Post by Puteri Bayu on Jan 26, 2008 22:36:00 GMT -5
dah lama aku menulis ni tapi tak kesempatan utk disiarkan...
catatan ke Bumi Allah akan aku siarkan tak lama lagi
Tanggal 16 January 2007
Sekembali aku dari Tanah suci, aku berehat di Hotel Tabung Haji selama 2 hari
Tanggal 17 January 2007
Aku ke pejabat untuk melihat surat permohonan pertukaranku. Alhamdulillah pertukaran aku diluluskan, ke Daearh Beaufort. Tapi belum ada penempatan jadi aku dibagi cuti rehat lagi.
Tanggal 18 January 2007
Aku pulang ke Beaufort, alhamdulillah, keadaan rumah bersih dijaga oleh adik angkatku.
Tanggal 29/30 January 2007
Aku sepatutnya mula bertugas di tempat baru, tak jauh dari tempat tinggalku, hanya 5 minit perjalanan naik kereta. Tapi ketika nak melapor diri tiba-tiba badanku panas, aku dibagi cuti 2 hari oleh doctor.
Tanggal 01 Feb 2007,
Aku mula bertugas, suasana di sini agak selesa, sebahagian staf memang sudah kenal taklah janggung sangat. Yang lain agak malu-malu kucing atau entahlah, tak pasti dalam hati siapa tahu……..Ramai dikalangan sahabat-sahabatku hampir tak mengenal diriku kerana keadaan aku yang kurus ini.
Tanggal 09 Feb 2007
Sekali lagi aku jejak kakiku ke Keningau, ada pekara yang perlu dibereskan, dan jemputan majlis perpisahan untuk aku.
Aku sampai ke keningau jam 8.00 pagi. Aku check in hotel dan sarapan sebelum aku berangkat ke sekolah lamaku. Masing-masing terkejut dengan penampilan aku kerana mereka kata kau semakin berisi sejak balik dari mekah dan berpindah…..
Aku dapat rasai di sekolah itu ada ketidakpuasan di hati mereka. Aku hanya jadi pemerhati saja. Aku tunggu dan lihat, tak berapa minit aku ditarik oleh memangku guru besar, menceritakan apa berlaku, aku sekadar menjadi pendengar saja tak boleh buat apa-apa hanya simpati saja.
Mereka merayu agar aku kembali bertugas di sini,tapi apakan daya, kesihatanku lebih utama.bagi diriku. Aku suka di keningau, tapi ucapan selamat tinggal tetap aku lambaikan. Aku imbau apa yang berlaku ke atas diriku……….
Di sini ada aku tuliskan sebuah puisi:-
Dalam kenangan
Dalam sendu kaki melangkah
Tanpa menoleh lambaian akhir
hati tak tergamak menoleh
pada rakan yg kutinggalkan
Enam tahun suka duka di sini
Kau tetap dalam kenangan
yang akan kubawa bersama
Kenangi aku dalam doamu
Andai ada esok berputik
Hulurkan tangan tanda
kita pernah bersua
Rindu pasti tersemat di hati ini
Di sini aku coretkan sesuatu kenangan yang tak mungkin aku lupa hingga ke akhir hayat.
Tertanya-tanya kenapa ini terjadi kepada diriku. Dulu aku sihat waliafiat. Bayangkan ketika sihatku berat badanku 80 kg dan ketika sakitku berat badanku pula 38 kg, hampir aku menemui ajal,
Rata-rata doktor yang aku temui mengatakan aku tidak sakit. Dinasihatkan pula aku berubat secara tradisional. Alhamdulillah, ada perkembangan baik dalam perubatan tersebut,
Dalam kesakitan aku menerima panggilan talipon mengatakan ibuku dimasukan ke hospital mount Elizebeth Singapore, bergegas aku pulang, untuk melihat ibuku..terkejut aku melihat ibuku terbaring lemah. Dengan keadaan aku yg tak bermaya, ramai juga di kalangan familiku terkejut melihat keadaan aku,
Aku hanya mengatakan yg aku sihat, tapi mata keluarga ….biarlah tekad aku ingin mendampingi ibuku dan mengkhidmatnya. Aku lawan sakitku agar mereka tak tahu deritanya aku ketika itu.
Tapi adikku yg seorang ini (Alang) mengajak aku ke perubatan tradisional cina, aku turut juga kehendaknya, doc..memberi aku ubat. Alhamdulillah nampak perkembangan sedikit, bolehlah tidur dan menerima makanan.
Lusa umat Islam akan berpuasa, ibuku minta keluar dari hospital, doc membenarkan tapi setiap minggu ibuku terpaksa ke hospital menerima rawatan susulan, atau doc yg akan ke rumah kami utk merawat ibuku.
Seminggu puasa aku terpaksa pulang ke sabah memandangkan tugas yg perlu diselesaikan. Malam sebelum aku berangkat pulang aku menjaga ibuku. Satu malam aku tak tidur cozs ibuku tak tidur juga.
Aku mengajar membaca ayat-ayat suci, kekadang dia ajak bercerita, janjiku aku akan kembali semula selepas seminggu bila kerjaku selesai. Dia berpesan kepadaku bila aku ke mekah nanti tolong mengajikan untuknya dan untuk arwah kaklong, aku hanya mengangguk dan berjanji….
Aku sampai di Keningau, Sabah, stafku membuat majlis berbuka puasa dirumahku, berpesan agar aku tidak menyediakan apa-apa hanya pinggan dan cawan aja. Aku terharu dengan prihatin mereka. Banyak juga juadah yang mereka sediakan, jasa mereka tak akan aku lupakan.
