukan sai safa dan marwa doa dibaca tujuh kali mohon apun dosa yang ada hati tenang damai di sini
Tahalul melengkapkan haji selesai tahalul bergelar haji semoga dapat mabrur haji alhamdulillah sempurna hajiku ini
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Jul 9, 2007 19:36:25 GMT -5
Pantun 2006
Tahun 2006 aku diduga Sedih dan pilu silih erganti Hanya kupohon kepada yang Esa Tabah dan cekal aku hadapi
Aku diduga perit sekali Ibuku pergi menhadap Ilahi Aidilfitri tanpa ibu yang kucintai Menangis aku seorang diri aku dikhianti rakan sendiri mencari penawar merata negeri Alhamdulillah berkat kesabaran diri Peristiwa pahit tak dapat dilupai
Ganjaran Allah kepada hambanya Aku damai tenang di mekah Permudahkan perjalananku di sana Mengharap mendapat haji mabrurah
Feb 07a
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Jul 17, 2007 21:50:35 GMT -5
2006
Tahun 2006 amat sukar dilalui Kenangan pahit tak mudah dilupai Pedih dan pilu tangisan dihati Aku dianyai rakan sendiri Pelusuk negeri aku jelajahi Mencari penawar mengubat diri Aku berserah kepada Ilahi Kuatkan iman taqwa dihati Semakin sukar aku tempuhi Ibu tersyang meninggal pergi Menyahut paggilan RabbulIzati Meratap hiba mengenang diri Hujung tahun ceria kembali Rukun kelima panggilan haji Aku berdoa kepada Ilahi Permudahkan perjalananku nanti Alhamdulillah syukur diberkati Ganjaran Allah kepadaku ini Rukun kelima dapat dilaksanai Sujud syukur kepada yang Rabbi
Julai 07 Beaufort Hjh Ain(puteribayu)
(cuba membuat pantun yang panjang betul auat tidak walluahhua'lam)
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Jul 30, 2007 2:05:04 GMT -5
mencuba pantun yg panjang menjadi cerita yang senang berfikir secara tenang mata pena menari riang jom kita selalu datang tidaklah sunyi semua ruang riuh rendah ketawa lantang supaya jadi rakan sekampung
|
|