Post by Puteri Bayu on Jul 3, 2006 2:58:24 GMT -5
Tanggal 28 JUne 2006.
Perjalanan aku ke Tawau,bermula dari Keningau tempat aku bertugas,kumpulan kami diarahkan berhimpun di pejabat pada jam 6.30 pagi.
Jam 3.00 pagi aku telah bangun untuk buat sarapan yg akan dibawa bekal kerana perjalanan yg jauh.
Sesampai di pejabat bas telah pun menunggu,gitu gini kami bertolak jam 7.30 pagi agak kelewatan meunggu guru dari Nabawan.Kami singgah di daerah Tambunan untuk mengambil guru di sana,perjalanan terus ke Ranau melalui Tambunan,Jalan tidak rata tapi pemandangan sungguh indah terdapat banjaran corker dan pandangan gunung Kinabalu sesampai di ranau lebih kurang jam 10.30 pagi,kami singgah sarapan ,aku hanya makan roti canai aja..di ranau kami terpaksa menunggu dari kumpulan lain iatu dari Pedalaman Bawah (Beaufort) Pantai barat dan daerah lain ,sebanyak tiga buah bas besar dan empat buah bas mini,kami bertolak dari Ranau jam 11.30 pagi. Dalam bas memang tidak menjemukan cozs ada dikalangan kami yg rajin bercerita dan buat lawak hingga tak sedar perjalanan makin jauh ,dan kami berkongsi makanan ringan.
Dalam perjalanan akan tempuh beberapa daerah,seperti daerah Telupid,Lahad Datu,di Lahad Datu singgah mengambil minyak di JKR,perjalanan terus singgah di check point(pemerikasaan Polis daerah Beluran di sana terdapat gerai jualan berbagai makanan dan buah-buahan.
Kami singgah di Masjid Kinabatangan jam 3.00 petang untuk solat jama' dan qasar ,selesai solat perjalanan diteruskan,dari Beluran
perjalan kiri kanan hanyalah ladang kelapa sawit..
akan bersambung