Aku menerima panggilan talipon utk aku pulang segera atas arahan doc yang merawat ibuku. Katanya takut aku tak sempat dan rasa menyesal, aku pulang ke Singapura. Pada 26 Ramadhan, jam 3.00 petang aku sampai di rumah kediaman keluargaku di Singapura, ibu meraung melihat aku, aku semakin sedih melihat keadaan ibu. Aku tahan airmata ini agar tidak menitis di hadapan ibu,
Walaupun penat, aku sebagai kakak yg tua (kaklong meninggal dunia tahun 2000) aku sediakan juga juadah berbuka puasa ala kadar utk mengalas perut sahaja. Ibu minta mandi, adik yg bongsu memandikan ibu.
Selepas solat isya’ tanpa solat terawih aku terlena kerana kepenatan. Perjalanan yg jauh dari keningau selepas subuh, tepat jam 12.00 tengah malam, adik bongsuku mengejutkan aku dari tidur “angah mak tengah nazak.” Aku bingkas bangun utk mendapatkan ibu. Kata adik dah call doc, sekejap lagi doc sampai.
Ibu masih sempat pesan kat aku sediakan beg pakainya sehelai saja kerana dia nak pergi. Aku hanya mengangguk aja. Hati berkata mungkin saat ibu akan sampai, aku call acik naik ke atas cepat, juga alang balik cepat…..
Doc sampai dan memberi injection tepat jam 12.30 pagi. Aku Nampak ibu menarik nafas dua kali dengan suara yg ganjil sambil mengangkat takbir. Doc memeriksa ibu katanya ‘your mother in koma.’ Aku terpaku. Selang 5 minit doc kata, ‘I’m so sorry.’
Ibu meninggalkan kami pada 27 Ramadhan…aku duduk di sisi ayah dan bercakap dengannya. Ayah kita kena terima hakikat mak dah meninggal, ketika itu ayah masih menafikan kami adik beradik seramai 4 org kesemuanya perempuan memeluk ayah,dan berjanji akan menjaga ayah.
Aku arahkan adik-adik call saudara mara, adik susuan kami di KL, abanglong(bekas abg ipar) di Melaka, juga family kat Melaka walaupun jam dah menunjukkan jam 1.00 pagi, juga keluarga kami yang berada Singapura, mereka semua sampai jam 7.00 pagi.
Walaupun kami tak punya sdr lelaki, kami usaha sendiri, adik bongsuku menguruskan bahagian jenazah. Alang mengurus bahgaian luar surat-menyurat, acik dan aku di bahagian dalaman, ayah hanya duduk termenung, Aku simpati tapi pada masa inilah aku kena cekal, aku lawan semua kesedihan walaupun dalam keskitan aku ini.
Tanpa disangka adik bongsu aku pengsan, aku panik, mana tidaknya di bilik sebelah jenazah ibu, di bilik sebelah lagi adik yg pengsan, puas kami usahakan untuk pulih. Selang beberapa minit dia sedar. Orang ramai yang datang sedih dengan pemergian ibuku, mereka terkejut aku ada pada masa ini, aku katakan “ibu hanya menunggu aku pulang”
Pengurusan jenazah dilakukan pada jam 12.00 tghari dibantu oleh adik beradikku, Ciuman terakhir buat ibu, sekali lagi adikku pengsan, dibantu oleh family yang ada. Setelah selesai semua jenazah dibawa turun. Kali ini ayah pulak yang pengsan, ada salah seorang familiku memberitahu awasi ayahku. Aku arahkan anak sdrku awasi ayah.
Entah kenapa pada hari itu aku begitu kuat walaupun tanpa sahur. Aku mohon kepada Allah tabahkan hati aku, kuatkan semangatku. Kini adik-adik bergantung kepadaku, jika aku lemah, mereka pasti lemah. Kami mengiringi jenazah ke kuburan, selesai talkin dibaca, aku berdoa semoga arwah ibuku di tempat orang-orang yang beriman. ‘selamat tinggal mak, semoga mak aman tenang di sini.’ Di sinilah tempat tinggal abadi mak…Alfatihah.
Sekembali dari kuburan, aku bergegas, mengemas, membasuh pakaian dan juga memasak untuk berbuka puasa. Kami berbuka ala kadar saja,.aku membaca Al Qu’ran utk disedekah kepada arwah ibu. Famili Melaka semua balik setelah jenazah d**ebumikan.
Pada hari raya Puasa ini, kami sekeluarga hanya ziarah kubur ibu, kubur adik-adikku(meninggal ketika bayi) dan juga mengaji. Ramai juga tetamu yang hadir tapi ala kadar aja kerana masih terasa kehilangan.
Kehilangan
Ibu, pergimu tanpa diduga
Aku masih mengharap
kasih sayangmu
Tempat aku mengadu
Kau saja
yang mengerti perasaanku
Kini kau tiada
Kepada siapa nak kuluahkan
Ibu, rindu
semankin mencengkam
Aku pasrah-
jauh di perantauan
Entah bila pusaramu
akan aku jejaki.
Hanya doa khusus untukmu.
Seminggu sebelum aku berangkat pulang ke Sabah, sekali lagi aku ziarah kubur ibuku mengucap selamat tinggal. Janjiku akan aku tunaikan di Mekah nanti, Aku terpaksa pulang ke Sabah kerana urusan pemergianku ke Mekah, Keberangkatan aku ke Mekah dari Sabah.
Keberangkatan aku ke Tanah suci, aku catitkan dengan tajuk
Catatan ke Bumi Allah………